Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

#BR1M: MAAF TUN M. INI KALI SAYA TAK SOKONG.

Kenyataan Tun M bahawa BR1M tak perlu diteruskan lagi bagi saya sebagai rakyat berpendapatan sederhana adalah TIDAK WAJAR. Ini adalah kerana ia seolah-olah tidak mementingkan kepentingan rakyat. Saya akui bahawa saya tidak searif Tun M untuk membuat penafian seperti ini, tetapi biarlah ianya sejagat dengan apa yang diperlukan rakyat sekarang. 

Seperti apa yang diwar-warkan, Amaun BR1M akan ditingkatkan sehingga RM2,000 dan akan dibayar 2 kali dalam masa setahun. Pembelanjaan ini akan menelan berbillion ringgit dan berkemungkinan akan merudumkan  ekonomi negara kita. Kita patut puji langkah berani yang diambil kerajaan ini demi kesenangan rakyatnya. 

Jika merasakan BR1M adalah satu bebanan, kita ada solusinya. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai banyak alternatif lain bagi mengekalkan kestabilan ekonominya. Salah satu produknya ialah, Kedai 1 Malaysia. Ianya boleh digunakan sebagai distributor sampingan bagi menyokong kestabilan ekonomi negara kita. 

Sebentar tadi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengesahkan bahawa BR1M akan diteruskan kepada golongan yang memerlukan.


The government wants to continue giving 1Malaysia People's Aid (BR1M) handouts to needy groups, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan. 
He said the BR1M scheme can help local economies as the cash handouts are used to buy goods, benefiting sundry shops, pasar tani, night markets and shoppping centres. 
"BR1M is not just a cash handout to ease the people's burden but can also bring positive impacts to domestic economic growth and consumption," he told reporters after opening the BankTech Asia Congress 2013 here today. 
He was responding to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's suggestion yesterday that BR1M payments be discontinued in Budget 2014 and for ways to be found to reduce the people's dependence on the government, such as by equipping them with income-generating skills.\ 
Ahmad said the government has provided various skills training courses at such centres as Industrial Training Institutes (ILP), MARA Skills Institutes (IKM), National Youth Skills Institutes (IKBN) and GiatMara. - MALAYSIAN DIGEST

Daripada apa yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, ternyatalah bantuan ini sangat positif kepada sosioekonomi negara kita, dan ianya membuktikan bahawa kerajaan mendahulukan rakyat seperti prinsip yang DS Najib tekankan, iaitu 1Malaysia. 




\

Saturday, January 21, 2012

MAKLUMAT PENUH: SYARAT PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA)





Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.

Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
Peserta didapati muflis; atau
Peserta meninggal dunia.


Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) :

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:


Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) :


ASB Sejahtera; dan
ASW 2020 Bandar
Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:


-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%


Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.


Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama

Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)


Dokumen Sokongan


Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinanDokumen Pengesahan Pendapatan

Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.

Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.



BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen



P/S : SEMOGA BERJAYA !!

MY SLIDESHARE UPLOAD