Saturday, May 19, 2012

#JDAB2012 : Orang Kedah Memang Sempoi Baq Hang..... Terbaik!!!

Hari ini, Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja menamatkan penjelajahan mereka di sekitar utara tanah air. Program hari ini disertai oleh sukarelawan daripada UiTM Merbok. Mereka telah singgah di tiga tempat iaitu di Pasar Pagi Jitra, Pekan Rabu dan Terminal Bas Shahab Perdana.

RINGKASAN :

Pasar Pagi Jitra : Walkabout telah dijalankan bagi mencari sasaran baru bagi mengikuti program MDAB ini. Banyak flyers telah diedarkan disana. Kedatangan sukarelawan disambut baik oleh penduduk setempat.

Pekan Rabu : Skuad JDAB dikejutkan dengan kehadiran hampir 50 orang untuk membuat rayuan. Pada asalnya skuad JDAB hanya mahu walkabout sahaja, tetapi tidak sangka masih ramai lagi yang datang. Atas belas ihsan, En Aizuddin (Pegawai Khas Dato Sahol) dan En Faizal (Pengerusi MDAB) setuju menerima permohonan rayuan tersebut bagi sesiapa yang layak.

Terminal Bas Shahab Perdana : Situasi disini sama seperti di Pekan Rabu, hampir 20 rayuan diterima disini.

Semoga rayuan yang dibuat berjaya. Selepas ini JDAB akan berangkat ke Kelantan pula.

Untuk maklumat lanjt, sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk maklumat lanjut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#JDAB2012 : Tangan Ajaib @datosahol Ubah Nasib 3781 Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Hari ini Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) melanjutkan lagi jelajahan mereka ke negeri Kedah dan Perlis pula. Hari ini agak istimewa kerana Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM turun padang pada setiap program yang dijalankan hari ini dan beliau sendiri telah MELULUSKAN rayuan serta-merta kepada sesiapa yang layak. Siapa sangka seorang yang sudah lanjut umur seperti beliau masih bertenaga dan bersemangat membantu anak bangsa kita. Bukan semua Naib Canselor yang sanggup berkorban seperti beliau.


Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Semasa disana, Dato Sahol telah meluluskan 39 permohonan. Setelah selesai program disina, skuad JDAB telah berangkat ke Tandop (Pasar Nelayan) Kubang Rotan, Kuala Kedah pula.

Semasa di Kuala Kedah, skuad JDAB dan Dato Sahol telah ditemani oleh Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Kuala Kedah) sebagai penyeri majlis. Program ini agak unik kerana telah diadakan di tengah-tengah pasar. Disana, seramai 39 orang lagi lepasan SPM diberikan tempat untuk ke UiTM. Setelah selesai program disana, skuad JDAB telah ke Kangar dan solat jumaat disana sementara menunggu program yang seterusnya bermula.


Semasa di Kangar, program telah diadakan di SMK Putra. Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Md Isa Sabu telah hadir sebagai tanda pengiktirafan kepada JDAB. Program ini dihadiri hampir 400 orang dan seramai 23 lagi ditempatkan di UiTM. Semasa Dato Sahol memberikan ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa seramai 3781 lepasan SPM kurang berkemampuan telah diterima mengikuti program MDAB di UiTM sepanjang penjelajahan yang diadakan setakat ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.  

P/S : Gunakan peluang sebaiknya, belajar rajin-rajin. Jangan jadi Khalid Ismath :)

Thursday, May 17, 2012

WAJIB BACA!! LATEST UPDATE #JDAB2012 DI BALIK PULAU!! Cc @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak

Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja menamatkan program pertama mereka di Pulau Pinang sebantar tadi.

Program ini telah diadakan di Dewan SMK Seri Balik Pulau. Anggaran 300 orang penduduk Balik Pulau telah hadir dan hampir 120 orang sasaran baru bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM secara percuma! Untuk makluman, program ini turut dihadiri oleh Dato Seri YB Helmi Yahya (ADUN Telok Bahang) sebagai tanda sokongan. Terima kasih diucapkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MY SLIDESHARE UPLOAD