Saturday, May 19, 2012

#JDAB2012 : Tangan Ajaib @datosahol Ubah Nasib 3781 Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Hari ini Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) melanjutkan lagi jelajahan mereka ke negeri Kedah dan Perlis pula. Hari ini agak istimewa kerana Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM turun padang pada setiap program yang dijalankan hari ini dan beliau sendiri telah MELULUSKAN rayuan serta-merta kepada sesiapa yang layak. Siapa sangka seorang yang sudah lanjut umur seperti beliau masih bertenaga dan bersemangat membantu anak bangsa kita. Bukan semua Naib Canselor yang sanggup berkorban seperti beliau.


Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Semasa disana, Dato Sahol telah meluluskan 39 permohonan. Setelah selesai program disina, skuad JDAB telah berangkat ke Tandop (Pasar Nelayan) Kubang Rotan, Kuala Kedah pula.

Semasa di Kuala Kedah, skuad JDAB dan Dato Sahol telah ditemani oleh Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Kuala Kedah) sebagai penyeri majlis. Program ini agak unik kerana telah diadakan di tengah-tengah pasar. Disana, seramai 39 orang lagi lepasan SPM diberikan tempat untuk ke UiTM. Setelah selesai program disana, skuad JDAB telah ke Kangar dan solat jumaat disana sementara menunggu program yang seterusnya bermula.


Semasa di Kangar, program telah diadakan di SMK Putra. Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Md Isa Sabu telah hadir sebagai tanda pengiktirafan kepada JDAB. Program ini dihadiri hampir 400 orang dan seramai 23 lagi ditempatkan di UiTM. Semasa Dato Sahol memberikan ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa seramai 3781 lepasan SPM kurang berkemampuan telah diterima mengikuti program MDAB di UiTM sepanjang penjelajahan yang diadakan setakat ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.  

P/S : Gunakan peluang sebaiknya, belajar rajin-rajin. Jangan jadi Khalid Ismath :)

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive