Wednesday, September 25, 2013

#PemilihanUMNO: #ShamsulAnuar4MT DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH (MP LENGGONG) 'LAYAK' UNTUK MAJLIS TERTINGGI!! KENAPA?


Siapa Dato' Shamsul Anuar Nasarah? Mengapa saya cakap dia LAYAK DIBERIKAN PELUANG?

Dato' Shamsul Anuar Nasarah ialah pengerusi kepada Perbadanan yang paling berjasa kepada majoriti rakyat Malaysia ini, iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). PTPTN merupakan satu badan penting dinegara kita bagi memastikan taraf pendidikan sentiasa unggul dan cemerlang. Bayangkan jika tiada PTPTN untuk bantu mahasiswa mahasiswi ke menara gading? 

Satu pujian patut diberikan kepada Dato' Shamsul kerana bukan mudah mempengerusikan sebuah institusi yang sensasi dengan kontroversi yang  tak habis-habis hingga sekarang, punca daripada manipulasi pihak pembangkang. Ternyata Dato' Shamsul punyai hati yang kental dan cekap bagi menjawab, mengulas, mengkritik dan membalas isu ini. Tidak hairanlah mengapa komitmen Dato' Shamsul dilihat begitu baik dan lantang ketika di Parlimen.

Mungkin popularitinya tidak sehebat Rosmah Mansur ataupun Shahrizat Jalil. Tetapi kualitinya lebih hebat. Tambahan, dengan 'lorong' Pemilihan UMNO kali ini, diharap calon Ahli Majlis Tertinggi no.02 ini diberi peluang dan mandat bagi menggalas jawatan itu supaya arus pendidikan dinegara kita dapat dimantapkan lagi dan dapat memartabatkan anak-anak melayu dalam platform pendidikan. 

Sahabat saya, Double-Y ada mengeluarkan entri menarik tentang PTPTN dan Dato' Shamsul Anuar Nasarah ini. Baca dibawah:
Double-Y: 
Jika ditanya kepada golongan mahasiswa dan anak muda sama ada mereka kenal YB Shamsul Anuar...? 
Saya yakin kebanyakan dari mereka kurang mengenali YB Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Perak walaupun dia merupakan individu yang mempengerusikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantikan Datuk Ismail Mohamed Said. 
YB Shamsul Anuar yang menggantikan Datuk Ismail Mohamed pada awalnya berdepan dengan tanggungjawab berat memandangkan pembangkang menjadikan tabung PTPTN sebagai modal kempen mereka semasa PRU13. 

 
Namun jika diperhatikan sejak YB Shamsul Anuar mempengerusikan PTPTN segala tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap PTPTN telah berjaya dijawab dengan baik, dari kecekapan YB Shamsul Anuar menjawab setiap perkara berkaitan PTPTN terbukti beliau merupakan individu yang mampu menguruskan isu dengan baik. 
Ok... 
Bukan nak kempen, cuma nak cerita kepada 140,000 perwakilan UMNO yang bakal memilih pucuk pimpinan tertinggi parti Oktober nanti kenapa YB Shamsul Anuar antara individu yang harus diberikan peluang bagi mengisi senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI] 
Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong. 


Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif bersama golongan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' UMNO antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.- YY

LAGI PENDEDAHAN MEMALUKAN DIDEDAHKAN OLEH BLOGGERS DAP SENDIRI!!


Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina.

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13.

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC.

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP.

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang. 

http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-4-beginning-of-dap-doomsday.html

Tuesday, September 24, 2013

#PemilihanUMNO: CALON FAVOURITES TELAH DIUMUMKAN SECARA 'PERSONAL'!!

Penganalisis Politik profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff telah membariskan beberapa nama yang beliau fikir harus diberi lebih perhatian dalam pemilihan Umno yang akan datang.

Antara nama yang beliau sebut ialah, Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita, dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Saifuddin Abdullah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan,” kata Prof Agus dalam Facebook rasminya hari ini.

PEMIMPIN PELAPIS PARTI

“Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding?” tanya Prof Agus.

Beliau berkata, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana melihat Datuk Mukhriz sebagai jelmaan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tegas menyatakan ini adalah tanggapan yang tidak adil pada Datuk Mukhriz. Jika pun beliau masih dibayangi oleh ayahnya, saya fikir beliau tetap memahami aspirasi rakyat terkini,” ujar Prof Agus dalam Facebooknya.

Oleh sebab itulah beliau mahu melihat ahli UMNO menerima pencalonan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis parti itu dan sekiranya UMNO terus berkuasa di negara ini, untuk melihat Mukhriz menjadi pemimpin negara seterusnya.

JAWATAN MAJLIS TERTINGGI

Tentang Datuk Nur Jazlan Mohamed, Prof Agus berkata, dalam pemilihan UMNO tahun 2008, beliau membuat kejutan apabila mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi kemudiannya terpaksa menarik diri kerana tidak cukup pencalonan.

“Apapun jawatan yang ditandingi Datuk Jazlan, saya beharap beliau dipilih oleh seramai 150,000 perwakilan kali ini. Sebagai seorang akauntan, beliau mempunyai idea baru untuk membawa perubahan kepada UMNO,” kata Prof Agus.

Rugi rasanya untuk negara jika pemimpin seperti Datuk Nur Jazlan diketepikan kerana untuk terus bertahan, UMNO perlukan pemimpin yang mempunyai jiwa dan roh pemimpin yang dapat memahami tuntutan dan keperluan semasa rakyat dan negara, tegas beliau.

Seorang lagi calon yang bertanding ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang mempertahankan jawatannya di Majlis Tertinggi.

“Berkelulusan dari Universiti Malaya, saya melihat beliau berkeupayaan untuk meremajakan parti itu dengan menarik minat anak muda kepada UMNO,” ujar Prof Agus.

Tambah beliau lagi, “Gaya politiknya yang menerima perbezaan pendapat dan sederhana dalam banyak hal sepatutnya didokong oleh para perwakilan kerana sikap politik seperti inilah yang diperlukan oleh UMNO untuk kekal relevan dalam arus politik negara seterusnya.”

PEMUDA UMNO

Begitu juga dengan Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan kita. Berkelulusan Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Prof Agus melihat beliau sebagai pemimpin muda yang dinamik, enegertik dan mempunyai idea yang segar.

Seorang kawan memberitahu Prof Agus, yang Khairy tidak sesuai menjadi pemimpin pelapis kerana semangat Melayunya yang kurang disebabkan sikapnya yang liberal.

“Tetapi saya berhujah sebaliknya, sikap liberal Khairy itulah kelebihan kerana ini menunjukkan beliau telah menonjolkan imejnya bukan sahaja sebagai pemimpin UMNO semata, tetapi juga sebagai pemimpin nasional,” jawab Prof Agus.

WANITA UMNO

Bagi Wanita pula, Prof Agus teruja dengan tindakan Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri sebagai calon Naib Ketua Wanita.

Mengikuti perkembangan politik Wanita UMNO setakat ini, Suraya adalah seorang pemimpin yang mendekati rakyat. Berkelulusan dalam bidang undang-undang, Suraya dilihat sebagai seorang yang aktif melaporkan aktiviti hariannya bersama rakyat melalui facebook beliau.

Sikap beliau menunjukkan tahap kepekaannya yang tinggi kepada isu-isu masyarakat dan negara.

“Oleh itu saya lega apabila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita kerana beliau adalah antara pemimpin yang saya harap memainkan peranan untuk memacu Malaysia ke depan,” kata Prof Agus. - The Malaysian Times

MY SLIDESHARE UPLOAD