Showing posts with label YBShamsulAnuar4MT. Show all posts
Showing posts with label YBShamsulAnuar4MT. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

#PemilihanUMNO: MP LENGGONG ADA POTENSI BESAR UNTUK TERAJUI DASAR EKONOMI NEGARA. #ShamsulAnuar4MT



Saya bukan nak kempen, tetapi hanya mahu menulis tentang calon-calon yang sudah di 'monitor' sejak sebelum PRU-13 lagi. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ahli (P55) Parlimen Lenggong dan juga merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Seperti yang semua tahu, sebelum ini begitu banyak 'Peminjam Ingkar' dikesan. Tetapi daripada apa yang saya nampak, sejak Pengerusi PTPTN diambil alih oleh Dato' Shamsul, Kuantiti peminjam yang liat mahu membayar balik telah berkurang secara mendadak!.

Ini adalah bukti kebijaksanaan yang dimilikinya. Kebijaksanaan merupakan ciri-ciri utama yang patut ada pada pemimpin terutamanya pemimpin yang tergolong dalam Negara majmuk seperti Malaysia ini.

Dengan itu, secara tak langsung ianya menyumbang kepada kestabilan negara dalam semua aspek.


Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lalu, seramai 4,469 daripada 79,134 peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenarai hitam.  
“PTPTN menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta,” katanya, di sini, semalam.  
Atasi hutang tertunggak 
Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Belanjawan 2013, membantu mengatasi masalah hutang tertunggak peminjam PTPTN.
“Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini,” katanya. 
Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 pada tahun lalu. 
Bagaimanapun, katanya, secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lalu hanya RM4.48 bilion atau 48.04 peratus daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion.  
 BERITA HARIAN

Wednesday, October 2, 2013

SALAM PERKENALAN KEPADA MANJONG MARI. JANGAN JADI MACAM BUDAK-BUDAK.


Menjawab entri dari blogger Manjong Mari betajuk  Siapa Datuk Shamsul Anuar Nasarah nak arahkan Tuk Guru Nik Abdul Aziz.. :

Entri ini diterbitkan bukan kerana mahu jilat dan kipas para pemimpin, tapi atas niat membetulkan semula kenyataan yang dikeluarkannya. Saya tak nafikan ada betulnya dengan apa yang ditulisnya seperti dibawah:

#ShamsulAnuar4MT
MANJONG MARI (25 September 2013): 
bangga dengan Obama Presdien Amerika, yang boleh aku kategorikan sebagai kafir harbi,, apa tak nya, berapa ramai umat Islam terbunuh akibat dari tangan-tangan tentera Amerika,, 
Alih-aluh,, ada mamat pekak badak boleh berbangga dengan Obama,,, 
malang orang Lenggung dapat Ahli parlimen bodo piang...
nak tanya buat kepada orang-orang Umno dan yang sewaktu dengannya, termasuk Juragan 69,, 
Apa bezanya Chin Peng dengan Barrack Obama... ?
Mungkin kita berbeza pendapat dan haluan. Tapi, persamaan kita ialah staus, iaitu rakyat Malaysia. Apa yang saya mahu majukan disini ialah saya sama sekali TIDAK SETUJU dengan penulisannya seperti diatas. Dia hanya mengolah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah secara menyeluruh. Terbuktilah bahawa blogger otai ini tidak berfikiran terbuka. Jika dibandingkan semula dengan kenyataan YB seperti dibawah:

Berita yang dipetik dari ANTARAPOS (24 September 2013)

KUALA LUMPUR: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu akur kepada kejayaan Perdana Menteri yang berjaya membuatkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mahu mengunjungi Malaysia pada 11 dan 12 Oktober depan. 
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kunjungan Obama itu sekaligus menzahirkan satu pengiktirafan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak oleh negara luar terhadap Malaysia. 
"Ini menunjukkan Barack Obama mengiktiraf negara kita, mengiktiraf negara kita dari pelbagai aspek, sebab itu jangan kita lihat dia dari satu sudut sahaja. 
"Kita perlu lihat penghormatan sebuah kuasa besar dunia kepada kita dan sebab itu Barack Obama datang ke Malaysia, kalau kita tengok dari segi sejarahnya berapa ramai presiden-presiden Amerika yang pernah datang ke negara kita?  
"Jadi sebab itu kalau kita tengok YAB Datuk Seri Najib mengepalai negara kita, ramai tokoh-tokoh besar antaranya dari China dan India kunjung ke Malaysia dan ini sebenarnya adalah satu bentuk pengiktirafan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen tadi. 
Malah beliau meminta Nik Aziz berfikiran terbuka dan tidak terlalu sinis terhadap apa jua yang dibuat oleh kerajaan termasuk apabila menerima kunjungan daripada pemimpin negara luar. 
"Saya rasa kita perlu lihat lebih kepada banyak aspek, yang hadir ke Malaysia ini adalah pemimpin penting di dunia, bukan saja kedatangan mereka penting dari segi hubungan politik tetapi ekonomi juga. 
"Sebab itu apabila kehadiran Obama ke Malaysia, dia membantu kita dan memberi kelebihan kepada kita dalam pelbagai aspek walaupun kita tidak bergantung kepada Amerika 100 peratus," katanya. 
Terdahulu Nik Aziz menyifatkan kedatangan Presiden Amerika itu ke Malaysia bukanlah satu kebanggaan buat rakyat negara ini. 
Sebaliknya kunjungan Obama ke Malaysia hanyalah dianggap sebagai lambang kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara tersebut. 
"Tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika kerana ia hanyalah mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama. 
"Kunjungan tersebut juga hanyalah tanda terima kasih Amerika Syarikat kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa termasuk dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minimum sahaja," katanya menerusi laman Facebook semalam.
Jika dinilai dari sudut nasionalisme dan patriotime, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat ini ke negara kita. Bukan semua negara mampu menerima pengiktirafan seperti ini. Terima kasih kepada Perdana Menteri kita, DS Najib Razak atas kejayaan sepanjang pemerintahannya.

Patut lah negeri yang dipimpin pembangkang semuanya tidak maju dan penyokongnya pula hanya berfikiran sempit.

SALAM PERKENALAN KEPADA MANJUNG MARI

Wednesday, September 25, 2013

#PemilihanUMNO: #ShamsulAnuar4MT DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH (MP LENGGONG) 'LAYAK' UNTUK MAJLIS TERTINGGI!! KENAPA?


Siapa Dato' Shamsul Anuar Nasarah? Mengapa saya cakap dia LAYAK DIBERIKAN PELUANG?

Dato' Shamsul Anuar Nasarah ialah pengerusi kepada Perbadanan yang paling berjasa kepada majoriti rakyat Malaysia ini, iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). PTPTN merupakan satu badan penting dinegara kita bagi memastikan taraf pendidikan sentiasa unggul dan cemerlang. Bayangkan jika tiada PTPTN untuk bantu mahasiswa mahasiswi ke menara gading? 

Satu pujian patut diberikan kepada Dato' Shamsul kerana bukan mudah mempengerusikan sebuah institusi yang sensasi dengan kontroversi yang  tak habis-habis hingga sekarang, punca daripada manipulasi pihak pembangkang. Ternyata Dato' Shamsul punyai hati yang kental dan cekap bagi menjawab, mengulas, mengkritik dan membalas isu ini. Tidak hairanlah mengapa komitmen Dato' Shamsul dilihat begitu baik dan lantang ketika di Parlimen.

Mungkin popularitinya tidak sehebat Rosmah Mansur ataupun Shahrizat Jalil. Tetapi kualitinya lebih hebat. Tambahan, dengan 'lorong' Pemilihan UMNO kali ini, diharap calon Ahli Majlis Tertinggi no.02 ini diberi peluang dan mandat bagi menggalas jawatan itu supaya arus pendidikan dinegara kita dapat dimantapkan lagi dan dapat memartabatkan anak-anak melayu dalam platform pendidikan. 

Sahabat saya, Double-Y ada mengeluarkan entri menarik tentang PTPTN dan Dato' Shamsul Anuar Nasarah ini. Baca dibawah:
Double-Y: 
Jika ditanya kepada golongan mahasiswa dan anak muda sama ada mereka kenal YB Shamsul Anuar...? 
Saya yakin kebanyakan dari mereka kurang mengenali YB Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Perak walaupun dia merupakan individu yang mempengerusikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantikan Datuk Ismail Mohamed Said. 
YB Shamsul Anuar yang menggantikan Datuk Ismail Mohamed pada awalnya berdepan dengan tanggungjawab berat memandangkan pembangkang menjadikan tabung PTPTN sebagai modal kempen mereka semasa PRU13. 

 
Namun jika diperhatikan sejak YB Shamsul Anuar mempengerusikan PTPTN segala tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap PTPTN telah berjaya dijawab dengan baik, dari kecekapan YB Shamsul Anuar menjawab setiap perkara berkaitan PTPTN terbukti beliau merupakan individu yang mampu menguruskan isu dengan baik. 
Ok... 
Bukan nak kempen, cuma nak cerita kepada 140,000 perwakilan UMNO yang bakal memilih pucuk pimpinan tertinggi parti Oktober nanti kenapa YB Shamsul Anuar antara individu yang harus diberikan peluang bagi mengisi senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI] 
Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong. 


Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif bersama golongan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' UMNO antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.- YY

Tuesday, September 24, 2013

#PemilihanUMNO: #YBShamsulAnuar4MT MENGAPA YB SHAMSUL PERLU DIBERI PELUANG DALAM KERUSI MT?


Seperti apa yang saya tuliskan sebelum ini mengenai YB Shamsul Anuar Haji Nasarah (baca profilnya diSINI), banyak sebab positif yang perlu dititikberatkan oleh perwakilan supaya dia dapat menggalas jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi Pemilihan kali ini.

MENURUT ASTRO AWANI:
"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, pada Ahad. 
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. 
"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya.

IMBAS KEMBALI


 

Sunday, September 22, 2013

#YBShamsulAnuar4MT: KENALI CALON MAJLIS TERTINGGI NO.02!! YB SHAMSUL ANUAR HAJI NASARAH!!


YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004).

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini).

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa.

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009).

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi) di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki. - YY

MY SLIDESHARE UPLOAD