Friday, February 21, 2014

#PRKKajang: KENALI SIAPAKAH CHEW MEI FUN (CALON BN) #Kajang #KajangMove

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.

Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#PRKKajang: DEDAH! PEMBAZIRAN RM22 JUTA OLEH @KhalidIbrahim DALAM PKNS!

Khalid Ibrahim dakwa PKNS mampu menyelamatkan RM7 juta setahun daripada 22 kakitangan yang dipecat. Bayangkan berapa banyak wang rakyat yang dibazirkan bagi kakitangan yang selebihnya, jika 22 kakitangan yang dipecat sudah melibatkan kos sebanyak RM7 juta.

Mengamuk 22 kakitangan PKNS yang juga merupakan penyokong kuat Timbalan Presiden PKR Azmil Ali yang ditamatkan kontrak. Sebenarnya, ada sebab mengapa mereka ini dipecat.

PKNS telah dijadikan 'kuda tunggangan' untuk memberi memberi ganjaran dan kemewahan kepada para penyokong ahli politik utama tertentu dalam Pakatan Rakyat Selangor, khususnya dari PKR. Puak-puak ini 'terlebih mendapat bayaran' dan tidak mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan sehinggakan sebahagian besar masa dihabiskan dengan membaca akhbar dan borak kosong. Tambahan pula, gaji yang dibayar melebihi gaji yang dibayar mengikut gaji di pasaran.

1] Pengurus Besar PKNS, Dato Othman Omar yang kononnya menghantar surat pemecatan Azmin Ali. Dibayar gaji RM45,000 sebulan, dua kali melebihi apa yang beliau mampu dapat di sektor awam .
2] Paling menarik adalah Faridah Rohani Rais, yang memperolehi RM7,000 sebulan ditambah dengan elaun khas sebanyak RM1,000 setiap jam hanya untuk menulis ucapan bagi Othman Omar serta bertindak sebagai 'special CONsultant' untuk beliau.

3] Ironinya PKNS turut melantik beberapa CONsultan, CONsultant Kriss Communications, yang dibayar untuk melakukan kerja yang sama dilakukan oleh Faridah Rohani Rais ( double work ). Begitu juga dengan Rafei dari CT Cua dibayar RM200,000 untuk mengendalikan penjenamaan semula PKNS.

4] Mengapa Faridah Rohani Rais dibayar RM7,000 sebulan dan RM1,000 bagi setiap jam untuk melakukan kerja yang telah dilakukan oleh orang lain, yang turut dibayar dengan sejumlah wang yang besar.

5] Kee Lian Yong, ketua bahagian Marketing and Special Projects, dibayar gaji RM10,000 sebulan. Begitu juga dengan Marhain, Rustam Drury, Mahinder Singh, Fadzil Amidi dan Mior Mahathir.

6] Radha dari Finance and Special Projects dibayar RM16,000 sebulan, begitu juga dengan Puan Sharifah Susan, Dr. Ravindran dan Nurul Muaz Omar.

7] Puan Madihah Hassan dibayar RM18,000 sebulan manakala Rosli Mohamad dibayar RM20,000 sebulan dan Dr Aliff Aiman Abdullah dibayar RM27,000.

8] Dr Armeen Papazian, CONsultan dari Lubnan, dibayar RM1.5 juta dalam yuran perundingan untuk kerja-kerja yang tidak siap. dilakukan. Sahul Hamid Dawood juga dibayar RM3 juta sepanjang dua tahun walaupun beliau langsung tidak menyiapkan kerja sehingga PKNS terpaksa melakukan menyiapkan sendiri segala-galanya.

9] PKNS juga telah melontarkan majlis resepsi makan malam perkahwinan 'Angkasawan' Dr Sheikh Muzaffar dengan kos RM520,000. PKNS juga telah membayar penyanyi Zainal Abidin yang terkenal dengan melalui album 'Hijau' sebanyak RM500,000 untuk membantu menjual hartanah PKNS, yang pada akhirnya tidak terjual. RM1.2 juta telah dibazirkan untuk membiayai aktiviti remeh yang tidak membawa manfaat kepada golongan miskin dan tiada tempat tinggal Selangor.

Khalid Ibrahim dakwa PKNS mampu menyelamatkan RM7 juta setahun daripada 22 kakitangan yang dipecat. Bayangkan berapa banyak wang rakyat yang dibazirkan bagi kakitangan yang selebihnya, jika 22 kakitangan yang dipecat sudah melibatkan kos sebanyak RM7 juta.

PKNS adalah sebuah agensi yang dibayar oleh pembayar cukai. Bukannya tempat untuk meletak penyokong politik dan membayar mereka dengan gaji besar, elaun, dan fi perundingan tanpa melakukan kerja yang sepatutya dilakukan.

Jelas ini adalah suatu penyalahgunaan kuasa dan rasuah secara terang-terangan. Siapa kata Selangor telah bertambah baik sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri ?

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/02/khalid-ibrahim-dedah-pkr-bazir-rm22.html?m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 20, 2014

RUGI 1.17BILLION: MAS CUBA SALAHKAN KERAJAAN? @NajibRazak


Saya kasihan pada syarikat penerbangan kerajaan, Malaysia Airlines (MAS) kerana terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian pada tahun 2012 yang mencapai RM433 juta.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..


Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan?
Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEO Malaysia Airlines.
Selain itu, CEO Air Asia, Tony Fernandes juga terkejut dengan kerugian yang dialami MAS ini kerana dia sangkakan kedudukan Air Asia sudah tidak stabil, rupa-rupanya MAS lagi teruk walaupun ianya merupakan badan penerbangan kerajaan? (rujuk SINI)

Sudah tiba masanya MAS membuat perubahan. Tukar CEO lain, atau buang sifat kedekut mereka. Apakah tindakan susulan yang akan dilakukan diatas kerugian besar yang dicatatkan MAS ini? (rujuk SINI)

P/S: Sudah-sudahlah 'mark up' duit...

MY SLIDESHARE UPLOAD