Tuesday, February 25, 2014

CATUAN AIR SELANGOR: MB MAKIN KAYA, RAKYAT MAKIN MENDERITA!! CC: @khalidibrahim


Catuan air yang dibuat oleh Kerajaan Selangor telah menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada rakyat yang sudah sedia susah semenjak Kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lepas.

Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.

Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.

Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika itu lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat hingga kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 mereka letak pelbagai syarat.

Permainan politik yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Maka hari ini Rakyat Selangor sudah menerima musibah dari kesilapan sendiri kerana mengundi Pakatan Rakyat yang kononnya berkebajikan dan membela nasib rakyat.


Tapi hari in apa sudah jadi? di kawasan yang dilanda masalah air mereka terpaksa mengangkut air dari lori tangki yang datangnya tak tentu masa dan yang paling menyusahkan apabila rakyat yang tinggal di rumah pangsa terpaksa mengangkut air kerumah mereka dan berualang-alik 2-3 kali.

Rakyat Selangor marah tapi sampai kemana marahnya? Pemimpin Pakatan Rakyat tetap bermewah-mewahan dengan segala kekayaan yang mereka ada.

Adakah sesiapa pernah bertanya Rumah MB Selangor ada air ke tidak? Rumah pemimpin pakatan Rakyat Selangor ada air ke tidak? tapi Rakyat Selangor hari ini menderita terpaksa dicatu air dalam sebuah negeri antara yang terkaya dan termoden dalam Malaysia.

Tambahan lagi, kebanyakan kawasan yang dilanda masalah air hari ini adalah kawasan yang diperintah oleh Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat... Dimanakah mereka?

Mereka semua sedang sibuk di Kajang untuk memenangkan Ketua mereka dan membiarkan Rakyat Selangor menderita akibat daripada permainan politik dan kuasa mereka.

Sudah diberi jawatan untuk menjaga rakyat tetapi meletak jawatan dan ini adalah pengkhianatan paling busuk dalam permainan politik dan menjadikan pengundi yang mengundi mereka sangat bodoh dan tidak berakal. - SUMBER

ULASAN: MB, EXCO, ADUN PKR DI SELANGOR KAYA RAYA, TAPI RAKYAT MENDERITA? PATUT ATAU TIDAK?

Monday, February 24, 2014

TOLAK IDEOLOGI POLITIK! JOM KITA KE #SelawatPerdana!!!


Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )
Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram : @SelawatPerdana

Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan yang akan turut sama hadir ke program Selawat Perdana ini dan semoga Allah swt memberikan pahala kepada tuan/puan yang turut sama menyebarkan berita baik ini kepada orang lain selaras dengan janji Allah dalam surah Firman Allah SWT :

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
Marilah kita sama-sama menghayati kemerduan qasidah memuji nabi junjungan kira Rasullullah swt... selamat berzikir dan berqasidah...

HOT! BENARKAH TUN DAIM ZAINUDDIN DAH JATUH MISKIN?


Saya sangkakan hanya Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar sahaja yang tertanya-tanya, rupanya saya pun sama! Setelah meneliti artikel 'Daim’s exclusion from M’sia’s richest list queried'.. Saya pelik kerana...

Mengapa majalah 'Malaysian Business' tidak menilai harta yang dimiliki oleh Bekas Menteri Kewangan merangkap tokoh korporat, Tun Daim Zainuddin sehingga namanya disingkirkan daripada nama individu terkaya di Malaysia?

Kenapa ya? Okay, pembaca semua boleh baca terjemahan artikel tersebut dibawah. 

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar telah mempersoalkan mengapa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah ketinggalan dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia disusun oleh Malaysian Business.

Beliau berkata bahawa ia adalah "sangat pelik" kerana persepsi orang ramai ialah Daim dan anaknya Datuk Wira Dani Daim dalam kumpulan ultra-kaya.

Shamsul Iskandar menegaskan bahawa anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat kesembilan terkaya dengan aset bernilai RM4.22bil.

Beliau menambah, bahawa senarai itu dinaikkan kerana orang ramai boleh menelitinya, termasuk ini Mokhzani, jika mereka ingin.

"Mengapa 'Malaysian Business' tidak pergi ke dalam aset Daim? Adakah terdapat sesuatu yang ia mahu menyembunyikan?

"Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu dipersoal," kata Shamsul Iskandar, sambil menambah bahawa beliau pasti yang Daim dan anaknya tersenarai dalam kumpulan itu.

Dalam 16 Feb isu majalah itu, ia melaporkan bahawa kekayaan gabungan 40 individu terkaya di Malaysia telah melonjak kepada RM215.82bil pada 18 Jan tahun ini.

Ia berkata bahawa ini adalah peningkatan 11.73% daripada RM194.86bil tahun yang lalu, dengan berpangkalan di Hong Kong Robert Kuok mendahului senarai dengan aset bernilai RM54.48bil. Ahli perniagaan Tan Sri T. Ananda Krishnan melonjak dengan aset bernilai RM33.19bil, kebali pada kedudukan kedua sejak tahun 2004.

Pengasas dan pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, juga mengekalkan kedudukan ketiganya dalam senarai dengan aset yang bernilai RM18.07bil - SUMBER

Agaknya apa agenda yang disembunyikan ya? 

P/S: Apa lagi muslihat kerajaan Malaysia?tak cukup lagi ke penipuan untuk menghalalkan cara?? Apakah teori konspirasi yang mereka cuba buat bila kecualikan tun daim dari senarai manusia terkaya?apa yang depa cuba sembunyikan??adakah rahsia harta tun daim terlalu sulit untuk dinilai??atau adakah harta tun daim tidak dinilai?? Kenapakah Tun Daim diberi keistimewaan sebegitu rupa?kenapa??kenapa dan kenapa???

MY SLIDESHARE UPLOAD