Thursday, February 27, 2014

THE GODFATHER OF CORPORATE MALAYSIA: ANWAR OR DAIM ZAINUDDIN?



Daim Zainuddin - Nama yang tidak asing lagi bagi majoriti di Malaysia. Bila sebut sahaja nama Tun Daim, pasti orang sekeliling anda akan ceritakan tentang harta puluhan billion ringgit, gelaran 'Daim yang Diam' dan 'Kisah Orang Melayu Terkaya Didunia'....

Tapi, Itu mungkin adalah respon dari kalangan umum. Itu normal, tapi jika respon dari saf pimpinan PAKATAN RAKYAT pula bagaimana? Lagi-lagi jika ianya melibatkan 'Pemimpin Dunia' mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KEKAYAAN YANG DIMILIKI OLEH TUN DAIM ZAINUDDIN TERUS MENJADI TANDA TANYA RAMAI PIHAK.

Minggu ini, pasti ramai PRESS di Malaysia sangat sibuk bukan? Terutamanya PRESS daripada majalah Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Ini adalah kerana brtita yang disiarkan akhbar The Star - 'Daim’s exclusion from M’sia’s richest list queried' telah memberikan sedikit pembayang untuk menjadi penyelesaian kepada tanda tanya tersebut.
 
 

Kesian kat Tun Daim.. Sebelum sempat cari 'port' nak 'menyorok' dan 'menyamar' menjadi 'Rakyat Marhaen' seperti 'satira gambar' dibawah, Tup tup.. orang lain pulak main petik-petik nama dia lagi sekali:


"Jika Tiada Angin, Masakan Pokok Tak Bergoyang"

Pada mulanya, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar kerana mempertikaikan bahawa Tun Daim Zainuddin telah 'MISSING IN ACTION' daripada senarai 'TOP-40 Richest in Malaysia' keluaran majalah Malaysian Business milik syarikat Berita Publishing Sdn Bhd

Untuk cerita yang lebih lanjut, sila [Klik SINI & SINI]

Senarai penuh 'Top 40 Richest Malaysian' keluaran 'Malaysian Business'.


Tup-tup, semalam Setiausaha Agung (SUA) PKR, Saifuddin Nasution pun nak 'interframe' juga. Konon nak jadi 'Master' untuk tunjukkan bahawa 'Boss' dia lagi kaya daripada Tun Daim. Apa yang menariknya disini, kedua-dua mereka masing-masing gunakan 'keyword' yang sama, iaitu 'Kekayaan Tun Daim'.

Infografik kenyataan Saifuddin Nasution:


Amboi... Saifuddin nak main teka-teki ke Jongkang-Jongket? Mentang-mentanglah kedua-dua nama yang Pudin sebut tu mantan Menteri Kewangan, so pakat-pakat nak lawan lah sapa 'HEBAT' lagi?

Screen Shot Kenyataan Saifuddin Nasution

Apa yang HEBAT sangat tu?

Kalau nak bandingkan saiz badan, Anwar HEBAT. Kalau nak bandingkan dari segi 'skills' pula, rasanya Daim & Anwar sama-sama HEBAT.
SUMBER:
Tapi Saifuddin sedar tak yang Anwar telah berjaya mengayakan bapa dan adik beradik beliau semasa beliau menjadi Menteri dulu? Mungkin Saifuddin lupa agaknya atau sengaja buat lupa jadi kekecewaan Saifuddin kerana Anwar tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sekaya Tun Daim dan anak anak beliau dalam 10 orang paling kaya di Malaysia adalah satu kesilapan.
Dan Saifuddin juga mengatakan bahawa Anwar tidak dapat menjadikan dirinya sekaya Tun Daim, ini juga bermakna Anwar sememangnya kaya cuma menurut Saifuddin, Anwar tidak sekaya Tun Daim.
Semua orang tahu yang Tun Daim sememangnya kaya raya cuma baru baru ini tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia dan nama beliau tidak disenaraikan.
Mungkin juga ada sebab yang membuatkan Tun Daim tidak tersenarai sebagai orang paling kaya dan perkara itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.
Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin jelas menunjukkan bahawa Anwar serta keluarga beliau kaya tetapi tidak mampu menempatkan nama sebagai 10 orang terkaya dan begitu juga dengan Anwar yang mana kekayaan beliau tidak dapat menandingi kekayaan Tun Daim.
ULASAN SAYA :

Pada hakikatnya, jika diikutkan logik akal, 'Honestly' apa yang Sam Ketot cuba pertikaikan itu BETUL dan HAK DIA untuk buat begitu sebenarnya. FYI, saya ada buat carian di Google mengenai 'total asset' yang dimiliki oleh Daim. Ini bukan sebab nak tahu sangat berapa banyak harta yang Daim ada pun sebenarnya, cuma TERINGIN LIHAT INDIVIDU YANG TAK PERNAH MASUK CARTA BERADA DI KEDUDUKAN YANG KE BERAPA. Adakah individu yang digelar 'Melayu Terkaya Di Dunia' ini dapat atasi rekod sebagai JEJAKA ULTRA-KAYA yang disandang oleh Robert Kuok (Total Asset: RM54.480.00 Juta).

Maaf tuan blog, pinjam gambar kejap!
Merujuk apa yang saya tuliskan sebelum ini, ADAKAH BENAR BAHAWA TUN DAIM ZAINUDDIN ADALAH MELAYU TERKAYA DIDUNIA?, saya ada pautkan halaman sebuah blog yang telah kongsikan pengalamannya bertemu Tun Daim di ICB Financil Group Holdings Ltd (ICB). Untuk entri penuh, sila klik [SINI]


Saya begitu tertarik dengan dialog dibawah ini, Dimana dia adalah staff di ICB Financial Group Holdings Ltd.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe” - Officer of ICB Financial Group Holdings Ltd.

Jika Tun Daim sudah berjaya kumpulkan aset sebanyak RM28 billion sejak tahun 2008 lagi, agak-agak berapa pula aset yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim? Adakah benar-benar Anwar lebih HEBAT atau sebaliknya?


  • Tun Daim menguasai CB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) dengan pegangan sebanyak 151,844,00 unit saham iaitu mewakili 84.4 peratus kepentingan dalam ICB. 
  • Jumlah aset Tun Daim dianggarkan bernilai RM26 billion pada tahun 2008
Tak sangka, Jumlah harta (2008) yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin @ Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin ini sudah beratus kali ganda memintas jumlah harta milik Robert Kuok pada 2013.

SAMBUNGAN DI ENTRI SETERUSNYA

MoU: KEBODOHAN KHALID MAKAN DIRI SENDIRI, AKHIRNYA MENGALAH JUGAK.


Dibawah adalah sedikit sebanyak mengenai apa yang termeterai dalam Memorendum Persetujuan (MoU) diantara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan petang tadi. Alhamdulillah, ini secara tak langsung berjaya membuktikan bahawa 'Kerajaan Tak Kejam'. 

Renung-renungkan ya! Baca dibawah untuk maklumat lanjut:
 
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap dibina termasuk menjalankan program mitigasi dengan peruntukan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain program itu, kerajaan negeri akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD) atau tiga bilion liter pada 2050.
"Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
Melalui MoU itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.
Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).
Abdul Khalid berkata pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat itu akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.
"Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham," katanya.
Abdul Khalid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Beliau berkata MoU itu tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air.
"Ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tarif air yang munasabah," katanya. - BERNAMA

Komen: Perkara seperti ini tidak akan menjadi rumit jika sejak awal lagi MB Selangor bersetuju dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat II. Diwaktu terkepit seperti sekarang, baru nak setuju. Apa-apa pun, Alhamdulillah kerana industri air di Selangor berjaya diselesaikan, dan tidak ada lagi catu-mncatu dan 'syabas-mensyabas'. GOOD JOB!

Last kopek! 


Harap infografik ringkas ini dapat membantu anda semua buka mata. Hehehe...

#PRKKajang: CHEW MEI FUN MERUPAKAN 'KILLER' YANG DIGERUNI ANWAR?


“Kalau kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya”. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan ‘kecil anak’ jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.

Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.

Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.


Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.



Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan ‘politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi’.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai ‘bebalisme’ yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau ‘underdog’ pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon ‘heavyweight’ yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer‘.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi? - Source

MY SLIDESHARE UPLOAD