Desas desus awal pagi ini calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bakal menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang yang akan diumumkan keputusannya kira-kira pukul 9 malam ini.
Beberapa pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) berkata, walaupun ramai yang percaya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak ada masalah untuk menang, namun ramai juga lupa bahawa terdapat pengundi yang sakit hati apabila wakil rakyat yang dipilih pada PRU 13, Lee Chin Cheh meletak jawatan.
“Dalam beberapa siri temubual dengan pengundi tak kira Cina, Melayu atau India, ramai yang kecewa dengan keputusan Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah.
“Mereka tidak kata akan tolak PKR pada PRK ini tetapi tidak mustahil disebabkan sakit hati dan kecewa, mereka akan beralih kepada BN,” kata seorang pengundi yang enggan dikenali.
Jelasnya lagi, melihatkan pada sokongan sepanjang tempoh berkempen, kedua-dua calon memang ada potensi untuk menang tetapi hati pengundi tidak siapa yang boleh baca.
“Susah nak cakap. Tetapi dalam hati kecil saya cukup bimbang jika pengundi yang sakit hati ini akan memenangkan calon BN.
“Kalau sebelum ini saya yakin PKR akan menang tetapi sejak malam tadi, saya mula cuak selepas memikirkan apa yang tersirat dalam hati pengundi lain. Apa pun, saya tetap berdoa agar PKR menang,” katanya. - Malaysia Gazzette
Showing posts with label chew mei fun. Show all posts
Showing posts with label chew mei fun. Show all posts
Sunday, March 23, 2014
#PRKKajang: PERINGATAN TERAKHIR KEPADA SEMUA PENGUNDI #N25Kajang . SEBARKAN!
AMANAT YAB PM UNTUK PENGUNDI KAJANG
CALON BN, DATIN PADUKA CHEW MEI FUN TELAH BERJANJI BAHAWA
KENAPA PERLU PILIH CHEW MEI FUN SEBAGAI ADUN KAJANG?
[INFOGRAFIK]
SEBAB-SEBAB MENGAPA PENGUNDI KAJANG WAJIB TOLAK CALON PKR, DATIN SRI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
[INFOGRAFIK]
[VERSI KOMIK]
[VERSI HYPERBOLA]
PENGUNDI KAJANG SEDAR TAK BAHAWA WAN AZIZAH ADALAH CALON BONEKA?
Saturday, March 22, 2014
#PRKKajang: [MAKLUMAT KHAS] KENAPA PENGUNDI #N25Kajang WAJIB TOLAK WAN AZIZAH!!! #TolakWAWI
- CHEW MEI FUN ADALAH CALON BERINTEGRITI DAN BERKREDIBILITI
Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Kerusi Parlimen P094 PJ UTARA pada pilihanraya kali ke 10.
Berikut adalah keputusan pada pilihanraya ke 10 bagi Parlimen P094 PJ UTARA
1. Chew Mei Fun (BN) 25,603 2,481 (majoriti)
2. Liu Tian Khiew (DAP) 23,122
3. Wee Chek Aik (MDP) 706Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.
Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.
Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini. - KL-XPRESS
- 10 PERKARA TENTANG WAN AZIZAH YANG WAJIB DIKETAHUI
Tak Mustahil Wan Azizah Tumbang Di Kajang
BERUANG BIRU:
Ramai yang merasakan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail tidak akan berdepan dengan masalah untuk mengekalkan penguasaan PKR di Kajang. Ini kerana dengan sokongan padu dari masyarakat Cina yang memihak kepada pakatan rakyat di tambah dengan imej lembut yang ditonjolkan oleh Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim itu sudah pasti akan menang berjaya menang dengan bergaya.
Namun selagi belum dibuktikan dengan pengiraan undi, semua pendapat tersebut hanya kekal sebagai teori semata-mata. Ini kerana di dalam pilihanraya adakalanya ia boleh berubah dalam sekelip mata.
Sebagai contoh, sebelum ini ramai yang merasakan Barisan Nasional dan Umno (BN/Umno) adalah merupakan sau gabungan yang kuat dan musahil untuk dikalahkan. Namun keputusan pilihanraya umum ke-12 dan ke-13 membuktikan sebaliknya.
Disebabkan beberapa faktor dan kelemahan yng ditunjukkan oleh BN/Umno, pakatan rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa kerusi sekaligus menindakkan majoriti dua pertiga parti pemerintah.
Atas sebab itu juga, perkara yang sama juga tidak mustahil berlaku kepada Wan Azizah. Ini kerana apabila diteliti dari semua sudut, Wan Azizah sebenarnya berdepan dengan laluan yang sukar.
Sebagai contoh tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar Ibrahim bertanding sebenarnya telah menyebabkan rakyat marah. Ini kerana, selain mempermainkan proses demokrasi, ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik rakyat terlibat dalam kancah perebutan kuasa di dalam parti itu.
Tambahan pula parti itu pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama Azizah tewas pada PRK itu nanti.
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, juga boleh menyebabkan Azizah tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
Di tambah dengan faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Azizah. Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.
Track record Azizah yang pernah bertanding di kerusi parlimen Pematang Pauh bagi mengantikan Anwar juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Ini kerana walaupun telah diberikan mandat oleh rakyat, namun Azizah akhirnya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen semata-mata untuk membolehkan suaminya bertanding.
Kesimpulannya tindakan PKR yang suka mempermainkan amanah rakyat khususnya pengundi akan menyebabkan parti itu tersungkur di Kajang.
- WAN AZIZAH CALON BONEKA
- HOW ABOUT JAM OMEGA? WHERE'S OMEGA WATCH?
#PRKKajang; [KOMIK] KOLEKSI PENIPUAN WAN AZIZAH SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN!! #TolakWAWI
KOLEKSI PENIPUAN CALON PKR UNTUK PRK DUN N25 KAJANG, DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL (WAWI) SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN
INI PULA PENIPUAN ANWAR DALAM ISU PESAWAT MH370
Friday, March 21, 2014
#PRKKajang: RISALAH FITNAH DIEDARKAN!! TAK CUKUP KE DENGAN FITNAH DARI MULUT WAN AZIZAH???
Yang terbaru ialah risalah yang kononnya calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun ini meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri suatu ketika dahulu adalah kerana takut didakwa mendera pembantu rumahnya pada tahun 2010 lepas. Yang menariknya, siap ada logo PERKASA lagi.
Jentera dan Pemimpin MCA tak bodoh untuk percayai benda yang tak logik seperti ini. Jangan ingat ideologi mereka sama seperti pembangkang yang hanya tahu 'YES' apa sahaja Anwar cakap.
HAHAHAHA!
Sumber adalah dari blog PENA TANAH MELAYU:
Tinggal 2 hari lagi tempoh berkempen, pembangkang sudah ketandusan idea untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tindakan pembangkang mengadakan 'black ops' dengan menyebarkan risalah di sekitar Sg Sekamat, kononnya calon BN meletak jawatan Timbalan Menteri kerana mendera amah amat tidak masuk akal.
Nampak sangat ada niat buruk pembangkang apabila meletakkan logo PERKASA pada risalah berkenaan. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan PERKASA dan MCA. Umum mengetahui Mei Fun meletakkan jawatan beliau kerana prinsip. Beliau tidak mahu berketuakan seorang Presiden yang mempunyai masalah moral. Tudak sepeti seorang calon tu yang sanggup jadi isteri kepada seseorang yang amat rosak moralnya.
REMINDER:- VIDEO JANJI MEI FUN KEPADA WARGA KAJANG
P/S: KITA TENGOK MASJID MANA PULAK YANG NAK SELIT SURUH VOTE WAN AZIZAH DALAM KHUTBAH JUMAAT KEJAP LAGI.
Thursday, March 20, 2014
#PRKKajang: JAWAPAN BAGI FITNAH @AzminAli TERHADAP ISTERI PM @NajibRazak!!!
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah membandingkan kreadibiliti diantara isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor dengan Calon PKR PRK Kajang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (WAWI).
Azmin sama sekali tidak menyatakan yang positif langsung terhadap DS Rosmah, dia telah memburukkan isteri PM secara total dan melobi kebaikan WAWI dengan begitu gah sekali.
PEMBAZIRAN adalah topik utama Azmin. Mari kita lihat, siapa yang membazir sebenarnya:
SENARAI PENUMPANG:
Pada 14 September 2012, Tian Chua muat naik gambar semasa mereka naik jet ekslusif dari Labuan ke Kota Kinabalu atas nasihat Anwar Ibrahim dengan harapan perkara tersebut tidak disembunyikan.
Sila rujuk laman Selangorkini -> SPR anggar kos PRK Kajang RM1.6 juta
Rujuk artikel dari The Malaysian Insider -> Bil letrik, air di kediaman rasmi Najib lebih RM2.5 juta setahun
Jawapan:
Siapa yang susahkan siapa? 2 penggal PR perintah Selangor, tapi janji dalam manifesto mereka tidak ditunaikan. Rakyat dengan penuh harapan mengharapkan perubahan, hakikatnya kerajaan persekutuan yang selesaikan banyak 'tahi' yang ditinggalkan Pakatan.
Contohnya isu air Selangor. Kesian rakyat kerana kemudahan air mereka dicatu rentetan kedegilan saf kepimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu meneruskan Langat II.
Akhirnya....
MoU yang ditandatangani Khalid membolehkan kerajaan negeri mengambil alih 4 syarikat konsesi air di negeri itu serta suntikan dana RM2 billion oleh kerajaan pusat, selain daripada memberikan pampasan RM9.65 billion kepada syarikat tersebut
Galeri foto --> SINI
Penerangan mengenai isu penstrukturan air Selangor --> SINI
P/S: SIAPA YANG BAZIR? SIAPA YANG BERCERAMAH TAK CERMIN DIRI DULU???
Antara dialog Azmin:
- “Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian.”
MASIH INGAT LAGIKAH JET PERIBADI INI? SIAPA YANG MENAIKI JET INI?
ALASAN: TIADA PENERBANGAN KOMERSIAL
- Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim
- Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw
- Naib Presiden PKR, Tian Chua
- Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli
- Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin b
- Bekas Ahli Parlimen Kemaman dari PKR, Abdul Rahman Yusof
Pada 14 September 2012, Tian Chua muat naik gambar semasa mereka naik jet ekslusif dari Labuan ke Kota Kinabalu atas nasihat Anwar Ibrahim dengan harapan perkara tersebut tidak disembunyikan.
Untuk penerangan penuh, rujuk SINI
Tidakkah ini boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN?
- “Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar.
Bagaimana pula dengan kos pembelanjaan yang mencecah hampir RM2 juta untuk PRK Kajang? PRK Kajang diadakan DENGAN SENGAJA dan mempermainkan mandat rakyat bagi menyelesaikan krisis dalaman PKR Selangor.
Bekas ADUN Kajang telah meletak jawatan dengan sengaja bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, malangnya hasrat itu tidak tercapai kerana Anwar telah gugur syarat kelayakannya untuk bertanding kerana dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan (Kes Liwat II yang mellibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan). Justeru, tempat Anwar tersebut telah digantikan dengan Wan Azizah bagi bertanding sebagai ADUN Kajang pada PRK Kajang yang akan berlangsung pada 23 MAC ini. Ternyata pencalonan WAWI hanyalah bagi memenuhi kemahuan Anwar semata-mata, bukannya kerana serius untuk memimpin rakyat.
Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai PEMBAZIRAN?
Siapa Azmin yang tahu dan boleh sahkan bahawa Wan Azizah tidak menyalahgunakuasa sewaktu Anwar menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dahulu?
Saya pun tidak boleh sahkan, tapi saya hanya boleh membuat andaian bahawa Wan Azizah 'bersubahat' kerana 'membenarkan' Anwar menyalahgunakuasa. Ini kerana Wan Azizah pasti tahu keperibadian, kesalahan dan segala rahsia Anwar bukan? Tetapi sehingga kini masih tiada penjelasan.
Contohnya: jam omega (rujuk SINI)
Contohnya: jam omega (rujuk SINI)
Tidakkah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai LUDAH KE LANGIT TERKENA BALIK MUKA SENDIRI ?
- kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000.
Jawapan:
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana. - sinarharian.com.my
- Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri. - sinarharian.com.my
- "Sebagai anggota Parlimen, dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah...jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang," kata Shahidan. - astroawani.com
Atau boleh rujuk di blog RBF ONLINE
- BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat
UNTUK MANIFESTO PAKATAN RAKYAT SELANGOR [klik SINI]
Siapa yang susahkan siapa? 2 penggal PR perintah Selangor, tapi janji dalam manifesto mereka tidak ditunaikan. Rakyat dengan penuh harapan mengharapkan perubahan, hakikatnya kerajaan persekutuan yang selesaikan banyak 'tahi' yang ditinggalkan Pakatan.
Contohnya isu air Selangor. Kesian rakyat kerana kemudahan air mereka dicatu rentetan kedegilan saf kepimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu meneruskan Langat II.
Akhirnya....
Galeri foto --> SINI
Penerangan mengenai isu penstrukturan air Selangor --> SINI
Antara Kak Wan dan Kak Ros
FMT News:
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi membandingkan calon PKR untuk PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.
“Calon kita Dr Wan Azizah gigih berjuang. Beliau tidak ambil saham, tidak membeli cincin dan tidak menaiki jet persendirian,” kata Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ketua PKR Selangor dalam sesi ceramah di Sungai Sekamat malam tadi.
Azmin menyambung ceramahnya dengan menyatakan perihal pembaziran oleh Rosmah.
“Di sana siapa yang menggunakan jet persendirian? Saya bukan fitnah. Dia tidak menaiki pesawat MAS atau Air Asia.
“Kerajaan membelanjakan RM426,000,” jelas Azmin berkenaan jumlah perbelanjaan yang ditanggung kerajaan akibat daripada perjalanan Rosmah ke Qatar.
“Wan Azizah semasa bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri tidak menyalahguna kuasa,” kata Azmin.
Beliau turut mendedahkan pembaziran wang menerusi bil elektrik dan air ketika ekonomi gawat dan rakyat terpaksa mengikat perut.
Menurut beliau, jumlah kos bil elektrik rumah Najib untuk tahun 2013 ialah RM2.1 juta manakala bil air berjumlah RM231,000.
Terdahulu sebelum itu, Azmin menyatakan bahawa BN “wajib dikuburkan” kerana zalim dan rakus dalam pemerintahan sehingga menyusahkan rakyat.
PRK Kajang ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kerusi DUN Kajang diisytiharkan kosong ekoran tindakan penyandang jawatan Adun, Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan pada Jan 27.
Kerusi Dun ini mempunyai 39728 pengundi berdaftar. Dalam pilihanraya umum tahun lalu sebanyak 87.9% pengundi melaksakan tanggungjawab mereka. Hanya 541 undi rosak direkodkan. - FMT
PILIH CALON BN - DATIN PADUKA CHEW MEI FUN (PILIHAN TEPAT!!!)
P/S: SIAPA YANG BAZIR? SIAPA YANG BERCERAMAH TAK CERMIN DIRI DULU???
#PRKKajang: MODAL KEMPEN IALAH #MH370 - USAHA KERAJAAN DIPERLEKEH & CYBERTROOPERS BN DIFITNAH!!
Ahli Parlimen Penampang ini telah menuduh bahawa 'cybertrooper' Barisan Nasional telah mengaitkan Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan pesawat MH370? Dah tak ada modal lain untuk berkempen ke?
Ternyata ini adalah spekulasi liar semata-mata, persis BBC dan CNN!!!
Ternyata ini adalah spekulasi liar semata-mata, persis BBC dan CNN!!!
"Keputusan pilihan raya akan menjadi penentu sama ada rakyat menerima akan taktik media jentera Barisan Nasional yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerbangan MH370 dan kegopohan dalam keputusan mahkamah rayuan, menurut Leikeng yang juga ahli parlimen (MP) bagi kawasan Penampang.
Beliau juga dipetik, melihat PRK Kajang sebagai titik perubahan dalam perkembangan politik negara berikutan cara pengendalian yang lemah kerajaan BN dalam siasatan kehilangan persawat yang membawa seramai 239 penumpang dan kru ke Beijing, pada 8 Mac yang lalu." [...]
Ternyata kebodohan dan ketidakmatangan yang dimiliki ini diserlahkan melalui perbuatannya sendiri. Tak sangka individu berstatus Ahli Parlimen seperti Darell Leiking ini hanya tahu cakap tanpa usul periksa dan dengan sesuka hati sahaja memberi kenyataan secara sembrono. Sepatutnya Darell perlu membuat 'ulangkaji' terlebih dahulu sebelum melontarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut.
Hakikatnya, sumber pertama yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan MH370 tersebut adalah media antarabangsa, iaitu Daily Mail dan Mirror News - [rujuk SINI]
TANYA ANWAR, KAK WAN DAN NURUL IZZAH, SIAPA 'TOK MENAKAN' KEPADA BAYI INI? |
INI PULA APA??? |
Pembaca boleh baca dahulu petikan artikel dari portal FMT tersebut... dipetik dari artikel bertajuk 'MH370 mempengaruhi PRK Kajang?'
FMT Borneo:
Keputusan PRK Kajang yang akan berlangsung pada Ahad (23 Mac) ini dikatakan akan dipengaruhi oleh kejadian kehilangan pesawat MH370 dua minggu lalu (8 Mac) apabila timbul maklumat kaitan juruterbang dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat yang hilang itu disyaki sebagai perampas pesawat Boeing 777-200, menambah lagi persoalan akan hala tuju perkembangan politik di negara ini, menurut seorang pemimpin politik tempatan Sabah.
“Dalam masa satu minggu, pengundi di Kajang akan berpeluang menentukan hala tuju perkembangan politik Malaysia,” kata Darell Leiking, yang dipetik dari pesanan ringkas yang dihantarnya pada pagi Isnin.
Keputusan pilihan raya akan menjadi penentu sama ada rakyat menerima akan taktik media jentera Barisan Nasional yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penerbangan MH370 dan kegopohan dalam keputusan mahkamah rayuan, menurut Leikeng yang juga ahli parlimen (MP) bagi kawasan Penampang.
Beliau juga dipetik, melihat PRK Kajang sebagai titik perubahan dalam perkembangan politik negara berikutan cara pengendalian yang lemah kerajaan BN dalam siasatan kehilangan persawat yang membawa seramai 239 penumpang dan kru ke Beijing, pada 8 Mac yang lalu.
Anwar Ibrahim yang bercadang untuk bertanding di PRK Kajang terpaksa berundur pada saat akhir berikutan mahkamah rayuan pada Jumaat petang beberapa jam sebelum kehilangan pesawat MH370, memutuskan beliau bersalah kerana meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Pencalonan penasihat PKR dalam Majlis Dewan Undangan Negeri Selangor dikatakan untuk mengambil ahli tampuk kepimpinan Selangor berikutan perbalahan antara PKR Selangor dengan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kemudiannya dicalonkan menjadi pengganti suaminya pada saat akhir pilihan raya di mana pemimpin Pakatan Rakyat, Lajim Ukin yang juga Pengerusi PKR Sabah yang baru kembali dari Kajang memberikan sokongan dan akan kembali ke Kajang untuk membantu selepas rehat sehari, menurut Leiking.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun, menurut Leikeng juga sedang berada di Kajang sejak hari pertama kempen (Mac 11) turut menyumbangkan tenaga dan dilihat bersama dengan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup juga merupakan pemimpin Sabah yang datang ke Kajang untuk membantu calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dari parti MCA.
Dalam ucapannya, yang juga diterjemahkan dalam bahasa mandarin berkata, “Undilah calon BN (kanan) untuk kestabilan politik. Undilah calon BN untuk kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara. Undilah calon BN yang merupakan orang kamu sendiri,” rayu Joseph.
Kenyataan beliau mendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya pemimpin pembangkang kerana ia bercanggah dengan kenyataan lalunya yang mengesyorkan agar nama bangsa dalam apa juga borang di negara ini di hapuskan ketika perasmian Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi .yang berlangsung pada 22 Februari yang lalu.
PRK Kajang akan melihat bertembungan satu lawan satu di antara Wan Azizah, yang juga presiden PKR dengan Chew Mei Fun, naib presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara sebelum beliau dikalahkan oleh Tony Pua Kiam Wee dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 2008.
PRK Kajang diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lee Chin Cheh yang dikatakan memberi laluan untuk penasihat PKR untuk masuk ke dalam dewan negeri Selangor mengetuai pentadbiran negeri Selangor.
Chin Cheh melalui tiket PKR mengalahkan pencabarnya sebanyak majority 6,824 dengan undian sebanyak 19,571 berbanding Lee Ban Seng dari MCA yang mendapat undian sebanyak 12,747 pada pilihanraya 2013 yang lalu.
Usah jadikan insiden MH370 ini modal kempen dengan memperlekehkan usaha kerajaan. Kerajaan Malaysia telah buktikan kecekapan mereka, dan disebabkan itulah Malaysia diberi kepercayaan untuk mengetuai misi mencari pesawat MH370 (Ops SAR) dan lebih dari 25 negara telah bekerjasama dalam misi ini.
P/S: Nak kutuk kerajaan tak kena masa, isu pesawat jadi modal, ini isu antarabangsa, silap-silap perang dunia ke-3 boleh tercetus disebabkan mulut macam celaka ni.
Wednesday, March 19, 2014
#PRKKajang: [FOTO] SUASANA SEKITAR PROSES PENGUNDIAN AWAL. SYABAS KEPADA YANG BERJAYA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB!! @PDRMsia
BERIKUT ADALAH FOTO-FOTO PENGUNDIAN AWAL BERLANGSUNG. SYABAS KEPADA GOLONGAN PENGUNDI AWAL BAGI PRK DUN N25 KAJANG KERANA BERJAYA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN JAYANYA.
SPR MELAPORKAN BAHAWA SEBANYAK 45% TELAH KELUAR MENGUNDI DAN PROSES PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR.
Kira-kira 45 peratus atau 560 pemilih sudah keluar mengundi dalam pengundian awal di tiga kawasan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sehingga pukul 11 pagi ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, proses pengundian awal melibatkan anggota polis itu dijangka tamat pada pukul 4.30 petang.
Menurut beliau, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, seramai 185 anggota telah keluar mengundi dan di Dewan Anjung Forensik pula 55 anggota manakala 320 anggota telah mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
"Hasil lawatan mendapati perjalanan proses undi awal berjalan lancar dan teratur," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
UNTUK FOTO LAIN YANG LEBIH MENARIK, SILA RUJUK FB PAGE Pilihanrayakini
Subscribe to:
Posts (Atom)