Tuesday, August 4, 2015

#PATRIOT 1: PENULIS MALAYSIAKINI - ADRIAN SAHUT CABARAN DIALOG TERBUKA DENGAN YPNM


Seperti yang diketahui, pihak Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) telah menjemput 3 Ahli Parlimen DAP untuk hadir sesi dialog LIVE di Bernama TV.

Namun, sangat mengecewakan kerana tiada respon diterima oleh mereka. Ternyata, keberanian 3 kepimpinan DAP tersebut hanyalah sandiwara kerana hanya berani bersuara di media sahaja.

Untuk pengetahuan, jemputan ini juga turut diberikan kepada penulis Malaysiakini - Adrian Wong dan penulis Free Malaysia Today - Mariam Mokhtar.

Sehingga kini, hanya Adrian sahaja yang menerima jemputan. Terima kasih daun keladi kerani berani terima jemputan ini.

Jangan lupa tonton rancangan Ruang Bicara pada jam 9.30 malam esok di Bernama TV untuk ikuti forum terbuka ini.

Arikel sebelum ini - (SINI) (SINI) dan (SINI)

Saturday, August 1, 2015

#PATRIOT: DAP PERLU SAHUT CABARAN YPNM ATAU MAHU DILABEL PENGECUT?


Dalam satu sidang media tergempar yang diadakan semalam, Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan mengesahkan pihaknya telah menjemput tiga orang Ahli Parlimen (MP) DAP (merangkap kaki sembang kencang) untuk berforum secara LIVE di Bernama TV (Ruang Bicara) yang mungkin paling awal dijadualkan pada 5 Ogos 2015 (Rabu) ini,

Forum ini merupakan inisiatif YPNM untuk memberikan penerangan sebenar mengenai kontroversi PATRIOT 1 yang dimanipulasi pihak pimpinan DAP tersebut disamping jalan untuk pihak mereka meluahkan apa yang tidak kena pada PATRIOT sehingga diserang dengan pelbagai 'auta'.

**Artikel sebelum ini - VIDEO: DAP DICABAR BERDIALOG DENGAN YPNM SETTLE ISU #PATRIOT

VIDEO SIDANG MEDIA:


Pada saya, sembang deras dan kaki kencing sudah sinonim dengan pemimpin pembangkang. Jangan hanya tahu melalak di media sahaja, tetapi bila diajak untuk bersemuka tiba-tiba jadi bisu. Huhu

BERIKUT ADALAH GAMBAR DAN NAMA KETIGA-TIGA MP DAP YANG SAYA MAKSUDKAN:

Ng Wei Aik (Tanjong)


Nga Kor Ming (Taiping)

Liew Chin Tong (Kluang)


P/S: Alamak! Nampaknya orang yang create game dah kena game lah... HAHAHA!


Wednesday, July 29, 2015

VIDEO: DAP DICABAR BERDIALOG DENGAN YPNM SETTLE ISU #PATRIOT


Dalam artikel saya sebelum ini (SINI), iaitu mengenai cadangan blogger agar pihak Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM)  mengadakan sesi dialog/soal jawab terbuka mengenai kontroversi plat khas PATRIOT bersama dengan tiga orang MP DAP iaitu - Ng Wei Aik (Tanjong), Nga Kor Ming (Taiping) dan Liew Chin Tong (Kluang).

Oleh itu, Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan bersetuju dan sangat mengalu-alukan agar ketiga-tiga MP DAP ini sertai forum terbuka tersebut.

Tonton video dibawah:


Khabarnya, surat jemputan rasmi oleh YPNM telah dihantar melalui faks kepada pihak MP DAP tersebut. 

MY SLIDESHARE UPLOAD