Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.
Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2012
(357)
-
▼
November
(22)
- TS @MuhyiddinYassin Hentam Pembangkang Kaw-Kaw Kat...
- @NajibRazak Seru Semua Pengguna Twitter Gunakan Ha...
- Text Penuh Doa 'KO BN'.. Terima Kasih Pembangkang!
- TAHNIAH NABIL! ANDA TELAH MENJADI BAPA!
- #PRU13 GEMPAK! ULAMAK BN Bakal Ganti 'ULARMAK' PAS...
- MIC Tangguh AGM Demi Persediaan #PRU13 ..
- AMANAT PM @NajibRazak KEPADA PENGUNDI CINA DI MALA...
- Get Ready... #PRU13 Bulan Depan.
- [FOTO] We are malaysian, anti Israel?
- Al-Kisah Burger McD Free. #BoycottIsrael #PrayForGaza
- @n_izzah Terima #LGBT ? Astaghfirullahalazim....
- Adakah Kita Sedar Peranan Belia Dalam Arus Politik...
- Ayuh menderma untuk mangsa keganasan di Gaza!!
- #PrayForGaza - Adakah Kita Cukup Kuat Untuk Menent...
- Kenapa Gaza Diserang? Ini jawapannya! #PrayForGaz...
- @n_izzah Membisu Bila Dicabar DS @Zahid_Hamidi?!
- Benarkah Mahkamah Kata @AnwarIbrahim Tidak Meliwat ?
- From @NajibRazak , Pulau Langkawi Berada Di Kedudu...
- Amanat YAB PM @NajibRazak Sempena Pesta Cahaya 13/...
- PEKIDA Ikrar Baiah Sokong BN! Cc : @ZambryAbdKadir...
- Nik aziz : @n_izzah dan @anwaribrahim layak dikate...
- Testing
-
▼
November
(22)
No comments:
Post a Comment