Tuesday, January 15, 2013

#KalimahAllah : Tetiba Pulak Nik Aziz Tukar Fikiran? #KakiBelit #TukarKelantan


Biarpun sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bersetuju dan senada dengan pemimpin DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, hari ini beliau berubah fikiran dan menyifatkan perkara tersebut sebagai mengarut.

Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu.

Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu.

"Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa. - UTUSAN

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive