Sunday, January 27, 2013

#TukarKelantan : Al-Kisah Nik Aziz dan Pengurusan Ekonomi.


Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.

Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi. 

Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan. 

Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal.

Ini dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih-peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal. 

Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak. 

Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain. 

Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan. 

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan. 

Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.
26 Januari 2013 - Disunting dari Harakah

Pembohongan dan dakyah terbesar sekian lama seperti inilah buatkan rakyat Kelantan terus dibuai dengan keasyikkan syok sendiri yang didalangi oleh kepimpinan Pas. Ia hanya bertujuan untuk memupuk semangat assobiyah dikalangan anak Kelantan untuk banggakan negeri sendiri yang secara langsung memberi keuntungan kepada Pas selaku Kelantan dibawah kepimpinan Pas.

Hakikat sebenar indah khabar dari rupa, Gk yakin Pengarah Kajian Polisi DPPM itu beretorik semata-mata tanpa fakta yang jelas. Jika ekonomi rakyat Kelantan diukur melalui kuasa membeli sahaja, hendak kita berikan contoh yang sangat mudah sebagaimana yang dikuatkan oleh Nik Aziz pada rakaman video dibawah, 

Perokok misalnya, adakah anda mengjangkakan perokok itu punyai sumber kewangan yang kukuh sehingga menjadi seorang perokok dan turut mempunyai kuasa membeli rokok, sedangkan perokok berkenaan tetap membeli rokok walaupun terpaksa meminta sedekah daripada Nik Aziz. Dengan meminta wang daripada Nik Aziz untuk membolehkan ia membeli rokok, adakah ia dipanggil kuasa membeli yang disebut sebagai penanda aras ekonomi rakyat Kelantan ?

Kenapa rakyat Kelantan jarang menggunakan kad kredit ? Jawapannya, sebahagian besar dari mereka tidak ada kad kredit, untuk memiliki kad kredit seseorang itu perlu punyai bukti kewangan yang ditetapkan oleh pihak bank, dan rata-rata rakyat Kelantan yang bekerja di sektor swasta yang pendapatannya antara RM350 hingga RM900 itu mustahil untuk memiliki kad kredit.

Kalau Pengarah Kajian Polisi DPPM sekadar kaji duk dalam air-cond tu rasanya tak layak nak bagi perincian mengenai perkara ini, harus turun padang kalau nak buat kajian untuk jawapan yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Banyak perkara yang perlu dikaji, bukan sekadar melontar pandangan berdasarkan fakta yang tidak konkrit demi kepentingan politik. 

Sumber : Blog #TukarKelantan

1 comment:

MMI said...

salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive