Wednesday, August 13, 2014

#PrayForMH370: 'WANG TEBUSAN' SEBANYAK RM35,000 GHAIB DARI AKAUN BANK PENUMPANG #MH370!!


Saya hairan bagaimana sejumlah wang sebanyak RM35,000 didapati lesap dari akaun bank milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. 

Terdetik beberapa perkara yang telah menimbulkan persoalan kepada saya, antaranya:
  1. Siapakah yang telah melakukan perkara ini? 
  2. Adakah pihak tersebut juga terlibat dalam operasi 'menyorokkan' pesawat MH370 tersebut?


 PETIKAN BERITA:
RM35,000 Milik Penumpang MH370 Lesap Dari Akaun Bank! 

Sejumlah wang milik empat penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Mac lalu, didapati lesap dari akaun bank milik mereka.
Kehilangan wang sebanyak RM35,000 itu dikesan oleh salah seorang pekerja bank yang mendapati terdapat pemindahan wang oleh individu tidak dikenali serta tanpa kebebaran empat pelanggan yang juga penumpang MH370. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer. - SUMBER

Seperti yang diketahui umum, sebelum ini timbul konspirasi yang mendakwa penumpang pesawat tersebut masih hidup dan telah dijadikan tebusan di suatu tempat rahsia di Pakistan.

Berkait dengan perkara berikut, penumpang yang menjadi mangsa kecurian seperti yang dinyatakan diatas, berkemungkinan besar mereka 'diugut' oleh pihak yang tertentu (mungkin pengganas) bagi melakukan transaksi untuk dijadikan wang tebusan. 

*Untuk membaca kompilasi Konspirasi dan Konspirasi berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370 - (sila klik SINI)


No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive