Tuesday, August 12, 2014

PKR DAH TAK RELEVAN, PAS HARUS KELUAR PAKATAN RAKYAT!!!


Jika hanya Faekah sahaja letak jawatan tidak cukup untuk membuktikan ketelusan ahli dan komponen parti dalam kem Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan ketelusan mereka menjaga kebajikan rakyat kerana PKR sudah TIDAK RELEVAN.

PAS HARUS KELUAR PAKATAN!


Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta merta ekoran tidak yakin lagi pada pucuk pimpinan parti itu.

Jelas Faekah yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor itu, PKR yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim tegasnya gagal menguruskan krisis Menteri Besar Selangor terpesong dari konsep keadilan yang kononnya diperjuang selama ini.

"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," tegasnya dalam surat tersebut.

Faekah yang dilabel sebagai penyokong kuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu menujukan surat tersebut ke‎pada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, DAP dan PKR mengenepikan PAS dalam sidang akhbarnya yang mendesak Khalid supaya membuktikan bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang berpihak padanya.

Khalid menerima mandat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk terus kekal sebagai Menteri Besar di negeri itu setelah berjaya meyakinkan pihak istana melalui sokongan empat orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS.

PAS pula dilihat seolah-olah "disingkirkan" dari Pakatan Rakyat setelah memberi sokongan penuh kepada Khalid dalam isu krisis politik dalaman Selangor itu dan tidak gentar sekiranya "dipecat" keanggotaannya dari pakatan pembangkang tersebut.

Desas-desus mengatakan sikap PAS itu hanyalah "retorik politik semata-mata" dan parti itu dikhabarkan tidak berani keluar dari Pakatan Rakyat kerana takut hilang sokongan dari pengundi bukan Islam, khususnya kaum Cina DAP. 

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive