Saturday, September 27, 2014

MP PKR ALOR SETAR NAK HAPUSKAN INSTITUSI RAJA


Ketua Pemuda Selangor Zainuri Zainal menyelar Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiou Leung yang mencadangkan agar kuasa Sultan Selangor dikurang atau dihapuskan terus.

Zainuri memberi amaran kepada Gooi agar tidak campur tangan dalam perundangan negeri Selangor terutama melibatkan sultan atau kuasa yang ada pada baginda.

“MP (Ahli Parlimen) Alor Setar jangan biadap. Jangan suka nak hapuskan kuasa Sultan Selangor. Saya bagi amaran supaya dia (Gooi Hsiou Leung) tidak main sedap mulut nak bercakap tentang penghapusan kuasa sultan.

“Jangan sebab mulut badan binasa. Pemuda Selangor sarankan agar sesiapa rakyat Selangor yang jumpa (Gooi, agar) ludah mukanya tanda beri pengajaran tehadap (sikap kurang ajar) dia,” kata Zainuri sewaktu ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Klang.

Kemarahan Zainuri dapat dilihat apabila wartawan kami bertanyakan isu kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali akan menerima cadangan Gooi untuk mengusulkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri Selangor terutamanya berkaitan kuasa sultan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berlangsung November ini.

“Beribu rakyat Selangor bangkit dalam ‘gerak daulat’ menjunjung titah sultan sewaktu krisis kerusi menteri besar baru-baru ini. Kita akan teruskan gerakan ini sehingga kedudukan tuanku benar-benar terjamin (dari sebarang ancaman penghapusan).

“Jangan cuba-cuba (timbulkan cadangan) dalam DUN kalau tidak mahu lihat Pemuda (Selangor) amuk,” ujar Zainuri.

Gooi dilaporkan oleh portal MStar.com mencadangkan kepada Azmin agar kuasa Sultan Selangor dihadkan gara-gara krisis menteri besar Selangor.

“Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya berasa khuatir bahawa istana tidak mendapat nasihat tepat atas kegunaan kuasa “budi bicara” Perlembagaan dalam pelantikan menteri besar, khususnya apabila salah menasihati Sultan Selangor untuk tidak melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Penjelasan yang dikemukakan oleh Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani tentang mengapa Azmin dipilih dan bukannya Wan Azizah langsung tidak kena mengena,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dakwaan tersebut Hsiao Leung turut menyifatkan tindakan melantik Azmin dilihat bertentangan prinsip asas seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh kerajaan negeri.

“Tindakan ini tidak selari dengan pertimbangan dan prinsip asas Perlembagaan negeri iaitu menteri besar yang akan dilantik, mesti mendapat sokongan majoriti dan keyakinan daripada Dewan Undangan Negeri.

“Saya berharap Azmin juga akan menjadikan ia salah satu keutamaan untuk melantik jawatankuasa undang-undang negeri untuk mengkaji secara terperinci Perlembagaan negeri sedia ada.

“Saya juga mencadangkan agar pindaan terhadap Perlembagaan negeri lebih jelas dalam mendefinisikan peranan dan fungsi pemerintahan beraja seperti diamalkan negara kita, terutama dalam proses melantik ketua kerajaan Pusat dan negeri,” katanya dipetik dari MStar.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah hadir merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian Klang.

1 comment:

Anonymous said...

Semua orang melayu beragama Islam di Kedah pun sama ludah muka si AP Alor Setar ni, dan YAB Azmin jugak akan ludah muka si kurap ni, ada niat nak hasut orang Melayu berpecah-belah, ingat senang ke? ramai orang India dan Cina Selangor jugak akan ludah muka dia kalau dia masuk Selangor, tengoklah nanti akan ada tangan2 yang nak sepak muka dia, baru si kurap ni tahu, sedap2 dia nak cakap mengarut, si AP Alor Setar ni confirm bangsa cina tahi babi, nak hasut melayu dengan cina bergaduh, buat malu bangsa cina saje, siaplah dia masuk Selangor nanti,si KURAP.

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive