Thursday, August 6, 2015

TERKINI! BANGKAI PESAWAT #MH370 DIJUMPAI!


Pesawat Malaysia Airlines yang hilang dari radar sejak Mac tahun lepas akhirnya dijumpai. Perkara ini disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas.

Pakar antarabangsa telah mengesahkan sisa Boeing 777 yang dijumpai adalah daripada pesawat MH370 - Dato' Sri Najib Razak


BACA ARTIKEL LAIN BERKAITAN MH370 - SINI



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.  
“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.  
“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.  
Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.  
Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.  
MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
malaysiakini

VIDEO SIDANG MEDIA

ABC US News | World News

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive