Pasar Raya Halal Metamorf milik penuh usahawan bumiputera Islam di Pantai Dalam, KL bakal 'disodok' selepas terima notis 5 hari dari Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan (PTGWP).
Untuk pengetahuan, Pasaraya Metamorf telah dibangunkan sejak tahun 2007 di situ, tetapi mengapa PTGWP hanya beri masa 5 hari sahaja untuk mereka berpindah? Jangan cakap PTGWP tidak tahu!
Jumlah kerugian keseluruhan adalah RM 2.5 juta!
Selain itu, pemilik pasaraya halal itu juga turut dituduh oleh pegawai PTGWP bahawa mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, sedangkan mereka punyai 'hitam putih' telah memohon kebenaran menduduki sementara (TOL) tersebut sejak tahun 2004 lagi.
Tidak cukup dengan itu, PTGWP juga bersikap sambil lewa dan angkuh dengan rayuan mereka.
Dah tak ada manusia dan melayu langsung ke dalam PTGWP? Sebab semuanya bertindak macam binatang membiarkan nasib mereka seperti itu.
Perkara ini telah dibangkitkan di BULETIN USAHAWAN MELAYU:
EKSKLUSIF : PASAR RAYA MILIK USAHAWAN ISLAM BERNILAI RM2.5 JUTA BAKAL DIROBOH SELEPAS 5 HARI NOTIS DARI PEJABAT TANAH & GALIAN
Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian, bangunan pasar raya miliknya perlu dikosongkan kerana terletak di atas tanah milik kerajaan yang terlibat dalam projek pelebaran Jalan Kubur.
Bagi Puan Nazilah, beliau akur dengan arahan pengosongan namun notis yang mengatakan beliau menduduki tanah tersebut tanpa kebenaran yang sah adalah mengarut kerana beliau membuat permohonan untuk menduduki sementara tanah (TOL) berkenaan pada tahun 2004.
Lebih mendukacitakan, pegawai di Pejabat Tanah dan Galian bersikap sambil lewa dalam membantu beliau menyelesaikan permasalahan yang dialami.
Permasalahan yang dihadapi oleh Puan Nazilah telah dirujuk kepada pihak Buletin Usahawan Melayu (BUM), di mana kami cuba memahami isu sebenar di sebalik notis lima hari Pejabat Tanah dan Galian.
Setelah menemubual, isu yang dihadapi beliau adalah:
- Layanan pegawai Pejabat Tanah dan Galian.
- Notis lima hari untuk mengosongkan premis terlalu singkat.
Mungkin otak pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sudah gagal berfikir dengan normal sehingga bertindak memberi tempoh lima hari untuk mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan dari makanan hinggalah pakaian dan buku-buku agama.
Cuba beritahu, adakah logik pemilik pasar raya mampu kosongkan semua barangan dalam gambar di bawah dalam tempoh lima hari?
Kelangkapan makanan yang dijual dalam pasar raya.Kelengkapan pakaianKelengkapan buku-buku
Justeru, kami ingin bertanya dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, jika beliau duduk di tempat pemilik pasar raya ini apakah beliau mampu mengosongkan semua barangan dalam tempoh lima hari?
Kita berbicara mengenai sebuah pasar raya yang diusahakan selama berpuluh tahun di mana anggaran keseluruhan pasar raya Metamorf sekitar RM2.5 juta.
Kita berbicara mengosongkan sebuah premis yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta barangan yang dijual dalam premis berkenaan.
Apakah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian sudah tiada otak sehingga gagal berfikir dengan menggunakan budi bicara agar pemilik premis diberi tempoh lanjutan berdasarkan kapasiti barangan yang dijual dalam pasar raya tersebut?
Kisah duka Puan Nazilah akan bersambung.
Kami akan cuba mendapatkan respon pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berhubung kes yang dihadapi Metamorf.
BACA JUGA DISINI
1 comment:
Buat naya kat org pasti dibalas balik. Allah swt Maha Adil.
Post a Comment