Ariff Hakimi Hj Zulkifli (klik SINI untuk ke laman FB miliknya), merupakan calon EXCO pemuda endorsement oleh Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian (Rujuk SINI). Dia adalah pemuda yang aktif diperingkat akar umbi dan merupakan orang kuat kepada sebuah program yang telah membawa transformasi kepada anak-anak kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, iaitu Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB).
Pada pandangan peribadi saya, Ariff Hakimi patut diberi peluang bagi menggalas tugas sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan kali ini KERANA:
- Platform YDAB dapat diluaskan agar lebih ramai lagi anak-anak orang susah dapat dibantu.
- Supaya penambahan enrolmen daripada 200,000 kepada 250,000 kepada UiTM yang diumumkan oleh YAB PM semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera lepas dapat dilaksanakan dengan segera.
Menurut sahabat saya, TUKAR KELATE:
Sepanjang perkenalan penulis dengan saudara Ariff Hakimi, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjasa kepada UMNO mahupun anak-anak kelantan terutamanya.
Dia telah banyak melibatkan diri dalam kerja akar umbi (peringkat bahagian) dan aktif pada peringkat nasional dalam Jelajah Destini Anak Bangsa.
CTRL+KLIK untuk besarkan gambar
Jelajah Destini Anak Bangsa ini telah banyak membantu dan membawa satu perubahan kepada bangsa bumiputera yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di Peringkat Universiti. Alhamdulillah, sebuah kejayaan yang besar berjaya dihasilkan.
Bagi saya, wajar untuk anda semua mendekati tentang program MDAB ini:
- Secara dasarnya menumpu kepada segala usaha universiti mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.
Apakah syarat kemasukannya?
1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyaipendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan.
2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini.
3. Bumiputera Warganegara Malaysia.
4. Lepasan SPM tahun : 2008 hingga 2012
Berikut merupakan kejayaan MDAB menurut blogger KAKI RAYAU KB:
FB: https://www.facebook.com/AriffHakimiHjZulkifli
Twitter: https://twitter.com/ariffhz
2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini.
3. Bumiputera Warganegara Malaysia.
4. Lepasan SPM tahun : 2008 hingga 2012
Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian.
Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).
SELANJUTNYA
Berikut adalah sedikit sebanyak mengenai Ariff Hakimi Haji Zulkifli. Ada banyak lagi yang mahu ditulis. Tungguuuu....
Diharap dia diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan kali ini.Diharap Ariff Hakimi Hj Zulkifli diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai EXCO Pemuda pada pemilihan kali ini. Apa-apa pun 'GOOD LUCK' kepadanya.
FB: https://www.facebook.com/AriffHakimiHjZulkifli
Twitter: https://twitter.com/ariffhz