Showing posts with label AZWAN BRO. Show all posts
Showing posts with label AZWAN BRO. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

#OneBro4NKP "MAYAT SEORANG TERRORIS SEPERTI CHIN PENG TIDAK LAYAK DISEMADIKAN DI MALAYSIA." - @AzwanBro

Memang benar apa yang dinyatakan oleh Azwan Bro tentang sebab musabab mengapa mayat Chin Peng tidak patut untuk dibawa pulang k Malaysia untuk disemadikan. Salah satu sebab yang dinyatakan ialah atas faktor sejarah dan kekejaman yang Chin Peng telah lakukan, dan tiada motif untuk membawa pulang mayat Chin Peng ke Malaysia seperti yang pembangkang beria-ia mahukan. 

WIKIPEDIA: Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Kiai Salleh Karimdari Batu Pahat, Johor. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa, malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Cubaan MPAJA untuk menguasai pentakbiran ini dari pemerintah sebenar menyebabkan mereka dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya diharamkan dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya ditangkap.


Mayat Chin Peng Tidak Boleh Dibawa Pulang 
Pihak-pihak yang menaruh impian hendak membawa pulang mayat atau pun abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok untuk disemadikan di bumi Malaysia adalah dikecam. 
Kita tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang pernah beliau lakukan. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik. Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi Malaysia. 
Chin Peng mengetuai PKM yang bertanggungjawab penuh keatas kematian beribu anggota keselamatan dan rakyat waktu darurat. 
Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat atau abu Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia. Chin Peng sudah mati dan mayat seorang teroris seperti beliau tidak layak disemadikan di Malaysia.

Monday, September 16, 2013

ARTIKEL KHAS SEMPENA #HariMalaysia50: "MELAYU PERLU BIJAK PERTAHANKAN KETUANANNYA" -@AzwanBro #OneBro4NKP


Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Cabaran masa depan Melayu yang semakin kompleks memperlihatkan betapa bangsa Melayu perlu bijak dalam mempertahankan ketuanannya. Bermula dengan institusi raja-raja, diikuti dengan kekuatan politik, ekonomi serta tahap intelektualnya. Jika kita berpadu dalam semua aspek ini, barulah kedaulatan dan ketuanan itu dapat terpelihara selamanya. Namun, apakah generasi muda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang secukupnya dalam semua aspek ini? Inilah persoalan yang amat membimbangkan kerana orang Melayu sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima keadaan seandainya ketuanan mereka hilang sama ada secara langsung atau sebaliknya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” -3:103

Oleh yang demikian, kita tidak boleh lagi menyingkap punca perpecahan dan perbalahan Melayu itu sendiri. Sebaliknya kita sebagai anak muda Melayu yang masih punya kuasa perlu menyusun strategi dan bertindak segera memperbaiki keadaan. Jika kita terpaksa berkorban demi perpaduan Melayu, maka pengorbanan itu mesti dilakukan. Melayu di Malaysia perlu melihat sedalam-dalamnya rumpun Melayu di negara sekelilingnya.

Namun begitu, kita seharusnya ingat bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana usaha yang dilaksanakan pimpinan negara dari dulu lagi yang bertindak atas dasar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum serta berlandaskan gagasan 1Malaysia.- AzwanBro.Com

Saturday, August 31, 2013

#TandaPutera: BERANI.. @azwanbro 'SAPU BERSIH' TAPAU LIM GUAN ENG ATAS TINDAKAN BODOHNYA!! #OneBro4NKP


Seperti beberapa entri mengenai filem patriotik kontroversi, Tanda Putera yang aku keluarkan sebelum ini, boleh rujuk [SINI] [SINI] [SINI] dan [SINI]. Dimana secara langsung membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghalang filem Tanda Putera ini ditayangkan dimana-mana pawagam yang bertapak di negeri pemerintahan dia.

Secara umumnya, seperti yang digembar-gemburkan secara 'rasmi' diruangan akhbar dan laman sesawang lain bahawa  Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba telah menempelak dan melabelkan Lim Guan Eng sebagai PREJUDIS, PERASAN, HIPOKRIT dan TIDAK MATANG!!

Kali ini, giliran Ketua Pemuda UMNO Perak merangkap calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia 2013, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro membidas tindakan LGE. Azwan Bro telah menyuarakan bantahannya dilaman blog rasminya www.azwanbro.com dimana dia berpendapat bahawa tindakan LGE ini adalah tidak matang dan membuat penilaian sesuka hati kononnya Tanda Putera adalah berunsur perkauman tanpa menontonnya. Disamping, Azwan Bro juga mempertikaikan kenapa Tanda Putera HANYA 'DIHARAMKAN' di Pulau Pinang SAHAJA, sedangkan 3 buah negeri pembangkang lain tiada apa-apa masalah pun? 



 


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri.

Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara.

Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut?

DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu.

Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang.

Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.


WWW.AZWANBRO.COM

Wednesday, August 28, 2013

#OneBro4NKP : Let's Talk With @Azwanbro Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum pemilihan jawatan tertinggi Pemuda UMNO yang akan berlangsung pada 29 september ini. 

Setakat ini, seramai 6 orang telah menawarkan diri untuk menjadi calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Bersama Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak bagi mengupas persaingan jawatan dalam Pemuda UMNO pada kali ini.

Saksikan rakaman penuh Let's Talk Bersama Azwanbro : [klik sini]

Saturday, August 24, 2013

#OneBro4NKP: @azwanbro BERIMEJ KORPORAT? SO? #PAU2013

Saya memang tidak setuju dengan pandangan sesetengah blogger daripada utara yang bertungkus-lumus 'membalun' Azwan Bro dengan 'main point' yang agak menyimpang dengan kreadibiliti yang patut ada pada seseorang untuk menjadi pemimpin kelas atasan iaitu AZWAN BRO BERIMEJ KORPORAT.

Memang tak dinafikan bahawa imej korporat ini boleh memberikan imej yang kurang menyenangkan dikalangan pemimpin UMNO mahupun pembangkang, kerana ianya boleh dilabelkan sebagai 'KRONISM' (lihat contoh kronism dikalangan pemimpin UMNO, klik SINI). Tetapi apa yang saya boleh tekankan disini ialah AZWAN BRO TIDAK NAIK MENJADI PEMIMPIN OLEH PENGARUH BAPANYA (Dato'  Ir Harun bin Saruji).

Mari kita baca dibawah untuk ulasan lebih lanjut:


Penulis memerhatikan gelagat beberapa blogger yang sedang bertungkus-lumus memberikan persepsi buruk kepada Khairul Azwan Harun atau Azwanbro gara-gara menawarkan diri untuk merebut kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Alasan dan hujah kenapa Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda UMNO pula begitu dangkal di mana Azwanbro dikatakan terlalu membawa imej korporat yang mana ia tidak disenangi oleh anak muda.


Menurut laman blog dari utara itu, jika mahu jadi tokoh korporat usahlah memegang kerusi nombor dua dalam pemuda. Penulis tahu bahawa blogger tersebut tidak senang dengan kempen oleh Azwanbro, kerana ia mendapat sokongan ramai blogger termasuk blogger dari utara sendiri.

Apakah benar Azwanbro terlalu menampakkan imej korporat?

Apakah Azwanbro 24 jam memakai baju kot, long sleeve dan hanya bergaul dengan tokoh-tokoh korporat?

Berapa lama penulis blog tersebut mengenali Azwanbro sehingga begitu yakin mengatakan Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda?

Tahukah apa gerak kerja yang telah berjaya dilakukan oleh Azwanbro sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Perak?

Azwanbro terlibat dalam politik sejak belajar di luar negara di mana dia terlibat secara langsung dengan Kelab UMNO Luar Negara, setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999, kerjaya pertamanya adalah juruaudit di Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Kemudian tahun 2004, Azwanbro telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak sebelum dilantik sebagai SUSK setelah Dr. Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Besar Perak.



Tahun 2004 pula, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Azwanbro tidak naik secara mendadak di dalam politik walaupun aktif sebaik sahaja pulang ke Malaysia, satu tangga ke satu tangga beliau daki sehingga menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Perak.

Jika penulis perincikan gerak kerja Azwanbro di Perak atas kapasiti pemuda UMNO rasanya terlalu banyak. Seperti penulis katakan, jangan nafikan jasa dan kerja seseorang hanya kerana dia seorang tokoh korporat yang berjaya.

Lainlah jika dia mendapat kekayaan dan semua syarikat yang berjaya diusahakan olehnya adalah melalui salah guna kuasa.

Akhir sekali, penulis ingin tekankan, Azwanbro tidak menggunakan pengaruh bapa untuk naik dalam dunia politik.
 

Seterusnya di TRANSFORMASI 13

Friday, August 23, 2013

[VIDEO]: #OneBro4NKP KENAPA @azwanbro LAYAK GANTI TEMPAT @razaliibrahim ?


Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali sebagai Azwan Bro ialah calon untuk menggantikan tempat Datuk Razali Ibrahim, iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada pandangan oeribadi, sememangya dia layak kerana mempunyai pekej yang lengkap.

Saturday, August 17, 2013

#PemilihanUMNO13: @azwanbro HATI KERING MAHU GANTI TEMPAT @razaliibrahim. SOKONG ATAU TIDAK? #TheBattleOfNKPUM #NKPUM


Layakkah Ketua Pemuda UMNO Perak, Saudara Khairul Azwan Dato' Harun menang dalam 'pertempuran' di gelanggang yang 'Super Action'? Dengan publisitinya yang agak kurang jika mahu dibandingkan dengan lawannya yang sudah berada di 'Sofa Empuk' seperti Jamawi Jaafar, Lokman Adam dan Razlan Rafii, bukan mudah untuk dia menggantikan tempat mantan Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia). Aku puji 100% dengan keberanian Azwan Bro kerana berani menawarkan diri, walhal aku tahu Azwan sendiri tahu tindakan dia ini agak gila kerana 'sekali pandang' tempat yang di'booking' Azwan ialah tempat yang boleh dikategorikan sebagai tempat 'Gantung Diri'.

TAPI INGAT, TAK MUSTAHIL AZWAN BRO AKAN KALAH. DENGAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN YANG DIA ADA, AKU YAKIN DIA SUDAH ADA STRATEGINYA TERSENDIRI. KEPADA CALON LAIN YANG SUDAH RASA SELESA DISEBABKAN MEMPUNYAI KELEBIHAN PUBLISITI DI MEDIA SOSIAL DAN NASIONAL, JANGAN LEKA DAN JANGAN JALAN BUKA DADA.

SELAMAT BERTANDING!!

Oleh : Bapak Tranformasi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia antara sayap kanan parti UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan perubahan sejak ia ditubuhkan pada 1 dan 2 Mac 1947. Penubuhan sayap (jabatan) yang diputuskan ketika Persidangan Agung UMNO yang diadakan di Seremban bertujuan menarik minat golongan muda melayu untuk menyertai UMNO.

Walaupun telah melalui pelbagai perubahan serta kepimpinan, peranan pemuda masih utuh dengan matlamat perjuangannya, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara.

Menjelang pemilihan UMNO 2013, pertandingan yang bakal menarik perhatian ramai pihak adalah pertembungan 6 penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda yang ditinggalkan Dato Razali Ibrahim yang telah melebihi usia 40 tahun.

Setakat ini daripada enam individu yang dikatakan bakal merebut jawatan nombor dua pergerakan pemuda, penulis difahamkan hanya tiga daripada mereka telah membuat kenyataan rasmi iaitu Jamawi Jaafar (Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom), Lokman Adam (Exco Pemuda UMNO) dan Khairul Azwan Harun (Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak).

Daripada ketiga-ketiga yang menawarkan diri, penulis tertarik dengan dua calon iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Wan Bro di kalangan pemuda Perak. Pertembungan dua individu ini dilihat menarik kerana Perak dan Sabah masing-masing mempunyai 26 bahagian iaitu negeri terbanyak menghantar perwakilan ke perhimpunan agung pemuda.

Dari segi populariti di peringkat pusat Jamawi Jaafar mempunyai kelebihan berbanding Wan Bro namun jika dilihat dari segi ketokohan serta keberanian yang pemuda inginkan, penulis lebih yakin untuk memilih Wan Bro.
 
 
Keberanian Wan Bro terbukti apabila secara terbuka membuat cabaran debat kepada Nizar Jamaluddin, namun ia tidak diperkatakan ramai pihak memandangkan isu tersebut lebih terjurus kepada isu negeri. Malah boleh dikatakan tidak ramai yang berani tampil untuk bersemuka atau berhujah bersama pembangkang. 

Cabaran Azwan kepada Nizar Jamaluddin :


Bukan mahu berkempen buat Khairul Azwan Harun yang penulis sendiri tidak pernah kenali tetapi sebagai anak muda, sememangnya penulis mahu melihat individu yang menduduki jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda dimenangi oleh calon yang berani untuk ke hadapan lebih-lebih lagi terhadap pembangkang bukannya individu yang hanya mampu berkokok dalam gelanggang sendiri.


Kenyataan Khairul Azwan Harun mengesahkan untuk bertanding NKP :


SELANJUTNYA DI Transformasi13.Com

MY SLIDESHARE UPLOAD