Friday, August 30, 2013

#TandaPutera: FINALLY... SI PENGARAH SENDIRI TURUN PADANG 'BALUN' GUAN ENG!!


Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Datin Paduka Shuhaimi membidas Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai seorang yang berfikiran sempit dalam membezakan karya seni dengan politik selepas kerajaan negeri itu melarang filem itu ditayangkan di Pulau Pinang.

"Jika betul dia (Lim Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.

"Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara," katanya kepada mStar.

Kontroversi mula tercetus apabila kerajaan Pulau Pinang mahu semua pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem kontroversi itu kerana Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi.

Namun Shuhaimi berkata, jika pihak pawagam tidak menayangkan filem itu atau menyekat tanpa persetujuan pihaknya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) boleh mengambil tindakan menarik balik lesen pawagam kerana filem berkenaan berada di bawah skim wajib tayang.

"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang. Bagi pawagam yang menarik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau FINAS, tindakan menarik lesen pawagam boleh dikenakan."

Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan FINAS dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) akan mula ditayangkan bermula hari ini 29 Ogos.

SUMBER: Yahoo! News

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive