Showing posts with label JAMAWI JAAFAR. Show all posts
Showing posts with label JAMAWI JAAFAR. Show all posts

Monday, October 21, 2013

#PemilihanUMNO: PENYOKONG @JamawiJaafar TAK RASIONAL, SERANG @AzwanBro TANPA TAHU POKOK PANGKAL!! BACA NI!!


Aku memerhatikan beberapa blog mula melakukan serangan ke atas calon Naib Ketua Pemuda Azwanbro tanpa sebab yang munasabah. Malah blogger yang menyerang Azwanbro boleh dikatakan tiada di PWTC pada 17 dan 18 Oktober yang lepas.

Ok lah, aku nak cerita sikit kronologi apa yang jadi pada 17 dan 18 okober lepas, lantaklah. Nak marah pun marah lah.... PEACE!!

17 Oktober  2013 (khamis)

1. Semasa alam mesyuarat yang turut dihadiri oleh wakil calon dari Bachok dan wakil dari Selangor iaitu Ketua Pemuda UMNO Selangor sendiri iaitu Saudara Zainuri Zakaria telah mengakui bahawa Bahagian Sabak Bernam tidak berikan undi kepada Jamawi Jaafar, bahkan telah memberi 'UNDI SOLID' kepada Azwan Bro. Ini bermakna Jamawi telah kalah di Sabak Bernam (1bahagian). Namun, disebabkan KEBODOHAN JK PEMILIHAN, peti undi dari bahagian Sabak Bernam telah hilang? 

So, disebabkan kegagalan JK Pemilihan UMNO mencari peti undi Sabak Bernam, dan dikatakan JJ sukar menerima kekalahan tersebut. Namun, kedua-dua calon bersama JK Pemilihan yang bermesyuarat akhirnya bersetuju menerima pakai kenyataan KP Sabak Bernam dan KP Selangor.

Suasana perbincangan yang harmoni pada hari khamis 17 Oktober akhirnya menemui jalan penyelesaian di mana Jamawi Jaafar menerima hakikat bahawa dirinya tewas.

Selesai hasil mesyuarat pada hari khamis, JK Pemilihan memaklumkan kepada penyokong kedua-dua calon bahawa esok JK Pemilihan akan membuat pengumuman rasmi Khairul Azwan memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda akan dibuat jam 11.00 pagi.

TETAPI

18 Oktober 2013 (Jumaat) 

Hari di mana sepatutnya JK Pemilihan mengumumkan Khairul Azwan memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda. Tanpa disangka, Jamawi Jaafar bertindak mengemukakan bantahan atas pelbagai alasan antaranya mahu kiraan semula undi bagi Sabak Bernam barulah dia berpuas hati. (MULA-MULA MENGAKU KALAH, LEPAS TU BUAT BANTAHAN BALIK?)

Setelah berusaha mencari peti undi tersebut, akhirnya pihak JK Pemilihan menemui kotak undi Sabak Bernam yang telah diletakkan bersama undi untuk wanita. Akhirnya JK Pemilihan yang sepatutnya mengumumkan keputusan Khairul Azwan Harun menang telah berdalih dan mengikut kemahuan JJ.

Setelah menemui peti undi tersebut Jamawi Jaafar menimbulkan pelbagai keraguan dengan megemukakan 1001 alasan. Bagi dirinya jumlah undi yang terdapat dalam kotak tersebut tidak lagi boleh dipercayai. Selain berpunca kebodohan JK Pemilihan yang salah kira undi di mana undi bahagian Kampar dan Bachok yang sepatutnya menjadi milik Khairul Azwan telah diberikan kpd Jamawi Jaafar.

Hari yang pendek telah berubah menjadi panjang, oleh kerana calon dari Sabah yang dikatakan cool dan tidak kejar jawatan, mengapa dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia kalah kepada Khairul Azwan Harun? Adakah kerana dia malu bahawa dia 'listed' dalam 'favourite candidate of NKP'?

Bayak sebab-musababnya, salah satunya mungkin kerana JJ masih trauma dengan kegagalannya menduduki kerusi Parlimen Tenom semasa PRU13 tempoh hari disebabkan, Ketua Menteri Sabah, DS Musa Aman dikatakan enggan menerima Jamawi Jaafar disebabkan protes di peringkat ‘Grass Root’, termasuklah kerana majoriti jentera ketua-ketua PDM (PUSAT DAERAH MENGUNDI), ketua-ketua cawangan, pemimpin-pemimpin komponen (KDM) tidak setuju dan membantah pemilihan Jamawi sebagai calon BN di Parlimen P.181 Tenom.


Walaupun kemenangan sudahpun dalam genggaman Azwan Bro, saya puji kerana dia sanggup berkorban dan bersetuju dengan saranan JK Pemilihan yang bodoh kerana letak peti undi merata-rata demi mengangkat martabat institusi pemuda. Jika ditakdirkan Khairul Azwan tewas dalam pemilihan semula, bagi saya Azwan Bro adalah pemenangnya yang sebenar. 

P/S: Diharap kepada blogger-blogger yang tidak ada di PWTC semasa hari penting itu, jangan lebih-lebih. 

~ADIOS~

Wednesday, October 16, 2013

KEPUTUSAN NKP: SEBURUK-BURUK PEMILIHAN CEC, BURUK LAGI #PemilihanUMNO!!


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dijangka memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti kali ini dengan kelebihan undi popular.

Jamawi, yang bersaing sengit dengan seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda parti, Khairul Azwan Harun sebelum ini terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian.

Sebelum ini, undi daripada Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.

Bagaimanapun semalam, ada desakan yang mahukan undi Gelang Patah diiktiraf manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan pula mengesahkan mereka memilih Jamawi untuk kerusi Naib Ketua dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Meskipun diambil kira keputusan kedua-dua bahagian tersebut, keputusan akan kekal seri memandangkan Pensiangan memberi undi kepada Jamawi manakala Gelang Patah memilih Khairul Azwan.

Namun begitu, Utusan Malaysia difahamkan, Jamawi dijangka menang kerana beliau dikatakan memperoleh undi popular melebihi 4,000 undi berbanding Khairul Azwan.

Berikutan keadaan itulah, penyokong-penyokong Khairul Azwan dikatakan bimbang jika undi popular menjadi penentu.

Oleh itu, dalam sidang akhbar kelmarin yang sepatutnya dihadiri oleh Khairul Azwan tetapi kemudiannya mewakilkan kepada Mohammad Annuar Ariffin, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan seri.

Mohammad Annuar mendakwa Khairul Azwan telah menerima lebih daripada 75 undi bahagian berdasarkan laporan 'war room' mereka dan menolak untuk menentukan keputusan berdasarkan undi popular.

Perolehan undi popular jika memihak kepada Jamawi ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau dilihat pemimpin merendah diri, mudah didekati dan mesra dengan ahli-ahli akar umbi.

Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang akan mengadakan pengiraan undi popular dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua calon.

Selain Jamawi dan Khairul Azwan, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO turut ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam. - UTUSAN

MY SLIDESHARE UPLOAD