KEPUTUSAN NKP: SEBURUK-BURUK PEMILIHAN CEC, BURUK LAGI #PemilihanUMNO!!
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dijangka memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti kali ini dengan kelebihan undi popular.
Jamawi, yang bersaing sengit dengan seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda parti, Khairul Azwan Harun sebelum ini terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian.
Sebelum ini, undi daripada Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.
Bagaimanapun semalam, ada desakan yang mahukan undi Gelang Patah diiktiraf manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan pula mengesahkan mereka memilih Jamawi untuk kerusi Naib Ketua dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.
Meskipun diambil kira keputusan kedua-dua bahagian tersebut, keputusan akan kekal seri memandangkan Pensiangan memberi undi kepada Jamawi manakala Gelang Patah memilih Khairul Azwan.
Namun begitu, Utusan Malaysia difahamkan, Jamawi dijangka menang kerana beliau dikatakan memperoleh undi popular melebihi 4,000 undi berbanding Khairul Azwan.
Berikutan keadaan itulah, penyokong-penyokong Khairul Azwan dikatakan bimbang jika undi popular menjadi penentu.
Oleh itu, dalam sidang akhbar kelmarin yang sepatutnya dihadiri oleh Khairul Azwan tetapi kemudiannya mewakilkan kepada Mohammad Annuar Ariffin, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan seri.
Mohammad Annuar mendakwa Khairul Azwan telah menerima lebih daripada 75 undi bahagian berdasarkan laporan 'war room' mereka dan menolak untuk menentukan keputusan berdasarkan undi popular.
Perolehan undi popular jika memihak kepada Jamawi ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau dilihat pemimpin merendah diri, mudah didekati dan mesra dengan ahli-ahli akar umbi.
Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang akan mengadakan pengiraan undi popular dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua calon.
Selain Jamawi dan Khairul Azwan, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO turut ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam. - UTUSAN
Blog Archive
-
▼
2013
(655)
-
▼
October
(67)
- #PRKSgLimau: SYABAS @WanitaUMNOMsia KERANA TAK JEM...
- MAI KITA TENGOK APA PANDANGAN @anwaribrahim TENTAN...
- #PRKSgLimau: WANITA DI SUNGAI LIMAU "Swing" UNDI K...
- #PRKSgLimau: "UMNO yang buat semua ni dari dulu la...
- #PRKSgLimau: DULU MASA ARWAH AZIZAN ADA, DIHINA DI...
- @PKamalanathan TIDAK BENARKAN KORBAN ATAU MAHU DIK...
- #PRKSgLimau: WAJIB BACA!! IKRAR CALON @barisannasi...
- #PRKSgLimau: APAKAH YANG TERSIRAT DISEBALIK PERKAT...
- #Bajet2014: INTIPATI BAJET 2014 YANG RAKYAT MALAYS...
- INFO: "ISLAMIC SEX SHOP" PERTAMA DIDUNIA DILANCARK...
- #PRKSgLimau: MANTAP!! VIDEO #BeraniHijrah INI BOLE...
- PANAS!! @KhairyKJ ADA SKANDAL DENGAN INSPEKTOR WAN...
- #PRKSgLimau: CALON PAS #N20SungaiLimau 'CILOK' IME...
- #PRKSgLimau: APA YANG ANDA PERLU TAHU, DAN PATUT T...
- #PemilihanUMNO: PENYOKONG @JamawiJaafar TAK RASION...
- #PemilihanUMNO: LATEST!! SENARAI TOP 25 KERUSI MAJ...
- ALAMAK!! WEBSITE MAYBANK2U KENA HACKED??
- #PemilihanUMNO: KEPUTUSAN TIDAK RASMI TERKINI!!
- #PemilihanUMNO: EKSKLUSIF BERSAMA @tunfaisal... CA...
- #PemilihanUMNO: PANDANGAN CALON - "APAKAH KEPENTIN...
- #PemilihanUMNO: INFO!! PERWAKILAN PERLU TITIK BERA...
- #PemilihanUMNO: AKHIRNYA, EPISOD "The Mystery Of N...
- #PemilihanUMNO: PENDEDAHAN EKSKLUSIF 'CAI' AHLI MA...
- "SAYA AKAN TERUS BERKHIDMAT WALAUPUN KALAH!!" - @t...
- KEPUTUSAN NKP: SEBURUK-BURUK PEMILIHAN CEC, BURUK ...
- #PemilihanUMNO: ATTENTION!! SIAPA EDAR 'CAI', SUK ...
- SALAM AIDILADHA KEPADA SEMUA, MARI KITA KENALI SEJ...
- #PemilihanUMNO: STEADYLAH!! SANG KELEMBAI MENGAMUK...
- SIAPA KATA @Zahid_Hamidi SAMSENG?
- #KalimahAllah: ALHAMDULILLAH, MILIK ISLAM.. INI KA...
- LUPAKAN KEJAP PASAL #PemilihanUMNO, RESULT #Kalima...
- #PemilihanUMNO: KEPUTUSAN NKP TUKAR IKUT UNDI POPU...
- KEPUTUSAN RASMI TERKINI #PemilihanUMNO, TAHNIAH @K...
- #PemilihanUMNO: JANGAN LUPA DENGAR KEPUTUSAN TUIGA...
- #PemilihanUMNO: KEPADA SEMUA PERWAKILAN, SILA BACA...
- #PemilihanUMNO: TUN M TAK RESTU AKHRAMSYAH JADI KE...
- #PemilihanUMNO: LAST KOPEK!! KENALI @AzwanBro!!! #...
- #PemilihanUMNO: @KhairyKJ PERLUKAN SOKONGAN UNTUK ...
- #PemilihanUMNO: SENARAI CALON PILIHAN BAGI SAYAP W...
- #KJ4KP: FAKTOR KENAPA @KhairyKJ PATUT DIKEKALKAN. ...
- #PemilihanUMNO: SENARAI CALON PERGERAKAN PEMUDA YA...
- TAHU TAK KENAPA GOOGLE.COM.MY TAK BOLEH DIAKSES HA...
- 2 ORANG DISAHKAN MENINGGAL DALAM TRAGEDI PESAWAT M...
- #PemilihanUMNO: KENAPA PERLU PINGGIRKAN CALON EXCO...
- #PemilihanUMNO: KENAPA @AzwanBro NI NAK SANGAT BER...
- PERBAHASAN PCA: MAJLIS PEGUAM NAK DAKWA @zahid_ham...
- #PemilihanUMNO: SERIOUSLY, @AzwanBro PALING LAYAK ...
- #PemilihanUMNO: EKSKLUSIF!! KUPASAN LENGKAP KENAPA...
- #PemilihanUMNO: MP LENGGONG ADA POTENSI BESAR UNTU...
- #PemilihanUMNO: TAHNIAH @tunfaisal DIATAS PENCALON...
- [VIDEO] #PemilihanUMNO: DEDAH!! IDENTITI SEBENAR @...
- #KJ4KP SOUND CALON KP, BUKTI @KhairyKJ TEGAS!!
- AL-KISAH HIDUP SHAHANIM MOHD YUSOFF @Shahanim_PU3 ...
- #PemilihanUMNO: #TF4MT ADAKAH @tunfaisal AKAN DIUM...
- #PemilihanUMNO: CALON EXCO NO.46 AKAN USAHA DEMI J...
- SIRI X-FILES: SENARAI TOP 10 KES JENAYAH MISTERI D...
- #PemilihanUMNO: LET'S SEE!! @KhairyKJ MAHU BEKERJA...
- PTPTN BERJAYA GELAPKAN MATA PEMBANGKANG! #ShamsulA...
- #PemilihanUMNO: KENAPA @KhairyKJ PERLU DIPERTAHANK...
- TATAETIKA OH TATAETIKA!! #PemilihanUMNO
- #PemilihanUMNO: PERWAKILAN MAHU PILIH CALON #NKPUM...
- DARI PARLIMEN: AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PCA) LULUS...
- #BR1M: MAAF TUN M. INI KALI SAYA TAK SOKONG.
- SALAM PERKENALAN KEPADA MANJONG MARI. JANGAN JADI ...
- RM320K UNTUK KEMPEN DI #FB DAN #TWITTER? KESIAN ME...
- APA CER NI NAIK JADI KP TANPA BERTANDING?
- #PemilihanUMNO: KENALI @NazliahAli, DARI JAUH MERA...
1 comment:
Takkan tunggu keptusan KJ plak,,,umum la sekarang,,satu malaya sudah tahu,jd biarkan pusat tentukan,
Post a Comment