Showing posts with label himpunan guling kerajaan. Show all posts
Showing posts with label himpunan guling kerajaan. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

[VIDEO]: HOT! @anwaribrahim LABELKAN PENYOKONGNYA YANG TURUN BERDEMO ADALAH PENGKHIANAT!!


Kesian penyokong Anwar yang turun demo sampai gaduh-gaduh n abaikan anak bini kat rumah sebelum ni.

BANYAK LAGI GAMBAR 'PENGKHIANAT' di SharpShooter
Kesudahannya, mereka telah dilabelkan sebagai pengkhianat. Masih lagi nak sokong si peliwat yang takut masuk penjara ni ke wahai penyokong pakatan?


Petikan dari channel Youtube amenorld:
Anwar Ibrahim keluar berhadapan dengan pendemo2 yang protes mengenai pemilihan PKR di hadapan HQ PKR di Tropicana dan memberitahu kepada pendemo2 agar hentikan demo kerana PKR sedang berusaha melakukan siasatan terhadap semua aduan2 yang timbul. 
Video ini disebarkan oleh salah seorang revolusioner dalam PKR. Tuan Ally. 
Rujukan : EMBED POST DIBAWAH


Thursday, January 2, 2014

#GulingKerajaan: SIAPAKAH WAJAH DALANG/PEROSAK YANG BERSELINDUNG DISEBALIK TOPENG #Anonymous #TURUN???

Tak sangka, topeng 'ANONYMOUS' yang menjadi tema semasa Himpunan TURUN (Guling Kerajaan) tidak mampu menutup muka 'dalangnya'. Sebelum ini, wajah-wajah yang hadir itu, sekeras-kerasnya menafikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada 'Ahli Majlis' himpunan tersebut.

Antara 'penampakan spontan' yang saya petik dari laman BNBBC dibawah, jelas membuktikan bahawa pembangkang hanyalah 'alat perosak' kepada negara dan rakyat. Mujur, sudah ramai yang mula sedar.

TOLAK PAKATAN RAKYAT!!

Dipetik dari laman BNBBC:

SIAPAKAH MEREKA?
Betul anggapan sesetengah pihak bahawa himpunan haram TURUN hanya topeng pembangkang untuk terus menekan kerajaan dan menunjukkan rasa tidak puashati bukan kerana harga barang naik tetapi kegagalan mereka pada PRU-13.

Jika tidak sembunyi batu tangan, sekilas ikan di air sudah tahu bawa pemimpin pembangkang terutaama PKR dan PAS terbabit dalam penganjuran perhimpunan yang sekaligus menyebabkan sambutan Tahun Baharu di Dataran Merdeka dihentikan. 



Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) kelihatan seronok bergambar. Petugas media pun tumpang sekaki, memang 'A'.
Kemunculan beberapa pemimpin PKR dan PAS ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa merekalah disebalik ‘topeng’ himpunan TURUN atau Guling Kerajaan yang diuar-uarkan kononnya membantah kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Kelibat Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang juga Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategik parti itu bersama-sama peserta perhimpunan haram sudah cukup mengambarkan siapa dalang disebalik semua itu.


Selain itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar.

Ternyata kebiadapan peserta demo memuncak apabila konsert Ambang Tahun Baru bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu terpaksan dibatalkan 30 minit sebelum jam 12 tengah malam.

Sebelum itu, mereka merempuh hadangan polis dan cuba mencabar pihak berkuasa dengan provokasi kata-kata kasar.

Tindakan peserta demo yang melampau sehingga membaling objek ke arah pentas mencetuskan kekecohan di kalangan artis yang hadir untuk menghiburkan penonton konsert itu. 


Suasana kecoh sekitar Dataran Merdeka pada malam Tahun Baharu
Laungan slogan melbatkan peserta demo diantaranya ialah ‘guling kan kerajaan zalim’ ‘turun kerajaan’, dan beberapa slogan yang tidak mencerminkan niat asal mereka untuk menggesa menurunkan kos sara hidup.

Ini dilihat berpunca apabila dalang mereka turun ke padang bersama-sama sehingga menyebabkan mereka berani bertindak biadap termasuk tidak menghormati Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang meminta pihak terbabit menghormati penonton konsert yang ingin menyambut Tahun Baharu seperti biasa.

Sebaliknya, dengan tindakan kekerasan yang berlaku semalam menjadikan sambutan Ambang Tahun Baharu tidak seperti biasa tanpa percikan bunga api dan dentingan 12 kali jam di Bangunan Sultan Abdul Samad seperti tahun-tahun sebelum ini. 


Shamsul Iskandar pun ada
Dalam masa sama, ada ibu bapa terus memperjudkan nasib anak-anak yang masih mentah dengan membawa mereka ke perhimpunan yang boleh mempengaruhi pemikiran untuk menentang kerajaan apabila dewasa.

Wednesday, January 1, 2014

#GulingKerajaan: DEMI ANWAR!! POLIS DI'GULING'!! MALAM TAHUN BARU JADI MALAM TAHUN BUSUK!!

Cukup untuk melabelkan betapa jijiknya himpunan ini sama seperti namanya. Namun begitu, tidakkah semua orang sedar bahawa ini adalah perkara yang boleh membawa malapetaka kepada semua penduduk di Malaysia? 

 Kita WAJIB untuk fahami asas jatuh bangun sesebuah kerajaan.. 

JIKA DITAKDIRKAN KERAJAAN SEDIA ADA 'TERGULING'!! MAKA EKONOMI, KEMAJUAN DAN IMEJ MALAYSIA JUGA AKAN TERGULING!! BILA MASA PEMBANGKANG MAHU STABILKAN?

Jangan hanya tahu bersorak mohon kerajaan sedia ada jatuh tanpa fikirkan kesan akan datang. Ingat, banyak lagi ganerasi yang mahu tinggal dan mahu berjaya. Dilihat, golongan 'mahasiswa cacat' (PRO-MAHASISWA) yang paling ramai. seperti biasa, adat baring atas jalan akan diadakan sebagai atucara wajib mereka:

BARING ATAS JALAN -   atucara wajib oleh 'MAHASISWA CACAT' semasa di Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka, 31/12/2013 (malam tahun baru), semalam.
Antara sumber yang didapati daripada laman FB page rakan seperjuangan yang turut berada di Dataran Merdeka (LOKASI ALIEN-ALIEN BERHIMPUN), mendapati bahawa:

HIMPUNAN GULING KERAJAAN: PENGUMUMAN PENTING

Jam 9 pagi ini upacara angkat sumpah Dato Sri Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat sebagai President Dataran Merdeka akan berlangsung di hadapan pentas utama Dataran Merdeka. Upacara yang berlangsung ini dijangka akan dihadiri pemimpin pemimpin kanan Pakatan Rakyat daripada parti DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang. Parti PAS pula menghantar wakilnya Haji Hussam Musa dan Mahfuz Omar manakala PKR dihadiri oleh semua kepimpinan tertiinggi PKR.

Upacara mengangkat sumpah Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai President Dataran Merdeka akan disempurnakan oleh Sultan Jamalul Kiram Suluk yang diterbangkan terus dari kepulauan Filipina.

Kejayaan malam tahun baru oleh peserta demonstrasi "Guling Kerajaan" telah memastikan Dataran Merdeka ditawan dan menjadikan Dataran Merdeka sebagai wilayah bebas dan menjadi milik Anwar Ibrahim selaku ketua umum Pakatan Rakyat. Difahamkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan membina sebuah White House bagi rumah kediaman President dan juga bangunan pencakar langgit melebihi ketinggian KLCC sebagai pusat pentadbiran Dataran Merdeka.

Untuk rekod Dato Sri Anwar Ibrahim merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipecat pada hujung tahun 1999 diatas kesalahan salahguna kuasa, Rasuah dan jugak seks luar tabii.


ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEMASA HIMPUNAN:


BIADAP!!!!!!!!!

PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram

Untuk UPDATE terkini follow hashtags #GulingKerajaan di Twitter/Facebook.

MY SLIDESHARE UPLOAD