Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

#RakyatBersatu: APA BEZA MERAH DAN KUNING? INI JAWAPANNYA! #Merah916 #BajuMerah



Beza MERAH dengan KUNING :
  1. MERAH ikut arahan polis, tak provokasi tiada sepanduk berbentuk penghinaan kepada mana-mana pemimpin.
  2. Sepanduk yang kelihatan Ini Tanah Melayu, Kit Siang punca tragedi 13 Mei. DAP Jangan Cabar Melayu.
  3. Tiada laungan provokasi orang Cina balik China orang India balik ke India. Kecuali laungan Hidup Melayu!
  4. MERAH solat jemaah di Masjid Negara tak perlu guna air mineral dan solat di tengah jalan raya.

MESEJ MERAH DAH SAMPAI KEPADA DAP - HARAP KETUA KUMPULAN KAWAL EMOSI PESERTA.

KITA BERSELAWAT RAMAI-RAMAI.

Melayu Bersatu, Islam Berdaulat!

FOTO 

Idris Jusoh dan Ahmad Maslan antara pemimpin UMNO yang dilihat bersama peserta himpunan. Berkumpul di Putrajaya.



10:30 - Peserta di check point PWTC mula ke Padang Merbok anggaran lebih 1500 orang




Wartawan cina dihalau polis kerana cetuskan provokasi


Jalan Bulan (Sg Wang BB Plaza) anggaran 2k peserta. Mula bergerak ke Padang Merbok.

VIDEO PILIHAN





SELANJUTNYA RUJUK TIMELINES DIBAWAH


Saturday, August 29, 2015

#BERSIH4 LIVE UPDATE TIMELINES

APA ITU PERHIMPUNAN BERSIH?

Rujukan dari blog ini - SINI



LIVE TWEETS



TUNTUTAN 

Dalam Memarandum yang mahu diserahkan kepada YDP Agong, Bersih ada 4 tuntutan yang utama:
  • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan.
  • Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
  • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.
  • Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.
RUJUKAN
  1. Perhimpunan Bersih 2007
  2. Perhimpunan Bersih 2011
  3. Perhimpunan Bersih 2012
  4. Perhimpunan Bersih 2015

Wednesday, May 21, 2014

[VIDEO]: HOT! @anwaribrahim LABELKAN PENYOKONGNYA YANG TURUN BERDEMO ADALAH PENGKHIANAT!!


Kesian penyokong Anwar yang turun demo sampai gaduh-gaduh n abaikan anak bini kat rumah sebelum ni.

BANYAK LAGI GAMBAR 'PENGKHIANAT' di SharpShooter
Kesudahannya, mereka telah dilabelkan sebagai pengkhianat. Masih lagi nak sokong si peliwat yang takut masuk penjara ni ke wahai penyokong pakatan?


Petikan dari channel Youtube amenorld:
Anwar Ibrahim keluar berhadapan dengan pendemo2 yang protes mengenai pemilihan PKR di hadapan HQ PKR di Tropicana dan memberitahu kepada pendemo2 agar hentikan demo kerana PKR sedang berusaha melakukan siasatan terhadap semua aduan2 yang timbul. 
Video ini disebarkan oleh salah seorang revolusioner dalam PKR. Tuan Ally. 
Rujukan : EMBED POST DIBAWAH


Monday, December 9, 2013

[VIDEO]: RUSUHAN DI LITTLE INDIA SALING TAK TUMPAH MACAM BERSIH!!


Rusuhan berlaku di Little India berhampiran Race Course Road Singapura kira-kira jam 9.30 malam tadi dipercayai berpunca perasaan marah masyarakat India dan Bangladesh yang bekerja di Republik itu ekoran kemalangan bas membabitkan seorang lelaki Bangla.

Selain merosakkan bas terbabit kemalangan itu, kenderaan peronda polis turut diterbalikkan manakala beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulan dikatakan juga dibakar.Lebih 200 orang kebanyakkan warga India dan Bangladesh yang bekerja di negara itu terbabit kejadian yang disifatkan tidak pernah berlaku sekaligus mengejutkan warga Singapura.

Pasukan polis bagaimanapun menyatakan keadaan kini terkawal dan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan yang terjejas dengan rusuhan. -  SUMBER

Saturday, November 16, 2013

PENGERUSI BARU #Bersih DILANTIK ADALAH DEMI MEMPERKASA COMANGO?

Maria Chin Abdullah dilantik sebagai Pengerusi baharu BERSIH 2.0, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi bersama BERSIH 2.0 bersekutu dengan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Maria dicalonkan sebagai Pengerusi baharu oleh NGO The Association of Women Lawyers (AWL), Centre for Independent Journalism (CIJ), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (CRC – KLSCAH), Dapur Jalanan, ENGAGE, Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Islamic Renaissance Front (IRF), Kelab Bangsar, LLG Cultural Development Centre (LLG), Suara rakyat malaysia (SUARAM), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI) dan Women’s Aid Organisation (WAO), lapor bersih.org.

Selain jawatan Pengerusi, lapor The Malaysian Insider turut dipertandingkan adalah jawatan Naib Pengerusi, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dijangka akan dipilih pada 29-30 November di Perpustakaan Petaling Jaya.

Lapor portal itu, bagi jawatan Naib Pengerusi BERSIH 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi & Pengarah IRF) dan Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM).

Untuk jawatan Bendahari pertandingan antara Masjaliza Hamzah (Pegawai Eksekutif CIJ) dan Nahar Md Nor (Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat).

Lima calon dilaporkan telah bersaing untuk dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K Arumugam (Pengerusi bersama SUARAM), Ng Chak Ngoon (Bekas Presiden Malaysia Site Investigators Association), Farhana Halim (Majlis Peguam/SUARAM), Hishamuddin Rais (Pengasas Radio Bangsar Utama) dan New Sin Yew (Majlis Peguam).

Pengerusi jawatankuasa Pemilih BERSIH 2.0 pula dipengerusi oleh Stanley Yong, Setiausaha Umum Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH).

Menurut Stanley Yong, walaupun tiada pertandingan bagi jawatan Pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa BERSIH itu akan hanya dibuat pada 30 November.

Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

The Malay Mail Online melaporkan, Ambiga dan seorang lagi Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A. Samad Said telah melepaskan jawatan mereka pada 30 November.

Wikipedia menyebut Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, University of London.

Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990 dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif WDC (Women’Development Collective) sehingga 2005 yang mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita dan hak wanita.

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.

EMPOWER adalah ahli Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang membentuk COMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

Selain itu, EMPOWER juga merupakan Sekretariat kepada BERSIH 2.0.

Maria juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidikan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women – ARROW) sejak 2010.

Dalam tribute kepada suaminya, Yunus Lebai Ali, Maria mengaku bertemu dengan suaminya ketika berada di London pada tahun 1979 dan kembali ke Malaysia pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu Maria bersama suaminya menubuhkan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).

Menurut laman mafrel NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) telah mendapat tajaan Asia Foundation untuk bekerjasama dengan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections) untuk memantau Pilihanraya di Malaysia.

Selain itu NAMFREL (The National Citizens’ Movement for Free Elections) yang berpangkalan di Filipina juga merupakan rangkaian ANFREL.

NAMFREL dinamakan oleh bekas pegawai CIA, Philip Agee sebagai ‘tool CIA’ menggunakan slogan ‘kuasa rakyat.”

“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.

“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.

“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.

“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat (People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. - AIDC

MY SLIDESHARE UPLOAD