Showing posts with label hina sultan. Show all posts
Showing posts with label hina sultan. Show all posts

Friday, December 20, 2013

HINA ISLAM DAN RAJA: KDN AKAN BENTANG UNDANG-UNDANG KHAS!! @Zahid_Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.

"Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.

Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.

Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.

"DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan," tegasnya.

Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.

Sementara itu Seksyen 30 bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan. Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah sebelum ini, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.

Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan.

Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013. - BERNAMA

Tuesday, August 20, 2013

HINA SULTAN: USTAZ PRO-SYIAH MAHU INSTITUSI KESULTANAN DIHAPUSKAN? @PDRMsia SILA AMBIL TINDAKAN!



Daripada video berdurasi 3:00 minit - Siapakah Ustaz Wan Ji yang yang begitu lantang bersuara mahu menghapuskan Instutusi Kesultanan di Malaysia? Rasanya secara umumnya rakyat dinegara kita ini tahu apa risiko dan tindakan oleh pihak berkuasa jika kita bertindak sedemikian. Walau apa-apa pun, saya sarankan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan serta merta supaya spesies seperti ini berjaya dilupuskan di Malaysia.


Berikut adalah video yang dikatakan mengandungi unsur-unsur yang menghina Institusi Kesultanan Malaysia yang didapati dari rakan fb - Vyrec:



Mari kita tengok siapa Ustaz Wan Ji:

Ustaz Wan Ji ini dikenali sebagai penggerak Syiah (Maybe).

FB Page: Ustaz Wan Ji - Original

Klik pada gambar untuk besarkan.
Twitter: WanJi_bakistani


Seperti yang dijangkakan, rupa-rupanya ustaz ini Pro-Pembangkang... Patutlah nak institusi kesultanan dieliminatekan...

http://g-82.blogspot.com/


MY SLIDESHARE UPLOAD