Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.
"Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.
Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.
Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.
Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.
"DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan," tegasnya.
Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.
Sementara itu Seksyen 30 bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan. Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah sebelum ini, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.
Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan.
Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2013
(655)
-
▼
December
(43)
- #TanyaIbdil: ENTRI KHAS BUAT PENGERUSI BIRO MEDIA ...
- #ThrowBack #PemilihanMCA: KEPUTUSAN PENUH UNDI
- #PemilihanMCA: KITA TENGOK APA PRESIDEN BARU BOLEH...
- SIRI INFOGRAFIK: SENARAI ORANG DIKEHENDAKI @PDRMsi...
- KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, JOM PAKAT-PAKAT ISI ...
- TAHNIAH!! #KonsertDestini SUKSES!! LEBIH RAMAI PEL...
- KES LIWAT II: ANWAR DIBOGELKAN LAGI OLEH PEGUAMNYA...
- NGA KOR MING TERJERAT DENGAN KEBODOHAN DIRI SENDIR...
- RANCANGAN PM @NajibRazak UNTUK TAHUN 2014-2017 DID...
- #KonsertDestini: PENANGAN ARTIS GABUNGAN DUA NEGAR...
- SKANDAL ADI PUTRA: AIDA DICERAI PULAK? MANA SATU B...
- HINA ISLAM DAN RAJA: KDN AKAN BENTANG UNDANG-UNDAN...
- KES LIWAT ANWAR 2: BERKAIT NATE TISA, APAKAH KESUD...
- #KonsertDestini: Beramal Sambil Berhibur, Detik-De...
- NKPUM @AzwanBro BALUN MENTERI, SALAH TETAP SALAH!!!
- PERBEZAAN UMNO DAN PAS YANG ANDA PERLU TAHU!!
- SKANDAL ADI PUTRA: 'I.O' KES DIPERCAYAI BERAT SEBE...
- #Syiah: PESANAN IKHLAS BUAT MAT SABU!!
- LAGI BUKTI (BERTULIS) DARI KDN BAHAWA MAT SABU ADA...
- SKANDAL ADI PUTRA: KEPUTUSAN RASMI KES TELAH DIUMU...
- KEMASKINI [VIDEO]: PENDEDAHAN EKSKLUSIF OLEH KDN B...
- KOMANDO AKAN DIANUGERAH PINGAT GAGAH BERANI
- [VIDEO]: RUSUHAN DI LITTLE INDIA SALING TAK TUMPAH...
- SEBARKAN!! KEMPEN BANTU MANGSA BANJIR ANJURAN MAHA...
- #PAU2013: TAHNIAH @DrNovandri KERANA DIANUGERAHKAN...
- TRAGIS! NGERI! 'ADIK' TAIKO BOTAK CHIN KONGSIKAN A...
- SKANDAL ADI PUTRA TAMPIL BERI PENJELASAN BAHAWA AD...
- #PAU2013: OPS KE-2 BANJIR DILANCARKAN OLEH PEMUDA ...
- [VIDEO] #PAU2013: UCAPAN HEBAT OLEH WAKIL #Mahasis...
- #PAU2013: #MahasiswaNasional CADANG SUPAYA AKADEMI...
- #PAU2013 #TanyaIbdil: PENGERUSI #BMB, @Ibdil JANG...
- #PAU2013: AMANAT TIMBALAN PRESIDEN DIHORMATI, #Tra...
- INFO PARLIMEN: RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2014 ...
- #PAU2013: "SAYAP UMNO JANGAN 'GOYANG' BAWA PERJUAN...
- #PAU2013: LAMAN MEDIA YANG KONDUSIF DISEDIAKAN UNT...
- #PAU2013 [VIDEO]: #TransformasiUMNO: KEBAIKAN ATAU...
- #PAU2013: PUTERI UMNO LANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN...
- #PAU2013: PANAS!! USTAZ KAZIM DEDAHKAN PEMIMPIN PA...
- #PAU2013: "SAYA BERBANGGA ADA NEGARA ISLAM SEPERTI...
- #PAU2013 BERMULA.. SELAMAT BERSIDANG KEPADA 5,726 ...
- #MahasiswaNasional: #PEMANAS BERJAYA SATUKAN IDEOL...
- AKIBAT DICACI, DICERCA DAN DIHINA.. USTAZ KAZIM IS...
- #MahasiswaNasional: APAKAH KELAINAN YANG BERJAYA D...
-
▼
December
(43)
No comments:
Post a Comment