Showing posts with label kdn. Show all posts
Showing posts with label kdn. Show all posts

Friday, March 13, 2015

ISU SURAT FBI: SIAPA DALANG YANG BOCORKAN SURAT SULIT INI? @PDRMsia SILA SIASAT!! @KBAB51


Pada entri saya sebelum ini (SINI), saya telah jelaskan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah dijadikan kambing hitam untuk menandatangani surat yang berstatus sulit kepada FBI setelah diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah.

APAKAH KAITAN TAN SRI SHAFEE ABDULLAH DENGAN PAUL PHUA WEI SENG?


Saya juga ada menceritakan bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman kepada peguam terkenal tersebut. 

Oleh kerana disurat itu punyai tandatangan Zahid, maka Zahid disalahkan dan dituduh membela Raja Judi dan Kongsi Gelap (Paul Phua). Sedangkan Zahid cuma menafikan kewujudan Kongsi Gelap 14K Triad di Malaysia.

Isu ini tercetus apabila South China Morning Post mendedahkan surat tersebut pada 31 Disember tahun lepas, dan telah hangat diperkatakan terutamanya di media sosial. 

Ironinya, perkara rahsia sebegini tidak patut terdedah kepada umum sekiranya tiada 'musang berbulu ayam' yang gedik untuk mendedahkannya. Jelas tindakan mendedahkan surat berstatus rahsia kepada umum adalah salah disisi undang-undang.

Disini saya desak supaya pihak polis menyiasat siapakah dalang yang telah mendedahkan surat tersebut kerana ianya telah menjejaskan reputasi kerajaan.

Persoalannya disini adalah  SIAPAKAH 'ORANG DALAM' YANG TELAH DEDAHKAN SURAT TERSEBUT? PDRM SILA SIASAT!!!

Untuk penjelasan, sila baca dibawah:

Surat Sulit kepada FBI : Siapa orang dalam yang bocorkan surat berstatus rahsia kepada South Morning China Post? 
1. Isu surat sulit kepada FBI mula didedahkan oleh South China Morning Post pada 31 Disember kembali hangat diperkatakan. 
2. Sebelum ini, pada 24 Januari, kami mendedahkan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicarakan di Amerika Syarikat merupakan klien kepada TS Shafee Abdullah. 
3. DS Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan dan menandatangani surat berkenaan atas permintaan firma guaman milik TS Shafee Abdullah iaitu Tetuan Shafee & Co. sendiri. 
4. Memandangkan akhbar South China Morning Post merupakan pihak pertama yang mendedahkan surat berstatus rahsia dari kerajaan Malaysia kepada umum. 
5. Pihak PDRM wajar membuat satu siasatan, bagi menyiasat siapakah pegawai yang membocorkan surat berstatus rahsia kepada South China Morning Post? 
6. Surat kepada FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri adalah surat berstatus sulit, pasti penyebaran surat berkenaan dilakukan oleh orang dalam KDN sendiri. 
7. Selain itu, pihak PDRM juga harus menyiasat adakah benar dakwaan TS Shafee Abdullah bertanggungjawab mempengaruhi Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan surat berkenaan? 
8. Apakah kepentingan TS Shafee Abdullah sehingga sanggup mempengaruhi Menteri Dalam Negeri mengeluarkan surat kepada FBI bagi membawa pulang ahli kongsi gelap 14k ke Malaysia? 
9. Rakyat mahukan kepastian tidak mahu melihat individu yang diamanahkan untuk menjaga soal keselamatan negara mencabuli tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. 
10. Justeru, PDRM dituntut agar segera membuka kertas siasatan berhubung isu surat sulit kepada FBI.





ISU SURAT FBI: BENARKAH ZAHID KENA KENCING DENGAN PEGUAM PAUL PHUA?




Berikut adalah sedikit penjelasan mengenai isu surat FBI yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dikatakan telah membela Raja Judi Paul Phua Wei Seng.

Menurut sumber, Zahid telah dijadikan 'kambing hitam' untuk menandatangani surat rasmi itu setelah 'diauta' dan diyakinkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan Peguam terkenal, Shafee Abdullah.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Paul Phua adalah merupakan klien guaman bagi peguam itu. 

Untuk ulasan terperinci, sila baca dibawah:

 Sumber
Surat Sulit Kepada FBI : DS Zahid Hamidi diyakinkan oleh Ghani Patail, Paul Phua Klien Kepada Shafee Abdullah? 
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K. 
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia. 
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan. 
6. Sebenarnya tiada kesilapan berlaku, sebaliknya Shafee Abdullah mengenali Paul Phua kerana Paul adalah klien kepada Shafee Abdullah yang turut mempunyai 'hubungan' dengan Ghani Patail. 
7. Bagi menjaga kepentingan bersama Paul Phua, Shafee Abdullah dan Ghani Patail bertindak menyakinkan DS Zahid Hamidi supaya menandatangani surat tersebut. 
8. Boleh dikatakan DS Zahid Hamidi sebenarnya telah ditipu oleh Ghani Patail sebagaimana Ghani menipu DS Hishammuddin Hussein ketika memegang portfolio KDN dan DS Najib Razak bagi memastikan ISA dimansuhkan. 
9. Justeru, kami mahu mendesak agar Shafee Abdullah serta Ghani Patail tampil membuat penafian di atas dakwaan dan maklumat yang disalurkan oleh seorang individu berpengaruh. 
10. Rakyat Malaysia tidak wajar menghukum DS Zahid Hamidi kerana Menteri biasanya menandatangani setiap surat setelah diperiksa atau selepas dirujuk oleh pihak berkenaan. 
Konklusi: DS Zahid Hamidi adalah 'kambing hitam' Ghani Patail dan Shafee Abdullah.

Friday, December 20, 2013

HINA ISLAM DAN RAJA: KDN AKAN BENTANG UNDANG-UNDANG KHAS!! @Zahid_Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.

"Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.

Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.

Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.

"DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan," tegasnya.

Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.

Sementara itu Seksyen 30 bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan. Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah sebelum ini, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.

Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan.

Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013. - BERNAMA

Thursday, December 12, 2013

KEMASKINI [VIDEO]: PENDEDAHAN EKSKLUSIF OLEH KDN BAHAWA MAT SABU ADALAH SYIAH!!! #TolakSyiah!!!!

KEMASKINI

Mohamad Sabu atau Mat Sabu bercadang berjumpa peguam Ahad ini sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut selepas Kementerian Dalam Negeri (BN) mendedahkan bukti-bukti mengaitkan beliau dengan Syiah.

VIDEO:

Timbalan Presiden PAS itu tetap menafikan beliau anuti fahaman Syiah tetapi mengakui mengkagumi Khomeini dan Hasbullah Syed Hasan Nasrullah.

Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya akan berbuat demikian selepas berjumpa peguam Ahad ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media petang Khamis menyenaraikan 10 bukti menggambarkan kaitan Mat Sabu dalam fahaman itu.

Dakwaan Mat Sabu pengikut ajaran Syiah disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ketika mengulung perbahasan pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 7 Disember lalu walaupun tanpa menyebut nama orang nombor dua PAS itu.

Rahim berkata berdasarkan maklumat Mat Sabu pernah beberapa kali menghadiri kes pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua Ustaz fahaman Syiah.

Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah masjid di Kampong Aluar,Wilayah Satun,Selatan Thai pada tahun 2011 selain membuat kunjungan keatas pemimpin Syiah di situ dan menghadiri majlis ramah mesra mereka.

Dalam ucapan sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011,beliau menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikirannya.

Selain itu, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisnya di akhbar Harakah pada 15 Julai 2008.

Pada 28 Disember di Harakahdaily,ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia,beliau telah menggunakan Khomeini sebagai terma untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam penghantaran pelajar Malaysia ke Qom,Iran.

Pendedahan ini berdasarkan temuramah pegawai KDN dengan C N Afghani rakan karib Mat Sabu selama hampir 20 tahun pada 9 Disember 2013.

Berdasarkan temuramah dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2013 pula diberitahu Mat Sabu pernah mefazkan salawat sebagaimana diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005.

Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah mendakwa Mat Sabu adalah seorang penganut Syiah.Beliau mendakwa pernah beberapa kali melihat Mat Sabu tunai solat guna sebiji batu kecil keper di tempat sujudnya.- bnbbc

Thursday, August 29, 2013

UPDATE!! AKHIRNYA SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP DI MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!!


Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.

Daripada laman berita ASTRO AWANI:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.


MY SLIDESHARE UPLOAD