Saya malas kata apa lagi dah dengan Khalid Ibrahim ini. 'Selfish' ialah perkataan paling sinonim untuk saya labelkan kepada Big Boss Kerajaan Selangor ini. Sekarang bila rakyat jatuh susah, air terpaksa dicatukan, kelam-kabut tuding jari kepada pihak kerajaan persekutuan.
Persoalan disini, siapa yang tidak mahu teruskan Projek Langat II itu? Menurut sumber yang diterima, Khalid sudah diingatkan sejak tahun 2010 lagi supaya teruskan Projek Langat II itu supaya tak susahkan rakyat. Namun, Khalid dengan sekaras-kerasnya membantah. Kenapa? Adakah kerana Khalid takut gajinya tidak dapat dinaikkan seperti yang dirancangkan? Sekarang siapa susah?
Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan Hannah Yeoh:
Kalau saya nak labelkan Si Hannah Yeoh ini 'syndrome down' boleh tak? Konon nak 'backup' dan nak jadi 'heroin' macam dalam filem Cat Woman, tapi bodoh tahap tak boleh dibendung. Sangat tak logik kenyataan yang dikeluarkannya. Adakah ini level seorang Speaker Kerajaan Negeri Selangor? Buat rugi sahaja PKNS bayar gaji dia RM22,500 sebulan, tapi kualiti macam budak tadika.
Berbalik kepada isu air tadi, apa yang lebih menyedihkan ialah ada sumber dalaman PKR dedahkan bahawa Khalid akan disokong penuh oleh Anwar sebagai Timbalan PKR. Inilah hadiah paling lumayan sekali yang Khalid akan berikan kepada rakyat Selangor.
Imbas semula apa yang jadi sewaktu krisis air 2012, baca dibawah:
Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.Satu lagi, pastikan baca dan fahami betul apa yang ditulis dibawah ini:
Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, keadaan itu dijangka bertambah buruk jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus berdegil untuk tidak membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
''Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.
''Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika ini lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat. Kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 pun mereka letak pelbagai syarat,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi taklimat krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Mohd. Mustaffa berkata, permainan politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.
Ini tegasnya boleh disamakan seperti 'kuasa milik kami, nasib rakyat Selangor tanggung sendiri'.
''Jangan perbodohkan rakyat Selangor. Ini baru 2012 dan banyak tempat sudah mengalami masalah bekalan air. Laporan mengenai tekanan air rendah diterima dari semasa ke semasa. Aduan juga semakin meningkat,'' katanya.
Sementara itu, seorang lagi panel yang pernah terlibat dalam kajian krisis air di Selangor sekitar 1980-an, Mohamad Fuad Omar berkata, kajian yang dijalankan pada tahun tersebut sudah mengenal pasti Selangor akan berdepan masalah bekalan air pada 2014.
''Daripada kajian itu, kita turut mengenal pasti dua perkara lagi iaitu Selangor kurang sumber air dan loji-loji yang sudah lama. Itu kajian awal 1980-an dan ketika itu kita tidak ada lagi Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
''Atas sebab itu, kita perlu lencong air (bekalan air) dari Pahang. Sebelum ada rancangan projek Langat 2, loji-loji air sedia ada, hampir 50 peratus daripadanya sudah lama. Justeru, jika tidak ada Langat 2, apa akan jadi?'' soalnya.
Sementara itu, Noh meminta kerajaan Selangor menghentikan permainan politik dalam krisis bekalan air di Selangor.
Ini kerana, menurut beliau, keengganan kerajaan negeri membenarkan projek Langat 2 diteruskan bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat malah pelbagai pihak termasuk industri.
Katanya, mereka perlu memikirkan soal pelaburan domestik dengan 'amaran' awal berhubung krisis air dibuktikan apabila 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.
"Kerajaan Persekutuan sudah buat keputusan iaitu Langat 2 mesti diteruskan. Kerajaan PKR Selangor dakwa projek bernilai RM2.6 bilion itu akan diberi kepada kroni BN. Ini tidak benar kerana tender akan dikeluarkan,'' ujarnya.
"Projek Langat 2 adalah untuk kepentingan rakyat. Kerajaan BN Selangor sebelum ini sudah lama bincang, jangan letak kepentingan politik mengatasi soal rakyat," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan penerangan krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dengan sikap bermain politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor dalam isu air di negeri itu rakyat perlu sedar pihak mana yang sebenarnya ikhlas membantu rakyat.
"Kerajaan negeri seolah-olah mahu menjadi juara. Masalah ini timbul kerana kedegilan mereka. Halangan yang mereka buat dengan enggan membenarkan Langat 2 diteruskan hanyalah bermotifkan politik," ujarnya.
Ditanya mengenai keadaan loji air yang sudah lama, katanya, ia sudah tidak mampu menampung bekalan air dan sebab itu Langat 2 perlu dibina.
Sementara itu, Sohaimi ketika ditemui berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat terlalu banyak berpolitik dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.
Tegasnya, jika kerajaan negeri terus mengamalkan sikap keras kepala dan enggan melaksanakan projek Langat 2 tidak mustahil masalah bekalan air di negeri itu akan menjadi lebih kronik.
"Loji itu perlu diteruskan dan ia tiada kaitan dengan kroni UMNO atau BN seperti didakwa, sebaliknya, projek ini adalah bagi mengatasi masalah jangka panjang. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
"Namun, jika kerajaan negeri masih berpolitik mengenai isu ini, kita sarankan rakyat bertindak pada pilihan raya umum akan datang. Buang masa kita beri peluang kepada kerajaan negeri yang hanya mementingkan politik berbanding masalah rakyat," katanya. - Sumber
Kerana berpolitik, rakyat jadi mangsaP/S: Selfish is When you have a huge amount of interest invessted in yourself, or when you don't think about the wants and needs of others.
KRISIS bekalan air bersih yang melanda kawasan Lembah Klang dilihat seolah-olah tiada penghujungnya apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sehingga kini terus berdegil enggan membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi masalah tersebut.
Sebagai sebuah kerajaan negeri, kedegilan itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan pembangunan di Selangor kerana apa yang jelas, pembinaan Langat 2 yang bernilai RM8.65 bilion itu bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia merupakan jaminan kepada kelangsungan bekalan air bersih di negeri ini dan seluruh kawasan lain di Lembah Klang.
Ini kerana, berdasarkan maklumat serta spesifikasi Langat 2 yang sepatutnya siap pada pertengahan 2014, loji itu berupaya memenuhi keperluan bekalan air bersih bagi pengguna dan industri di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025. Malah, pembinaannya cukup signifikan dengan bilangan penduduk serta pembangunan Lembah Klang yang bakal berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Berdasarkan statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor sahaja direkodkan mempunyai taburan penduduk paling tinggi di negara ini iaitu seramai 5.4 juta orang manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bilangan penduduk seramai 1.6 juta dan 72,413 orang. Bagaimanapun, bilangan itu dijangka bertambah menjelang 2020.
Selain taburan penduduk, Selangor turut mencatatkan peratusan tertinggi dalam kadar tahap urbanisasi pada 2010 dengan kadar 91.4 peratus manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 100 peratus tahap urbanisasi dan mengatasi negeri-negeri lain.
Berdasarkan kepada taburan penduduk dan peratusan tahap urbanisasi itu, ia jelas menunjukkan pertumbuhan terhadap aktiviti ekonomi, kawasan setempat serta saiz populasi di tiga negeri berkenaan yang mana jika diteliti, ia sudah tentunya memberi kesan terhadap permintaan sektor perkhidmatan utiliti yang turut melibatkan penyaluran bekalan air bersih.
Namun, di sebalik perangkaan itu, ia bagaimanapun mencetuskan persoalan dari sudut bagaimana untuk memenuhi permintaan bekalan air bersih selaras dengan pertambahan penduduk dan pembangunan kawasan Lembah Klang pada masa ini dan masa depan jika kerajaan negeri tetap enggan meluluskan perintah pembangunan bagi pembinaan projek Langat 2 itu.
Ini kerana, pembinaan Langat 2 merupakan satu projek Kerajaan Persekutuan yang dilihat sebagai alternatif untuk mengatasi krisis bekalan air bersih di Lembah Klang yang dijangka berlaku menjelang pertengahan 2014 kerana memandangkan kapasiti projek Langat 2 itu sendiri sekiranya siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk keperluan pengguna domestik termasuklah pihak industri.
Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memberikan tumpuan kepada isu penstrukturan semula bekalan air negeri. Selain itu, kerajaan negeri turut menafikan berlakunya krisis bekalan air bersih itu dengan memberi alasan tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang cukup.
Tidak cukup dengan itu, bagi menjustifikasikan alasan mereka tidak mahu Langat 2 dilaksanakan, kerajaan negeri menerusi Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan media pada 16 Julai lalu secara terbuka menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) selaku pemegang konsesi bekalan air di Lembah Klang itu kononnya tidak berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
Kenyataan Abdul Khalid itu dilihat berkait rapat dengan pengumuman Syabas pada 14 Julai lalu yang bercadang mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan catuan bekalan bagi mengatasi krisis kekurangan air bersih yang telah pun melanda kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sejak April lalu.
Ini kerana, cadangan catuan bekalan dikemukakan Syabas itu dibuat berikutan penurunan paras air yang mendadak sejak Jun lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada di antaranya mencapai tahap negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.
Keadaan itu disahkan Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V. Subramaniam, 17 Julai lalu yang bertegas bahawa krisis bekalan air bersih yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan berikutan keengganan kerajaan negeri mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Langat 2 selain kegagalan pentadbiran Selangor mewartakan pelarasan tarif yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
Soalnya, mengapa kerajaan negeri enggan menerima hakikat bahawa krisis bekalan air bersih sebenarnya telah pun berlaku. Apa perlunya kerajaan negeri membuat penafian dengan menyalahkan pihak lain.
Kerajaan negeri harus faham, isu utama krisis bekalan air yang berlaku ketika ini adalah melibatkan air bersih atau terawat bukannya air mentah di tujuh empangan di negeri ini. Kalau kerajaan negeri begitu megah dengan mengatakan kapasiti air mentah di empangan masih banyak ketika ini pun, apa gunanya jika loji rawatan air sedia ada tidak mampu memproses air bersih mengikut keperluan pengguna dan industri yang semakin bertambah.
Ini kerana, berdasarkan statistik sehingga Mei lalu, sebanyak 34 buah loji rawatan air sedia ada di Selangor ketika ini hanya mampu menghasilkan kapasiti 4,371 juta liter sehari sumber air itu sedangkan keperluan puratanya adalah kira-kira 4,322 juta liter sehari.
Sungguhpun begitu, langkah kerajaan negeri dalam menangani isu krisis bekalan air bersih itu dilihat bukanlah usaha yang layak dipuji kerana kerana pada peringkat awal lagi kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan sikap prejudis terhadap Syabas apabila syarikat itu mengemukakan fakta mengenai situasi bekalan air bersih di negeri ini. Soalnya, bagaimana krisis bekalan air bersih dapat diselesaikan sekiranya kerajaan negeri terus mengamalkan sikap sedemikian yang turut melibatkan Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya kerajaan negeri harus terbuka menerima teguran dan maklumat mengenai masalah bekalan air bersih yang melanda Lembah Klang ketika ini selain bersama-sama mencari penyelesaian untuk kepentingan rakyat dan pembangunan Selangor, bukannya mencari kesalahan atau menekan pihak lain dengan tuntutan-tuntutan tertentu.
Apakah kerajaan negeri mahu 'tunjuk kuasa' disebabkan perbezaan politik? Jika benar kerajaan negeri bersikap demikian, maka pentadbiran Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab kerana terus membiarkan rakyat menderita kerana terpaksa berhadapan dengan krisis bekalan air bersih yang berpanjangan.
Tiada gunanya kerajaan negeri bercakap soal integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran jika soal asas bekalan air bersih gagal ditangani sebaik-baiknya. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan semata-mata kerana sebagai sebuah kerajaan negeri, rakyat harus didahulukan. Kerajaan negeri jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerana perbezaan politik hanya kerana mahu ke Putrajaya. - Sumber