Showing posts with label kongsi gelap. Show all posts
Showing posts with label kongsi gelap. Show all posts

Friday, August 30, 2013

KETERLALUAN!! PETUGAS TNB HAMPIR PUTUS TANGAN DITETAK INDIA!!!!!


Begitu melampau dan agak keterlaluan tindakan suspek hingga telah menyebabkan pergelangan tangan mangsa hampir putus!! Petugas TNB yang hanya menunaikan tugas pun 'dilanggar'!! Biadap!! Bayangkan apa akan jadi pada mangsa sekiranya ditakdirkan pergelangan tangannya putus? Wallahualam..Kalau marah macam mana sekalipun, janganlah bertindak sampai macam tu sekali.

Berikut adalah salinan semula repot yang dibuat pengadu hasil daripada sumber rakan-rakan:


Bandar Sunway RPT:6***/13 
PENGADU: mohd fuad bin ishak 
PEKERJAAN: pekerja TNB subang jaya 
KPT: 7109**-**-**** 
I.O: Insp *dirahsiakan* 
SEK: 326KK 
KETERANGAN REPOT: 
Pada 29/8/2013 lebih kurang jam 1700hrs, (1) team TNB dari Subang Jaya telah datang ke Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jalan tersebut. Semasa team pengadu ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan tidak bernombor, Jalan PJS 7/23 bersama dengan (4) orang pekerja TNB. (2) lelaki india telah menghampiri lalu menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus. Rakan mangsa telah membawa mangsa ke Hospital SDMC dan telah dipindahkan ke Hospital Pantai Bangsar. Kini mangsa berada di dewan pembedahan kerana mengalami tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus. Mangsa ditempatkan di Blok D tingkat (2) no. katil (18). 
BUTIR-BUTIR SUSPEK: 
PENAMA: Sellvam A/L Sangaralingam 
KPT: 6805********

 
Nota: Suspek telah ditangkap oleh anggota D7 IPD Subang Jaya.

Thursday, August 29, 2013

UPDATE!! AKHIRNYA SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP DI MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!!


Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.

Daripada laman berita ASTRO AWANI:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.


#OpsCantas: LEBIH 40,000 AHLI KONGSI GELAP DIBURU PIHAK @PDRMsia!! @zahid_hamidi


Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd Bakri berkata sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.

Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan. - BERNAMA

MY SLIDESHARE UPLOAD