Showing posts with label selawat perdana. Show all posts
Showing posts with label selawat perdana. Show all posts

Friday, March 21, 2014

#SelawatPerdana: [LIVESTREAMING & FOTO] ALHAMDULILLAH, #Putrajaya BERGEMA DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAH & RASUL!!


LIVESTREAMING & LIVE TWEETS DIATAS

Hari yang dinantikan telah tiba. Seluruh umat Islam bersatu dalam program Selawat Perdana - Malam Cinta Allah & Rasul di Dataran Masjid Putra, Putrajaya.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadirkan diri di Dataran Masjid Putra, Putrajaya, korang boleh tonton secara LIVE di channel TV1, Astro Oasis, TV Al-Hijrah serta di siaran radio IKIM.FM
Hadirin telah memenuhi kawasan masjid sejak selepas solat jumaat tadi. Kini, khabarnya sasaran 500,000 hadirin yang akan hadir sudah tercapai matlamatnya....

ALHAMDULILLAH...

DIKEMASKINI 2154hrs



*****************************








Thursday, March 20, 2014

#SelawatPerdana: SETENGAH JUTA UMAT ISLAM DIJANGKA AKAN GEMAKAN #Putrajaya ESOK!!


Seramai 500,000 umat Islam dijangka hadir ke majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra di sini Jumaat ini.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu akan menjadi perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.

Beliau berkata, program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu akan bermula pukul 7 malam hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai program berbentuk keagamaan.


"Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

"Program itu turut diserikan dengan pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Shahrul Nasrun bersama Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat meninjau tapak lokasi Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra.

Menurut Shahrul Nasrun, adalah satu kerugian sekiranya masyarakat negara ini tidak menyertai Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul itu kerana pelbagai program menarik dianjurkan pada malam tersebut.

"Sekarang kita dimaklumkan bahawa penyertaan pengunjung melibatkan seluruh negara, malah ada di antara mahasiswa dari luar negara juga telah menyatakan keinginan untuk hadir.

"Kelainan program itu dapat dilihat melalui penglibatan serta sokongan banyak pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik," katanya.

Selain itu katanya, antara orang kenamaan yang sudah mengesahkan kehadiran pada malam tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet.

"Pengisian yang baharu kami rancang pada malam tersebut ialah solat hajat dan doa selamat untuk memohon supaya pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 segera ditemui.

"Perdana Menteri akan turut menyertai solat hajat dan doa selamat tersebut yang dijadualkan diadakan selepas solat Isyak," katanya.

Sementara itu katanya, bagi memudahkan perjalanan lalu lintas pihak urus setia akan menyediakan lapan buah bas dengan kekerapan lapan minit sekali di beberapa lokasi termasuk di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Serdang dan juga tempat letak kenderaan di Putrajaya.

Dalam pada itu katanya, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul akan ditayangkan secara langsung di tiga saluran televisyen tempatan iaitu TV1, Astro Oasis dan TV AlHijrah.

"Kita mendapat sokongan banyak pihak termasuk penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia terutama daripada pelajar-pelajar universiti tempatan, golongan profesional serta ahli korporat. Kami berjanji tidak akan menghampakan pengunjung," katanya. - UTUSAN

Wednesday, March 19, 2014

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN DISEKITAR #Putrajaya SEMPENA #SelawatPerdana... SILA SEBARKAN!!


Pemberitahuan Penutupan Jalan Di Sekitar Putrajaya Sempena SELAWAT PERDANA MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435.



Penutupan jalan secara berperingkat mulai:


17 Mac 2014 (Isnin), bermula jam 10.00 malam sehingga 21 Mac 2014 (Jumaat) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan masuk ke Dataran Putra dan Jambatan Putra.


21 Mac 2014, 5 buah bas khas disediakan mulai jam 6.00pm hingga 12.00 tengah malam seperti berikut :
  • 1) Laluan 1 (3 bas) : Kastam - POJ - KBS - PPJ - KW (Membawa pengunjung yang meletak kenderaan di Presint 2 ke bulatan Kastam dan sebaliknya).
  • 2) Laluan 2 (2 bas) : Kompleks B - Taman Botani - Kompleks E - Kompleks D - Kompleks C (membawa pengunjung yang meletak kenderaan di TLK Kompleks E, C dan sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin ke perhentian bas Kompleks B dan sebaliknya).

*** Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak JK Induk SELAWAT PERDANA. Semua dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Tuesday, March 18, 2014

[VIDEO]: ISU PENGHINAAN OLEH RBA: SEKRETERIAT #SelawatPerdana BUAT LAPORAN POLIS!! @PDRMsia @KBAB51


Berkait dengan artikel sebelum ini. [klik SINI]

Sekreteriat Selawat Perdana 1435H hari ini tampil membuat laporan polis selepas mengesan beberapa individu yang telah melakukan sabotaj terhadap poster rasmi program tersebut.

Ketua Biro Sukarelawan Sekreteriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis selawat tersebut.

VIDEO:




Wednesday, March 12, 2014

HOT!! NIK AZIZ DAN HADI AWANG TURUT SERTAI #SelawatPerdana!! PENYOKONGNYA TAKNAK JOIN KE?


Alhamdulillah... Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang turut akan sertai Selawat Perdana yang akan diadakan pada 21 MAC 2014 ini. Saya ternampak banner ini dihalaman rakan FB saya (pro-pembangkang) 


Tak sangka pulak ramai lagi yang turut postkan benda yang sama...





TAHNIAH TOK GURU!!

Walaupun banyak tohmahan yang didengari bahawa 'pemimpin pembangkang tolak program UMNO, ternyata itu semua salah. KESATUAN, PERPADUAN, PERSAUDARAAN

Inilah masanya untuk kita bersatu! Eratkan silaturahim sesama Islam.

TOLAK IDEOLOGI POLITIK! 



Monday, March 10, 2014

FOTO SEKITAR SIDANG MEDIA #SelawatPerdana.. JANGAN LUPA CUMA TINGGAL 11 HARI LAGI!!!


Sidang Media Sempena Malam Cinta Allah dan Rasul Selawat Perdana baru sahaja selesai. Majlis turut dihadiri oleh Noh Gadut dan turut mendapat sokongan barisan artis popular seperti Datuk Rosham Nor, Johan Asaari, Adi Putra dan ramail lagi.

Cuma tinggal 11 hari lagi sebelum Malam Selawat Perdana diadakan..

Jom ramai-ramai kita bersatu gemakan Putrajaya dgn bacaan Selawat dan Qasidah!!






Saturday, March 8, 2014

COUNTDOWN #SelawatPerdana: 13 HARI LAGI VS KRONOLOGI KEHILANGAN #PrayForMH370 !!!!


Disaat Malaysia diselubungi kesedihan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur Ke Beijing,  jangan kita lupa juga bahawa Selawat Perdana yang akan diadakan pada 21 Mac 2014, di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. 

Mendapat sokongan oleh penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza:


Billboard di Maju Expressway (MEX):



Perdana Menteri turut mendoakan agar anak kapal dan penumpang pesawat MH 370 selamat.


SIDANG MEDIA Oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak:



KRONOLOGI KEHILANGAN MH370



Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang tadi:

1- Fariq Ab. Hamid
2- Zaharie Ahmad Shah
3- Foong Wai Yueng
4- Goh Sock Lay
5- Gomes Patrick Francis
6- Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7- Junaidi Mohd. Kassim
8- Andrew Nari
9- Ng Yar Chien
10- Tan Ser Kuin
11- Tan Size Hiang
12- Wan Syaid Wan Ismail
13- Anne Catherine Daisy (MYS)
14- Bai Xiaow (CAN)
15- Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
16- Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
17- Brooskii Nikolath (RUS)
18- Burrows Rooney (AUS)
19- Chan Huan Peen (MYS)
20- Chen Weihoing (MYS)
21- Chew Kar Mooi (MYS)
22- Chng Mei Ling (MYS)
23- Chuang Hsiu Ling ((TWN)
24- Chustrak Oleg (UKR)
25- Deineka Sergii (UKR)
26- Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
27- Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
28- Gu Naijun (AUS)
29- Guan Hua Jin (MYS)
30- Huang Tianjui (CHN
31- Hue Pui Heng (MYS)
32- Jee Jing Hang (MYS)
33- Jiang Cuiyun (CHN)
34- Koh Tiong Meng (MYS)
35- Kolekar Chetana Vinod (IND)
36- Kolekar Vinod Suresh (IND)
37- Kozel Christian (AUT)
38- Lawton Catherine (AUS)
39- Lawton Robert (AUS)
40- Lee Kah Kin (MYS)
41- Lee Sew Chu (MYS)
42- Li Hongjing (CHN)
43- Li Yuan (AUS)
44- Lim Por Chua (MYS)
45- Lui Ching (CHN)
46- Maraldi Luigi (ITA)
47- Meng Leoinf (USA)
48- Meng Nicole (USA)
49 - Mohamad Sofian Ibrahim (MYS
50- Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
51- Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
52- Mukherjee Muktesh (CAN)
53- Muzi Yusop (MYS)
54- Ng May Li (MYS)
55- Noorida Mohd. Hashim (MYS)
56- Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
57- Norliakmar Hamid (MYS)
58 - Ramlan Safuan (MYS)
59 -Sharma Chandrika (IND)
60 - Shirsath Kranti Pralhad (IND)
61 - Sim Keng Wei (MYS)
62 - Siregar Firman Chandra (IND)

Monday, February 24, 2014

TOLAK IDEOLOGI POLITIK! JOM KITA KE #SelawatPerdana!!!


Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )
Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram : @SelawatPerdana

Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan yang akan turut sama hadir ke program Selawat Perdana ini dan semoga Allah swt memberikan pahala kepada tuan/puan yang turut sama menyebarkan berita baik ini kepada orang lain selaras dengan janji Allah dalam surah Firman Allah SWT :

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
Marilah kita sama-sama menghayati kemerduan qasidah memuji nabi junjungan kira Rasullullah swt... selamat berzikir dan berqasidah...

MY SLIDESHARE UPLOAD