Wednesday, March 19, 2014

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN DISEKITAR #Putrajaya SEMPENA #SelawatPerdana... SILA SEBARKAN!!


Pemberitahuan Penutupan Jalan Di Sekitar Putrajaya Sempena SELAWAT PERDANA MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435.



Penutupan jalan secara berperingkat mulai:


17 Mac 2014 (Isnin), bermula jam 10.00 malam sehingga 21 Mac 2014 (Jumaat) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan masuk ke Dataran Putra dan Jambatan Putra.


21 Mac 2014, 5 buah bas khas disediakan mulai jam 6.00pm hingga 12.00 tengah malam seperti berikut :
  • 1) Laluan 1 (3 bas) : Kastam - POJ - KBS - PPJ - KW (Membawa pengunjung yang meletak kenderaan di Presint 2 ke bulatan Kastam dan sebaliknya).
  • 2) Laluan 2 (2 bas) : Kompleks B - Taman Botani - Kompleks E - Kompleks D - Kompleks C (membawa pengunjung yang meletak kenderaan di TLK Kompleks E, C dan sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin ke perhentian bas Kompleks B dan sebaliknya).

*** Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak JK Induk SELAWAT PERDANA. Semua dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive