Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Kenapa saya kata pilihan tepat...?
Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda, calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda.
Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14.
Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM
Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan.
Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.
rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda
Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India
ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat
Kerana hasrat untuk 'meremajakan' UMNO tidak mungkin dapat direalisasikan jika pemimpin tersebut tiada pengalaman berdamping bersama kumpulan anak muda tidak mungkin mereka mampu memahami kehendak dan hasrat golongan muda serta belia terutama mahasiswa.
Mungkin apa yang saya nyatakan menyakitkan mata sahabat pembaca yang terdiri dari kumpulan kecil 'haters' kepada TF. Mungkin juga ada yang kata"alaa..balaci TF yang tulis, biasalah mesti jilat bos dia..."
Bro...
Kalau ada exco yang aktif mendekati golongan muda selain TF, sila nyatakan. Saya boleh senaraikan satu persatu program serta bentuk pendekatan yang digunakan oleh TF. Tapi cukuplah setakat ini dulu, saya bimbang nanti ada dua tiga kerat yang histeria apabila membaca kerja-kerja yang telah dilakukan oleh TF di peringkat akar umbi.
Buat ahli perwakilan, ini peluang pertama kali untuk kita pilih pucuk pimpinan tertinggi parti. Sebagaimana saya jelaskan pada perenggan pertama artikel ini iaitu saya bukan hendak berkempen bagi pihak Tun Faisal, saya cuma nak cerita kenapa peluang perlu diberikan kepada calon Majlis Tertinggi UMNO no.60 ini.
Selebihnya terserah kepada saudara ahli akar umbi UMNO, kerana undi di tangan saudara... YY