Wednesday, October 16, 2013

KEPUTUSAN NKP: SEBURUK-BURUK PEMILIHAN CEC, BURUK LAGI #PemilihanUMNO!!


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dijangka memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti kali ini dengan kelebihan undi popular.

Jamawi, yang bersaing sengit dengan seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda parti, Khairul Azwan Harun sebelum ini terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian.

Sebelum ini, undi daripada Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.

Bagaimanapun semalam, ada desakan yang mahukan undi Gelang Patah diiktiraf manakala Pemuda UMNO bahagian Pensiangan pula mengesahkan mereka memilih Jamawi untuk kerusi Naib Ketua dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Meskipun diambil kira keputusan kedua-dua bahagian tersebut, keputusan akan kekal seri memandangkan Pensiangan memberi undi kepada Jamawi manakala Gelang Patah memilih Khairul Azwan.

Namun begitu, Utusan Malaysia difahamkan, Jamawi dijangka menang kerana beliau dikatakan memperoleh undi popular melebihi 4,000 undi berbanding Khairul Azwan.

Berikutan keadaan itulah, penyokong-penyokong Khairul Azwan dikatakan bimbang jika undi popular menjadi penentu.

Oleh itu, dalam sidang akhbar kelmarin yang sepatutnya dihadiri oleh Khairul Azwan tetapi kemudiannya mewakilkan kepada Mohammad Annuar Ariffin, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan seri.

Mohammad Annuar mendakwa Khairul Azwan telah menerima lebih daripada 75 undi bahagian berdasarkan laporan 'war room' mereka dan menolak untuk menentukan keputusan berdasarkan undi popular.

Perolehan undi popular jika memihak kepada Jamawi ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau dilihat pemimpin merendah diri, mudah didekati dan mesra dengan ahli-ahli akar umbi.

Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang akan mengadakan pengiraan undi popular dengan disaksikan oleh wakil kedua-dua calon.

Selain Jamawi dan Khairul Azwan, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO turut ditandingi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli dan Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam. - UTUSAN

Tuesday, October 15, 2013

#PemilihanUMNO: ATTENTION!! SIAPA EDAR 'CAI', SUK UMNO AKAN AMBIL TINDAKAN!!


Umno akan memantau aktiviti salah laku berhubung penyediaan senarai 'calon pilihan' untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan parti itu peringkat pusat Sabtu ini.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, adalah menjadi satu kesalahan di bawah kod etika Umno sekiranya ada pihak tertentu mengedarkan senarai nama 'calon pilihan' bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi untuk dipilih oleh 146,500 perwakilan.

Dikenali sebagai 'cai' dari perkataan 'cai dan', dalam bahasa Mandarin yang bermaksud menu atau 'senarai pilihan' - iaitu senarai yang mengandungi nama pemimpin-pemimpin tertentu.

Sebagai contoh, jika seseorang Ketua Bahagian itu sudah membariskan senarai calon A, B dan C sebagai piliha, maka senarai yang mengandungi nama-nama mereka akan dimasukkan ke dalam cai tersebut dan diedarkan kepada perwakilan dari bahagian itu.

Ab Rauf memberi amaran ekoran wujudnya beberapa aduan apabila terdapat calon-calon yang sedang bekerjasama dengan ketua-ketua bahagian bertujuan mempengaruhi perwakilan untuk mengundi calon pilihan yang ditetapkan.

"Tidak perlu apa-apa cai dalam pemilihan kali ini kerana ibu pejabat Umno telah menyediakan satu set buku yang mengandungi maklumat, termasuk gambar-gambar semua calon yang bertanding untuk Majlis Tertinggi dan sayap parti.

"Perwakilan hendaklah diberi kebebasan untuk membuat pilihan mereka sendiri dan tiada siapa yang seharusnya mempengaruhi mereka," katanya.

Rauf berkata, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang berbuat demikian jika laporan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Pada pemilihan sayap parti itu pada Sabtu lalu, seorang perwakilan Pemuda Umno Merbok mendakwa perwakilam tidak diberikan buku senarai calon sebaliknya 'cai.

Kewujudan 'cai' dalam pemilihan Umno adalah satu rahsia terbuka sementara parti politik lain turut diketahui mempunyai kaedah 'cai' mereka yang tersendiri.

Menurut seorang ahli Umno yang terlibat dalam proses pengundian kepimpinan parti pada pemilihan Umno 1995, 'cai' adalah panduan yang berguna kepada perwakilan kerana jawatankuasa pemilihan tidak menyediakan senarai calon yang bertanding.

Apabila terdapat begitu ramai senarai calon-calon yang perlu dipilih, 'cai' adalah medium yang berguna, katanya.

"Senarai ini akan dicetak pada kepingan kertas kecil yang dengan mudah boleh dimuatkan ke dalam kotak-kotak rokok supaya perwakilan boleh 'menyeludup' masuk ke tempat mengundi," katanya. - mStar

MY SLIDESHARE UPLOAD