Saturday, March 17, 2012

Isu Kenyataan @razlanrafii - Pegawai @khalid_ibrahim Kata SPR Men'sabotaj'nitasikan Mereka??

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.
NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. 



SUMBER : MALAYSIAKINI (PENIPU RAKYAT)


P/S : ALASAN NAK BUAT BERSIH 3.0, MULA LAH CAKAP SPR TAK TELUS..... KALAU BETUL SPR SABOTAJ, KENAPA TAK SAMAN DARI AWAL??

Jinggay 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan' ??

NONE
Nak bebaskan Hoslan sebab takut kehilangan 1 undi ker??



NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasan imam Hoslan Hussain yang dijatuhkan hukuman penjara setahun, Khamis lalu di atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.  

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata kumpulan itu juga akan berarak dan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut pembebasan Hoslan (foto).
"Kita juga menyeru supaya orang ramai (supaya) turun menyertai himpunan ini. Dijangka juga isteri serta anak-anak imam Hoslan akan turun selain pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang, kata Fariz lagi yang menambah, perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.

Sementara itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan.

Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secaraberperingkat dan pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.

"Kita masih lagi terbuka jika ada pihak ingin menderma dan kita juga akan mula mengira jumlah wang yang telah didermakan pada akaun bantuan kemanusiaan pemuda PAS selepas 19 Mac ini.

"Respon yang kami terima sangat bagus kerana kita telah iklankan di dalam akhbar Harakah," katanya.

Dewan Pemuda PAS melancarkan tabung berkenaan minggu lalu, bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hoslan akibat hukuman pemenjaraan itu.

Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan sepanjang tempoh pemenjaraan tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda simpati dan juga untuk membela nasib isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa yang perlu menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah. 




P/S : BETUL KER DUIT DERMA TU AKAN DIDERMAKAN KEPADA KELUARGA HOSLAN? HEHE


SUMBER : MALAYSIAKINI(PENIPU RAKYAT)

MY SLIDESHARE UPLOAD