Sunday, March 18, 2012
@anwaribrahim KECUT DENGAN RAJA PETRA !!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.
Muhyiddin berkata, keengganan Ketua Pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.
"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di Kuala Lumpur hari ini.
Gimik politik
Forum yang berlangsung di Kent, England, semalam bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.
Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Ahli Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.
"Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ia bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan," katanya.
Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.
Mengulas isu Bersih 3.0, Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.
"Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini," katanya.
Berkenaan isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Muhyiddin berharap agar ia tidak dipolitikkan kerana usaha sentiasa dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu.
Kekurangan guru Cina
Malah, katanya, beliau sudah mengarahkan timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong, mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit termasuk Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) serta Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia).
Beliau berkata, hasil mengenai perbincangan itu dijangka disampaikan kepadanya dalam masa terdekat.
"Dengan keputusan itu nanti kita ada cara bagaimana nak kita tentukan masalah kekurangan ini dapat kita atasi, jadi ia bukan suatu perkara yang kita lakukan dengan tidak mengambil perhatian tentang keperluan sebenar, kerana guru di sekolah Cina ini perlukan latihan untuk menguasai bukan sahaja subjek atau opsyen mereka tetapi juga bahasa Mandarin.
"Jadi sebab itu di sesetengah tempat disebabkan kekurangan guru kita hantarlah mana-mana guru yang sesuai untuk isi kekosongan buat sementara," katanya.
- Bernama
ANAK ROZITA CHE WAN HILANG !! #PrayForAniqEzra
Kesahihan berita ini belum dapat lagi dipastikan, namun perkara ini sudah menjadi trending rakyat Malaysia di twitter dengan sekelip mata, klik >> #PrayForAniqEzra
Anak lelaki Rozita Che Wan yang berumur 14 tahun ini dilaporkan hilang sejak pukul 4 petang tadi, dan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12.
Khabar yang masih kabur dan tidak sahih ini dikatakan menjadi trending kedua rakyat Malaysia atau mungkin perkara yang benar, pihak kami masih tidak ada bukti yang kukuh. Namun sumber dari pihak yang boleh dipercayai mengatakan, Rozita Che Wan sendiri meminta orang ramai supaya sesiapa yang ternampak adik Aniq Ezra segera melaporkan ke balai polis yang berdekatan.
Dan ada juga khabar yang mengatakan adik Aniq Ezra telah ditemui semula, Wallahualam. Apa yang kami harapkan, jika berita ini benar, diminta Rozita Che Wan bersabar dan banyakkan beristigfar di atas musibah yang melanda.
Anak lelaki Rozita Che Wan yang berumur 14 tahun ini dilaporkan hilang sejak pukul 4 petang tadi, dan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12.
Khabar yang masih kabur dan tidak sahih ini dikatakan menjadi trending kedua rakyat Malaysia atau mungkin perkara yang benar, pihak kami masih tidak ada bukti yang kukuh. Namun sumber dari pihak yang boleh dipercayai mengatakan, Rozita Che Wan sendiri meminta orang ramai supaya sesiapa yang ternampak adik Aniq Ezra segera melaporkan ke balai polis yang berdekatan.
Dan ada juga khabar yang mengatakan adik Aniq Ezra telah ditemui semula, Wallahualam. Apa yang kami harapkan, jika berita ini benar, diminta Rozita Che Wan bersabar dan banyakkan beristigfar di atas musibah yang melanda.
SUMBER - AAKJ DAN TIMELINES TWITTER
Subscribe to:
Posts (Atom)