Sunday, March 18, 2012
@anwaribrahim KECUT DENGAN RAJA PETRA !!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin dari senarai peserta forum itu.
Muhyiddin berkata, keengganan Ketua Pembangkang untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.
"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di Kuala Lumpur hari ini.
Gimik politik
Forum yang berlangsung di Kent, England, semalam bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.
Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Ahli Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.
"Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ia bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan," katanya.
Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.
Mengulas isu Bersih 3.0, Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.
"Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini," katanya.
Berkenaan isu kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Muhyiddin berharap agar ia tidak dipolitikkan kerana usaha sentiasa dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu.
Kekurangan guru Cina
Malah, katanya, beliau sudah mengarahkan timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong, mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit termasuk Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) serta Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia).
Beliau berkata, hasil mengenai perbincangan itu dijangka disampaikan kepadanya dalam masa terdekat.
"Dengan keputusan itu nanti kita ada cara bagaimana nak kita tentukan masalah kekurangan ini dapat kita atasi, jadi ia bukan suatu perkara yang kita lakukan dengan tidak mengambil perhatian tentang keperluan sebenar, kerana guru di sekolah Cina ini perlukan latihan untuk menguasai bukan sahaja subjek atau opsyen mereka tetapi juga bahasa Mandarin.
"Jadi sebab itu di sesetengah tempat disebabkan kekurangan guru kita hantarlah mana-mana guru yang sesuai untuk isi kekosongan buat sementara," katanya.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY SLIDESHARE UPLOAD
Blog Archive
-
▼
2012
(357)
-
▼
March
(71)
- Santai Malam Minggu : Gambar Awek Cun #AmanKampus ...
- [VIDEO] #AmanKampus : #ProAspirasi Balun Mahasewel...
- [FOTO] #Amankampus : Mahasiswa #ProAspirasi Serang...
- Terbaik!!! Mahasewel #ProPembangkang Kena Balun Te...
- [FOTO] Majlis Perasmian Jelajah #AmanKampus Di #UU...
- HOT!! #AmanKampus Aspirasi Mahasiswa VS Mahasewel ...
- Apakah Yang Diperjuangkan Oleh #AmanKampus ??? Ada...
- 60 Gambar Kerakusan Anwar Akan Didedahkan !!!
- Kenapa Kita Perlu Tolak PR Di Selangor??? Ini Jawa...
- Wahhh... Pencacai DAP Tumbuk Pemimpin BN !!
- Isu Air Kelantan : Banyak Sekolah Masih Tak Dapat ...
- Sapa Nak Take Over NFC?? Cepat!! Tender Dah Dibuka!!
- Anwar VS Nalla : Salah Seorang Dah Masuk Perangkap...
- Dakwaan Miliki Saham 8 Juta, Mana Jawapan @AzminAl...
- Lawak Hari Ini : Kesangapan Puak Pembangkang...
- Duit RM300 Juta Dalam Akaun MB Selangor??
- Tapak Masjid Ditukar Menjadi Tapak Surau? Cukup Ke...
- Wow!! Anwar Akan Jumpa Nallakaruppan Di Mahkamah??
- Anwar Tergamam??Kenapa??
- [VIDEO] Panas!! @anwaribrahim DIlondehkan Di Khala...
- Apa Motif Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sertai Demo...
- Nik Aziz 'Restu' Negara Diyahudikan??
- Al-Kisah Encik PAS Dan Encik MURTAD.........
- Demo Batu Nisan Oleh Mahasiswa Robot.
- MasyaAllah...... @anwaribrahim ialah jelmaan Attar...
- @anwaribrahim Pasti Marah Dgn Undang-Undang Yg Bak...
- [VIDEO] PANAS!! Aksi Ekstrim Anwar Ibrahim Didedah...
- Tahniah! @NajibRazak Berikan Harapan Baru Kepada M...
- [FOTO] DIALOG MANJA @anwaribrahim UNTUK 'MENGORAT'...
- PUAK hamPAS AJAR ANAK CARA PROVOKASI ??
- Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (...
- Terowong SMART ditutup pada 21 dan 22 Mac ini
- [VIDEO] BUKTI @anwaribrahim IALAH SEORANG BISEKSUAL!!
- Al-fatihah! Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut...
- Pergh! @anwaribrahim Dihentam Oleh Rakan Karib Sen...
- Tahniah! #AmanKampus 'SERANG' Madrasah Salihiah !!!
- Kadir Sheikh Fadzir keluar #UMNO ?
- Memorandum penstrukturan semula industri air Perak
- @KhairyKj Balun @anwaribrahim Sampai Tercungap-Cun...
- Cayalah... PM @NajibRazak Yakin Akan Tawan Selango...
- BEST NI.. ANWAR DIHENTAM OLEH BEKAS PEMIMPIN PAS !!
- [FOTO] DETIK-DETIK KETIKA PUTRAJAYA DITAWAN PAS !!
- @anwaribrahim KECUT DENGAN RAJA PETRA !!
- ANAK ROZITA CHE WAN HILANG !! #PrayForAniqEzra
- Tahniah @NajibRazak !! Ikan Rakyat 1Malaysia Diper...
- @tunfaisal @TengkuAdnanReal >> PUAK PAS SERANG PUT...
- HANGIT!! SIAPA @anwaribrahim SEBENARNYA? SINI ADA ...
- [VIDEO] UMMI HAFILDA DEDAHKAN KEBURUKAN MORAL @anw...
- Isu Kenyataan @razlanrafii - Pegawai @khalid_ibrah...
- Jinggay 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan' ??
- HANGIT !! @abdulhadiawang MALUKAN @anwaribrahim & ...
- @zulkiflinoordin - Antara Persoalan Mengapa Kita P...
- Live - Pengerusi UMB Dalam Bicara Rakyat TV1 @TunF...
- [VIDEO] Bukti @anwaribrahim Dipayung Hebat Oleh Is...
- @NajibRazak - Usah Gadai Masa Depan Negara Dengan ...
- Dari Runtuhan AL-AQSA... @anwaribrahim Akan Tawan ...
- @Fuziah99 tak benarkan #Lynas Beroperasi? Dia Paka...
- Bukti PAS itu munafik !!!
- EKSKLUSIF !! DOKUMEN SULIT STRATEGI PKR UNTUK MEMB...
- SILA HENTIKAN CAMPUR TANGAN YAHUDI DALAM PKR !!
- Kedah Negeri Jelapang Babi?? [PROJEK KEBABINASIAN ...
- Ummi Hafilda Di Ceramah Bongkar Sabtu Ini !!!
- #FitnahPR : Isu Majlis Pertunangan Anak @NajibRaza...
- Inilah Akibatnya Sekiranya Anwar Ditabalkan Menjad...
- Pemimpin PAS Terima BR1M. Wang Yang @nikabdulaziz ...
- Umat Islam Dimurtadkan Di Pulau Pinang...
- Kronologi Isu #NFC - Cc @NajibRazak
- Walaupun Tahu Hukum Menyokong Israel Tu Haram, @Az...
- SAYA SAYANG AMBIGA. ANDA PULA BAGAIMANA?
- #Flashback : @anwaribrahim & Israel Laknatullah
- KEMPEN HENTIKAN BAHAN PORNOGRAFI DI ALAM MAYA
-
▼
March
(71)
No comments:
Post a Comment