Monday, March 19, 2012

Pergh! @anwaribrahim Dihentam Oleh Rakan Karib Sendiri!!




Memang benar apa yang dikatakan oleh bekas rakan karib si Raja Penipu ni. Secara asasnya kita semua tahu bahawa pemimpin yang tidak bermoral memang tidak layak untuk memimpin negara. Kita juga perlu peka dan cekap untuk memilih pemimpin kita supaya negara yang diterajuinya tidak lingkup agar tidak menyusahkan rakyat. Seseorang yang tidak mempunyai moral yang baik patut ditolak sekeras-kerasnya. 

KUALA LUMPUR 19 Mac - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya. -utusan

Tahniah! #AmanKampus 'SERANG' Madrasah Salihiah !!!





Aman Kampus sentiasa membuat aktiviti-aktviti yang hot-hot.Semasa Jelajah Aman Kampus fasa pertama,mereka dibawa ke Lynas bagi mendalami isu sebenar kilang Lynas dan kini pada fasa 2,ke'hot'an ini bertambah dengan kehadiran jelajah Aman Kampus ini ke Madrasah Salihiah yang menjadi isu yang sangat kontroversi di Kedah dibawah pemerintahan Ustaz Azizan daripada PAS.Jom tengok!



YB AZIZAN dengan megahnya sedang melangsungkan upacara PECAH TANAH Projek Pembangunan Kompleks Membeli-belah Aman Central...


"sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek pembangunan Aman Central akan dilaksanakan mengikut jadual" 

"Perkara ini saya serah kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri untuk bercakap mengenainya. Ia perkara sensitif dan lebih baik saya tidak mengulas," 


Rakyat tak benarkan...
YB kata abaikan...
$$ diutamakan....
kesian....


Gambar Aman Kampus di Madrasah Salihiah












Peserta Aman Kampus mendirikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid


Solat Hajat memohon Madrasah ini dikekalkan...




Sesi penerangan






Sumber : BRADER JAI [KLIK]

Kadir Sheikh Fadzir keluar #UMNO ?


NONE
Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
abdul kadir sheikh fadzir quits 140206 tearsPemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. - malaysiakini




MY SLIDESHARE UPLOAD