Monday, March 19, 2012

Pergh! @anwaribrahim Dihentam Oleh Rakan Karib Sendiri!!




Memang benar apa yang dikatakan oleh bekas rakan karib si Raja Penipu ni. Secara asasnya kita semua tahu bahawa pemimpin yang tidak bermoral memang tidak layak untuk memimpin negara. Kita juga perlu peka dan cekap untuk memilih pemimpin kita supaya negara yang diterajuinya tidak lingkup agar tidak menyusahkan rakyat. Seseorang yang tidak mempunyai moral yang baik patut ditolak sekeras-kerasnya. 

KUALA LUMPUR 19 Mac - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakarupan yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya. -utusan

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive