Friday, April 13, 2012

Demi Rakyat, Kami Amalkan Demonstrasi!


Hidup Pakatan Rakyat! Demonstrasi jalanan amalan kami.. Kami memang suka berdemonstrasi, walaupun kami tahu perbuatan kami tu bodoh dan tak bertatasusila... Demi Rakyat, kami sanggup biarkan kedai-kedai banyak ditutup.. Kami sanggup tengok rakyat Malaysia dijadikan bahan gelak ketawa oleh warga asing.. Tahniah Pakatan! Puihhhhh!

Dipetik dari blog DOUBLE-Y :



''Meneliti jenis perhimpunan yang dirancang di atas bermula dengan perhimpunan Malaysia Bebas ISA 9 April 2012 tempoh hari (tak dapat sambutan sebab ISA dah dimansuhkan...) selepas itu pada 13 April 9 (hari ini bro) mereka akan mengadakan perhimpunan Anti Lynas dan seterusnya demontrasi Mansuh PTPTN oleh pelajar pro-pembangkang pada 14 April. 
Daripada 4 perhimpunan yang bakal diadakan sebelum perhimpunan Bersih 3.0 ini jelas menunjukkan ianya boleh dianggap perhimpunan pra-Bersih 3.0 yang mana pihak pembangkang sebenarnya cuba mencipta momentum dan membakar semangat para penyokongnya sebelum turun berhimpun pada 28 April 2012. 
Nampaknya DBKL perlu mengumumkan sesuatu kepada masyarakat warga kota dan pelancong yang ingin mengunjungi sekitar Dataran Merdeka pada tarikh-tarikh di atas kerana ianya telah 'ditempah' khas oleh beberapa pihak (dalang 1 pihak saja) untuk mengadakan demontrasi.''
Selanjutnya di [SINI

Inilah yang diamalkan pakatan pembangkang.. Demo Demo Demo... Ada apa dengan demo? Ini jelas menunjukkan bahawa mereka ialah parti yang 'SELFISH' & 'EGOCENTRIC'!! Memalukan!!! 

P/S : Selfish & Egocentric is do anything without any consideration.

[FOTO] #AmanKampus : Program Siswa Taqwa Tarik Minat Pelajar Dekati Majlis Ilmu!!

Selepas solat isyak tadi, telah berlangsung Program Siswa Taqwa bertempat di Dewan Teknologi Abdul Aziz, Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad, Pekan, Pahang. Siswa Taqwa ialah program majlis ilmu yang berunsur dakwah islamiah. Dua orang panelis telah dijemput, iaitu Ustaz Hj Badlishah Alauddin daripada JAIP dan Ustaz Mahmud Mat, seorang penceramah bebas. Majlis ini disambut meriah oleh warga IKM !! Terbaikk !!

Gelagat pelajar-pelajar sebelum majlis bermula

Pengerusi Majlis 
Persembahan nasyid dari pelajar IKM
Presiden Aman Kampus, saudara Shahar Abdullah sedang membincangkan sesuatu dengan panelis sebelum mereka memulakan ceramah.

BARISAN PANELIS
KIRI : 
Ustaz Mahmud Mat (Penceramah Bebas)  
KANAN :  
Ustaz Hj Badlishah Alauddin (JAIP)

Gua minta maaf banyak-banyak kalau kualiti gambar kurang memuaskan.. Gua terpaksa kecilkan resolution gambar sebab internet kat sini 'LAJU TERAMAT SANGAT'.. Nanti gua uploadkan lagi.. 

Thursday, April 12, 2012

Perlu Ke Demo #PTPTN? Disini Ada Ulasannya!!

PTPTN ialah satu pinjaman daripada sebuah PERBADANAN, iaitu pinjaman yang BUKAN DIPAKSA dan PELAJAR BERHAK MEMILIH sama ada mahu pinjam atau tidak ataupun mahu gunakan alternatif lain seperti MARA. So, pinjaman perlulah dibayar. Itu hukum alam, kenapa nak melawan? Simple kan?





Interest?? Tu biasalah kawan... Kalau takda interest.. Macam mana GLC ni nak hidup? Alaaaa, keuntungan yang diorang ni pun bukannya diguna pakai untuk buat benda yang tak sepatutnya. Duit ini semua dibuat sebagai 'rolling modal' supaya ganerasi akan datang tak terkecuali untuk mendapat manfaat daripada pinjaman yang sama. Kalau taknak interest, siapa2 yang ada buat loan bank, atau mana-mana agensi pinjaman, kenapa tak pergi buat demo minta mansuhkan pinjaman korang tu? Ada beran? Kenapa PTPTN juga yang dibantah?

Ingatlah.. setiap semester, bilangan pelajar yang mendaftar masuk ke universiti tak pernah berkurang.. Golongan cerdik pandai dah bertambah dari semasa ke semasa.. Fikirkan balik, kalau PTPTN ni dimansuhkan dan setiap mahasiswa diberi pendidikan percuma... Apa yang akan jadi? Adakah ekonomi Malaysia akan bertambah kukuh? Renung-renungkan...........

MY SLIDESHARE UPLOAD