Friday, April 20, 2012

HOT!! Selepas Diserang Samseng, Mahasewel Diserang Oleh #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Pulak??


Semalam baru saja kita digemparkan dengan berita sekumpulan samseng menyerang 'HABITAT' mahasewel ketika di Dataran Merdeka.. Petang tadi, Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus pula buat 'hal' dengan menyerang semula mahasewel-mahasewel...?? Haihh.... Tapi hal yang Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus buat ni tak la macam mahasewel.... Jauh panggang dari api kalau kita nak bandingkan dengan Pro-Mahasiswa (mahsewel) [SINI] dan [SINI] .. Nak tahu apa diorang ni buat?? Baca bawah ni...


Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg.. ASPIRASI MAHASISWA AMAN KAMPUS telah selamat sampai ke Melaka... Setibanya mereka disana, mereka telah menjayakan beberapa program, iaitu SISWA PRIHATIN, SISWA TAQWA dan DAMPING SISWA di sekitar kawasan Bukit Katil.. Seperti yang kita tahu, Aman Kampus secara terang-terangan tidak memperjuangkan perjuangan Anwarism seperti Pro-Mahasiswa yang diterajui oleh Adam Adli itu.

SISWA PRIHATIN


Program ini ialah sebuah program tolong-menolong, bantu-membantu golongan yang memerlukan. Contohnya seperti rancangan Keranamu di TV3 tu.. Menurut info, mereka telah 'terjah' tiga buah rumah dan Datuk Md. Yunos Husin (ADUN Ayer Molek) turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung... Selain itu, usaha mereka disambut baik oleh masyarakat sekeliling.. Alhamdulillah..



*Mahasewel tak tahu buat program macam ni sebab diorang mana tengok TV3.. Hehehe..

 SISWA TAQWA


Program ilmu yang berteraskan islamiah yang wajib kita contohi. Tadi selepas selesai program Siswa Prihatin, mereka terus beransur ke surau kampung berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan tahlil sempena pembaikan semula sebuah bangunan warisan yang terkenal di Bukit Batil.


Sejurus sampai disana, mereka dikejutkan dengan sambutan meriah oleh adik-adik comel dari Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan.

1 Malaysia !!!!!!
Presiden Aspirasi, Saudara Shahar Abdullah memberikan sedikit cenderahati kepada adik-adik comel ini. Hehe

DAMPING SISWA
Program yang bermotifkan kemuafakatan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. 



Program ini telah berlangsung pada jam 9 mlm di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Warga ILP sangat berbesar hati menyambut mereka dengan begitu meriah. Indian Movement Students telah menganjurkan program ini dan ianya berlangsung dengan jayanya.




P/S : Saya minta maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Saya terpaksa kecilkan saiz gambar kerana kualiti internet disini kurang memuaskan. Sekian.   

Thursday, April 19, 2012

Gempar!! Peserta #DemoPTPTN Dicari Gangster..??


Apa nak jadi lah dengan pelajar-pelajar ni.. Tak tahu nak bersyukur langsung.. Kerajaan dah bagi pinjam duit untuk sambung study pun masih nak bantah-bantah.. Dengar cite diorang ni dapat upah sorang RM200.. Betul ker? Rasanya tu la punca utama diorang berdemo kot... Tapi dalam hati masih lagi perlukan duit PTPTN tu...

Wajah mahasewel yang menyertai demo kelmarin

Dipetik dari : Cakna Siswa Timur (CST) 
Untuk makluman semua & CST pun telah maklum bahawa sebelum kita mendaftar ke IPTA/IPTS lagi kita dah diberitahu bahawa PTPTN ini adalah 'Option' kepada semua bakal Mahasiswa @ Mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS untuk membuat permohonan meminjam atau tidak. Betul tak???? Lagipun,kita sendiri yang perlu ke BSN untuk beli NO PIN PTPTN sebab nak isi borang permohonan. Kalau tak,tak dapat lah duit kan........
PTPTN = Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak

[VIDEO] PANASSS... Mahasewel #DemoPTPTN Gaduh Di Dataran Merdeka!!


Tadi dalam lingkungan jam 2.30 pagi.. Khemah mahasewel ini telah diserang oleh 50 orang lelaki.. Menurut mahasewel, pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa interaksi pun ketika kejadian ini berlaku.. Yang bestnya puak-puak mahasewel ini ada minta bantuan polis... Hahahaha... Masa korang provok taknak pulak polis masuk campur.... Time susah nak mampos baru kelam kabut cari polis... Sengal... 








Saya mendapat laporan mahasiswa yg berkhemah di Dataran Merdeka di serang dan mereka menuduh PERKASA yang bertanggungjawab...saya dengan ini menegaskan seperti yg juga di tegaskan oleh Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA Malaysia, yang Wira Perkasa Malaysia tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak minat untuk terbabit. Saya juga mencadangkan pihak terbabit untuk membuat laporan polis dan tidak lagi mengaitkan kami dengan insiden terbabit.

Sekian terima kasih, 
Nurul Izham AnuarNaib Ketua Wira Perkasa Malaysia
Mahasewel hoiiii... Jangan bikin malu muka sendiri... 

MY SLIDESHARE UPLOAD