Showing posts with label demo ptptn. Show all posts
Showing posts with label demo ptptn. Show all posts

Friday, April 20, 2012

HOT!! Selepas Diserang Samseng, Mahasewel Diserang Oleh #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Pulak??


Semalam baru saja kita digemparkan dengan berita sekumpulan samseng menyerang 'HABITAT' mahasewel ketika di Dataran Merdeka.. Petang tadi, Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus pula buat 'hal' dengan menyerang semula mahasewel-mahasewel...?? Haihh.... Tapi hal yang Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus buat ni tak la macam mahasewel.... Jauh panggang dari api kalau kita nak bandingkan dengan Pro-Mahasiswa (mahsewel) [SINI] dan [SINI] .. Nak tahu apa diorang ni buat?? Baca bawah ni...


Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg.. ASPIRASI MAHASISWA AMAN KAMPUS telah selamat sampai ke Melaka... Setibanya mereka disana, mereka telah menjayakan beberapa program, iaitu SISWA PRIHATIN, SISWA TAQWA dan DAMPING SISWA di sekitar kawasan Bukit Katil.. Seperti yang kita tahu, Aman Kampus secara terang-terangan tidak memperjuangkan perjuangan Anwarism seperti Pro-Mahasiswa yang diterajui oleh Adam Adli itu.

SISWA PRIHATIN


Program ini ialah sebuah program tolong-menolong, bantu-membantu golongan yang memerlukan. Contohnya seperti rancangan Keranamu di TV3 tu.. Menurut info, mereka telah 'terjah' tiga buah rumah dan Datuk Md. Yunos Husin (ADUN Ayer Molek) turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung... Selain itu, usaha mereka disambut baik oleh masyarakat sekeliling.. Alhamdulillah..



*Mahasewel tak tahu buat program macam ni sebab diorang mana tengok TV3.. Hehehe..

 SISWA TAQWA


Program ilmu yang berteraskan islamiah yang wajib kita contohi. Tadi selepas selesai program Siswa Prihatin, mereka terus beransur ke surau kampung berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan tahlil sempena pembaikan semula sebuah bangunan warisan yang terkenal di Bukit Batil.


Sejurus sampai disana, mereka dikejutkan dengan sambutan meriah oleh adik-adik comel dari Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan.

1 Malaysia !!!!!!
Presiden Aspirasi, Saudara Shahar Abdullah memberikan sedikit cenderahati kepada adik-adik comel ini. Hehe

DAMPING SISWA
Program yang bermotifkan kemuafakatan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. 



Program ini telah berlangsung pada jam 9 mlm di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Warga ILP sangat berbesar hati menyambut mereka dengan begitu meriah. Indian Movement Students telah menganjurkan program ini dan ianya berlangsung dengan jayanya.




P/S : Saya minta maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Saya terpaksa kecilkan saiz gambar kerana kualiti internet disini kurang memuaskan. Sekian.   

Thursday, April 19, 2012

Gempar!! Peserta #DemoPTPTN Dicari Gangster..??


Apa nak jadi lah dengan pelajar-pelajar ni.. Tak tahu nak bersyukur langsung.. Kerajaan dah bagi pinjam duit untuk sambung study pun masih nak bantah-bantah.. Dengar cite diorang ni dapat upah sorang RM200.. Betul ker? Rasanya tu la punca utama diorang berdemo kot... Tapi dalam hati masih lagi perlukan duit PTPTN tu...

Wajah mahasewel yang menyertai demo kelmarin

Dipetik dari : Cakna Siswa Timur (CST) 
Untuk makluman semua & CST pun telah maklum bahawa sebelum kita mendaftar ke IPTA/IPTS lagi kita dah diberitahu bahawa PTPTN ini adalah 'Option' kepada semua bakal Mahasiswa @ Mahasiswa yang menuntut di IPTA/IPTS untuk membuat permohonan meminjam atau tidak. Betul tak???? Lagipun,kita sendiri yang perlu ke BSN untuk beli NO PIN PTPTN sebab nak isi borang permohonan. Kalau tak,tak dapat lah duit kan........
PTPTN = Pinjam Tahu Pulangkan Tak Nak

[VIDEO] PANASSS... Mahasewel #DemoPTPTN Gaduh Di Dataran Merdeka!!


Tadi dalam lingkungan jam 2.30 pagi.. Khemah mahasewel ini telah diserang oleh 50 orang lelaki.. Menurut mahasewel, pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa interaksi pun ketika kejadian ini berlaku.. Yang bestnya puak-puak mahasewel ini ada minta bantuan polis... Hahahaha... Masa korang provok taknak pulak polis masuk campur.... Time susah nak mampos baru kelam kabut cari polis... Sengal... 








Saya mendapat laporan mahasiswa yg berkhemah di Dataran Merdeka di serang dan mereka menuduh PERKASA yang bertanggungjawab...saya dengan ini menegaskan seperti yg juga di tegaskan oleh Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA Malaysia, yang Wira Perkasa Malaysia tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak minat untuk terbabit. Saya juga mencadangkan pihak terbabit untuk membuat laporan polis dan tidak lagi mengaitkan kami dengan insiden terbabit.

Sekian terima kasih, 
Nurul Izham AnuarNaib Ketua Wira Perkasa Malaysia
Mahasewel hoiiii... Jangan bikin malu muka sendiri... 

Monday, April 16, 2012

[VIDEO] #demoPTPTN : Kesian.. Mahasewel Terima Makanan Dari Pemuda UMNO??


Seperti artikel yang gua poskan sebelum ini [KLIK] .. Ada gua cakap yang puak mahasewel yang sertai demo ni terima makanan daripada Pemuda UMNO semasa di Dataran Merdeka petang semalam... Haa, ni dia videonya... Jom layan..




P/S : Muka tak malu betul demonstran ni...

PANASSSS!! Pemuda UMNO Sokong #demoPTPTN ?? Anwar Terharu Sampai Menangis Beb!!!


Petang semalam lebih kurang pukul 6.30 petang, Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Malaysia (SHEB) telah 'menyerbu' Dataran Merdeka (Rumah no.2 mahasewel).. Mereka ke sana adalah untuk menghantar makanan.. Tapi dibantah.. Apa celop?? Mahasewel ni tak sedar ker yang UMNO ni betul-betul nak membantu.. MANA AMK? MANA PEMUDA PAS? Mahasewel ni masih tak sedar-sedar ke yang diorang ni dijadikan bahan uji rejim pembangkang je? Sengal... Apa nak jadi la dengan mahasewel-mahasewel terencat ni kan.. Orang bagi makan taknak (tapi ada juga yang ambil)... Mereka ni memang betul-betul tak tahu bersyukur lahh... Ish3.. Berubahlah kawan-kawan.. 

Jom kita rujuk kat sini pulak.. 

Dipetik dari blog DOUBLE-Y

Demonstran Sebar Cerita BOHONG - SHEB Pemuda UMNO Sokong Demonstrasi #MansuhPTPTN? 
Kelompok minoriti pelajar pro-pembangkang yang mengadakan demontrasi 'Mansuh PTPTN' cuba menyebarkan cerita bohong di beberapa laman mereka kononnya Pemuda UMNO melalui Seketeriat Hal Ehwal Bandar (SHEB) turut menyokong demontrasi yang diadakan oleh mereka di Dataran Merdeka. 
Sebenarnya SHEB merupakan satu unit yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO Malaysia bertujuan membekalkan makanan kepada golongan gelandangan yang tidak berumah di sekitar ibu kota. Program yang diberi nama 'Food For Life' itu telah dijalankan sejak sekian lama.
Kemunculan kenderaan unit SHEB di Dataran Merdeka petang tadi merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh sukarelawan SHEB setiap hari Sabtu dan Ahad di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Kehadiran unit ini sekitar jam 6.30 petang tadi bukan bertujuan menyatakan sokongan kepada para demonstran 'Mansuh PTPTN' sebagaimana digembar-gemburkan mereka. 
Malah kehadiran SHEB di Dataran Merdeka petang tadi sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati para demonstran sehingga sukarelawan SHEB dikepung oleh mereka.  
Selanjutnya di SINI

Malam ni jam 10.30 gua up-kan video pulak....  

[VIDEO] #demoptptn : Mahasewel Dan Mamat Perlembagaan Rempuh DBKL!! Siapa Salah?? UMNO Jugak Ker??


Gua difahamkan DBKL telah memberi perintah untuk demonstran mengosongkan Dataran Merdeka ini... DBKL cuma mahu mereka mengosongkan khemah dan banner sahaja.. Tapi mereka ni degil! Tu pun sebab ada backup dari Mamat Perlembagaan tu... 

Inilah produk yang berjaya dihasilkan pembangkang... Produk tanpa kualiti... Jom kita tengok video ni untuk pendekatan lebih lanjut...



Klik SINI untuk selanjutnya.. 

[VIDEO] : Dalang #demoptptn Dikenalpasti.. Siapa Bebankan Siapa Sebenarnya??


Inikah contoh pelapis masa depan? Huuuuu.. Memalukan nama MAHASISWA jer..... Hutang pandai, bayar takmau... Apa cer? Yang diorang tau berdemo jer... Kalau aku buka universiti sendiri pun aku takkan bagi pendidikan percuma beb... Terutamanya kat mahasewel macam diorang ni.. 

Jom tengok video ni dulu : 


Daripada tweet yang gua baca dari laman Twitter @BangkitRakyat , Ini jelas menunjukkan demonstrasi bantah PTPTN ini didalangi puak pembangkang... Ini tweet diorang... Jeng jeng jeng....


Hindraf & Pejuang LGBT??

Tian Chua & Nurul Izzah??

'Plan' Asal Anwar Ibrahim?? Bapak ajar anak berjalan 'herot' ??? Apekahh??

Siapa dalang sebenarnya ni?? Susah nak terangkan.. Cuma kesimpulan jer yang dapat dibuat...

Demo Anti-PTPTN ini merupakan satu 'tester' untuk Bersih 3.0 pada 28.4.2012 nanti, ianya juga merupakan taktik untuk mengalihkan perhatian umum daripada isu moral Anwar Ibrahim yang tengah hangat sebelum ini.. Selain itu, isu PTPTN ini juga dibangkitkan kerana mahu mencetuskan kemarahan mahasiswa kepada kerajaan untuk sertai Bersih 3.0 nanti.. JELAS?? 

Tester ialah bahan uji dalam BM, bahan ujinya ialah mahasiswa, dan pengujinya ialah sekutu Anwar  :P

P/S : Siapa yang join demo anti-PTPTN semalam dapat risalah dan baju kuning Bersih 3.0 free... Rugi siapa yang tak join... Tapi........ Apa kaitan Bersih dengan PTPTN?? Apa jadah semua ini???

Sunday, April 15, 2012

EKSLUSIF!! Pelajar #UiTM Shah Alam Buat Demonstrasi Bantah PTPTN?? #demoPTPTN


Tadi sebuah demo diadakan di UiTM Shah Alam? Berani ker mahasewel masuk UiTM? Hehehe... Dengar citer, mahasewel yang tak kenang budi tu masih lagi buat demonstrasi di Dataran Merdeka petang ni? Siap sanggup tidur kat sana lagi.. Apa nak jadi la dengan diorang ni.. Memalukan kaum mahasiswa je.. Gila publisiti la tu... FAILED la diorang ni!


Exercise dulu sebelum 'bertindak'.. 1,2,3... :P
Apa beza ASPIRASI MAHASISWA DAN MAHASEWEL? Salah satu point utamanya ialah ASPIRASI MAHASIWA TOLAK DEMONSTRASI!! 


Buktinya ialah... Masa mahasewel tengah seronok berdemo, tetapi ASPIRASI MAHASISWA buat ini :


Pagi tadi, sebuah Majlis Perasmian dan Penutup Aman Kampus telah diadakan di Padang Kawad, UiTM Shah Alam.. Majlis ini amat berbeza dan unik kerana ianya menggabungkan pelajar-pelajar daripada tiga kampus induk UiTM (Kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana) dan peserta-peserta Aman Kampus.. Jumlah keseluruhan yang hadir ialah dalam anggaran 2,000 orang.. Yang terbaiknya ialah mereka telah berjaya mencipta satu rekod baru dalam arena pendidikan institusi tinggi di Malaysia ini. Sebuah ikatan (Ikatan Ukhwah Aman Kampus) sepanjang lebih kurang 4KM mengelilingi kolej-kolej UiTM Shah Alam telah berjaya disempurnakan oleh mereka!! Ini ialah satu ikatan manusia terpanjang yang pernah dihasilkan... 99.9% lagi nak masuk MALAYSIA BOOK OF RECORD beb!! Nasib baik lah kuota pelajar yang hadir tak memenuhi syarat.. Takpa lah.. At least diorang dapat belajar erti kerjasama dan bersatu padu sesama manusia.. Memang terbaekkkk lahhh!! Jom layan gambar dulu... 

Mereka mula bergerak untuk 'mengikat'..
Mahasewel bawa sepanduk bahasa kesat, tapi Aspirasi Mahasiswa kibarkan jalur gemilang.. 

''Dengan kerjasama yang kukuh, ikatan akan jadi kuat dan kental. Alah bisa tegal biasa''

Nak tahu lagi mendalam? Jom baca artikel ni pulak..
DOUBLE-YMahasiswa #AmanKampus & #UiTM Shah Alam Cipta Rekod 'Ikatan' Manusia Teramai 
'Ikatan' manusia teramai tercipta hari ini di UiTM Shah Alam apabila hampir 2,000 mahasiswa/i UiTM dan mahasiswa Jelajah Aman Kampus berjaya membentuk 'ikatan' manusia sepanjang 3 kilometer mengelilingi beberapa kolej dalam kampus UiTM Shah Alam.
Kumpulan mahasiswa ini berpimpinan tangan di antara satu sama lain membentuk satu bulatan yang besar bermula di Padang Kawad Stadium UiTM seterusnya mengelilingi beberapa kolej kediaman dalam kampus berkenaan. Selanjutnya di [SINI]




Dalam masa 2 jam dari sekarang, gua nak update video Demo Bantah PTPTN (14/4/2012) Part II  pulak.. Jom layan yang Part I punya dulu...




MY SLIDESHARE UPLOAD