Showing posts with label mahasewel. Show all posts
Showing posts with label mahasewel. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Asas Kuasa Politik Mahasiswa Adalah Pemansuhan AUKU : @tunfaisal


Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar. - SINAR

Friday, February 22, 2013

KUASA POLITIK MAHASISWA? BAGUS SANGAT KER???? @NajibRazak @tunfaisal


Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-17 pada Selasa ini dengan mengetengahkan topik Kuasa Politik Mahasiswa.

Para panelis akan mengupas soal sejauh mana kuasa politik yang ada dalam genggaman mahasiswa dan sejauh mana ia mampu mengubah landskap politik negara.

Adakah ruang dan peluang yang diberi selaras dengan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Wacana Sinar kali ini membawa isu ini untuk dikupas secara kritis dan melihat adakah kuasa politik mahasiswa ini boleh menjadi penentu siapa pemerintah negara untuk dekad seterusnya.

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian akan menampilkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan, Timbalan

Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Majlis Belia Malaysia, Azan Safar.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, jam 2.30 petang.

Program ini anjuran bersama Sinar Harian Online, Astro Awani dan mobTVmy dengan kerjasama Kagum.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi talian 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut - SINAR HARIAN

Sunday, April 22, 2012

[VIDEO] Mahasewel Insaf Selepas Dengar Ceramah Ustaz Fathul Bari!!


Ini adalah video yang dirakamkan ketika Program Siswa Taqwa yang telah diadakan di Kolej Pembantu Perubatan, Jalan Rasah, Seremban pada 2 hari lepas. Panelis yang hadir tidak kurang hebatnya.. Salah seorangnya ialah Ustaz Fathul Bari.


Dalam sesi ceramah, beliau ada menerangkan tentang hukum demonstrasi. Kepada yang suka berdemonstrasi tu, bawak-bawak berubahlah yer.. Apa-apa ketidakpuashatian sila bawa berunding.

Jom layan video ni :



P/S : Video ini sangat efektif bagi setiap orang yang menontonnya. Selamat beramal :)

Friday, April 20, 2012

HOT!! Selepas Diserang Samseng, Mahasewel Diserang Oleh #AspirasiMahasiswa #AmanKampus Pulak??


Semalam baru saja kita digemparkan dengan berita sekumpulan samseng menyerang 'HABITAT' mahasewel ketika di Dataran Merdeka.. Petang tadi, Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus pula buat 'hal' dengan menyerang semula mahasewel-mahasewel...?? Haihh.... Tapi hal yang Aspirasi Mahasiswa Aman Kampus buat ni tak la macam mahasewel.... Jauh panggang dari api kalau kita nak bandingkan dengan Pro-Mahasiswa (mahsewel) [SINI] dan [SINI] .. Nak tahu apa diorang ni buat?? Baca bawah ni...


Petang tadi lebih kurang pukul 4ptg.. ASPIRASI MAHASISWA AMAN KAMPUS telah selamat sampai ke Melaka... Setibanya mereka disana, mereka telah menjayakan beberapa program, iaitu SISWA PRIHATIN, SISWA TAQWA dan DAMPING SISWA di sekitar kawasan Bukit Katil.. Seperti yang kita tahu, Aman Kampus secara terang-terangan tidak memperjuangkan perjuangan Anwarism seperti Pro-Mahasiswa yang diterajui oleh Adam Adli itu.

SISWA PRIHATIN


Program ini ialah sebuah program tolong-menolong, bantu-membantu golongan yang memerlukan. Contohnya seperti rancangan Keranamu di TV3 tu.. Menurut info, mereka telah 'terjah' tiga buah rumah dan Datuk Md. Yunos Husin (ADUN Ayer Molek) turut hadir memberi sokongan sepanjang program berlangsung... Selain itu, usaha mereka disambut baik oleh masyarakat sekeliling.. Alhamdulillah..



*Mahasewel tak tahu buat program macam ni sebab diorang mana tengok TV3.. Hehehe..

 SISWA TAQWA


Program ilmu yang berteraskan islamiah yang wajib kita contohi. Tadi selepas selesai program Siswa Prihatin, mereka terus beransur ke surau kampung berdekatan untuk menghadiri majlis kesyukuran dan tahlil sempena pembaikan semula sebuah bangunan warisan yang terkenal di Bukit Batil.


Sejurus sampai disana, mereka dikejutkan dengan sambutan meriah oleh adik-adik comel dari Sekolah Agama Rakyat kampung berkenaan.

1 Malaysia !!!!!!
Presiden Aspirasi, Saudara Shahar Abdullah memberikan sedikit cenderahati kepada adik-adik comel ini. Hehe

DAMPING SISWA
Program yang bermotifkan kemuafakatan bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. 



Program ini telah berlangsung pada jam 9 mlm di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Warga ILP sangat berbesar hati menyambut mereka dengan begitu meriah. Indian Movement Students telah menganjurkan program ini dan ianya berlangsung dengan jayanya.




P/S : Saya minta maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Saya terpaksa kecilkan saiz gambar kerana kualiti internet disini kurang memuaskan. Sekian.   

Monday, April 16, 2012

PANASSSS!! Pemuda UMNO Sokong #demoPTPTN ?? Anwar Terharu Sampai Menangis Beb!!!


Petang semalam lebih kurang pukul 6.30 petang, Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Malaysia (SHEB) telah 'menyerbu' Dataran Merdeka (Rumah no.2 mahasewel).. Mereka ke sana adalah untuk menghantar makanan.. Tapi dibantah.. Apa celop?? Mahasewel ni tak sedar ker yang UMNO ni betul-betul nak membantu.. MANA AMK? MANA PEMUDA PAS? Mahasewel ni masih tak sedar-sedar ke yang diorang ni dijadikan bahan uji rejim pembangkang je? Sengal... Apa nak jadi la dengan mahasewel-mahasewel terencat ni kan.. Orang bagi makan taknak (tapi ada juga yang ambil)... Mereka ni memang betul-betul tak tahu bersyukur lahh... Ish3.. Berubahlah kawan-kawan.. 

Jom kita rujuk kat sini pulak.. 

Dipetik dari blog DOUBLE-Y

Demonstran Sebar Cerita BOHONG - SHEB Pemuda UMNO Sokong Demonstrasi #MansuhPTPTN? 
Kelompok minoriti pelajar pro-pembangkang yang mengadakan demontrasi 'Mansuh PTPTN' cuba menyebarkan cerita bohong di beberapa laman mereka kononnya Pemuda UMNO melalui Seketeriat Hal Ehwal Bandar (SHEB) turut menyokong demontrasi yang diadakan oleh mereka di Dataran Merdeka. 
Sebenarnya SHEB merupakan satu unit yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO Malaysia bertujuan membekalkan makanan kepada golongan gelandangan yang tidak berumah di sekitar ibu kota. Program yang diberi nama 'Food For Life' itu telah dijalankan sejak sekian lama.
Kemunculan kenderaan unit SHEB di Dataran Merdeka petang tadi merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh sukarelawan SHEB setiap hari Sabtu dan Ahad di sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Kehadiran unit ini sekitar jam 6.30 petang tadi bukan bertujuan menyatakan sokongan kepada para demonstran 'Mansuh PTPTN' sebagaimana digembar-gemburkan mereka. 
Malah kehadiran SHEB di Dataran Merdeka petang tadi sebenarnya menimbulkan rasa tidak puas hati para demonstran sehingga sukarelawan SHEB dikepung oleh mereka.  
Selanjutnya di SINI

Malam ni jam 10.30 gua up-kan video pulak....  

[VIDEO] #demoptptn : Mahasewel Dan Mamat Perlembagaan Rempuh DBKL!! Siapa Salah?? UMNO Jugak Ker??


Gua difahamkan DBKL telah memberi perintah untuk demonstran mengosongkan Dataran Merdeka ini... DBKL cuma mahu mereka mengosongkan khemah dan banner sahaja.. Tapi mereka ni degil! Tu pun sebab ada backup dari Mamat Perlembagaan tu... 

Inilah produk yang berjaya dihasilkan pembangkang... Produk tanpa kualiti... Jom kita tengok video ni untuk pendekatan lebih lanjut...



Klik SINI untuk selanjutnya.. 

Friday, March 23, 2012

Demo Batu Nisan Oleh Mahasiswa Robot.


Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.


Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.


Baca lagi...

MY SLIDESHARE UPLOAD