Tuesday, April 24, 2012

Isu #VideoAisKrim : Anwar Lari Ke Luar Negara???

Senator Datuk S Nallakaruppan telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini.

"Jagalah ini betul-betul," kata Nallakaruppan kepada Shafee,ketika menyerahkan satu sampul berwarna coklat.

Walaupun ditanya wartawan, Nallakaruppan enggan mendedahkan kandungan pita video itu, dan hanya berkata semuanya akan didedahkan semasa prosiding mahkamah.

Anwar memfailkan saman tersebut awal tahun ini terhadap bekas ahli PKR itu, serta akhbar harian Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan muka depan yang memetik Nallakaruppan.

"Saya mahu kes ini bermula secepat mungkin. Saya tidak boleh tunggu. Beliau telah menyaman saya sebanyak RM100 juta, tetapi itu tidak cukup. Samanlah saya sebanyak RM500 juta! Saya berpegang dengan keterangan itu," kata Nallakaruppan.

Katanya, ini adalah bukti kedua yang beliau serahkan kepada Shafee, yang "akan memberitahu mahkamah tentang Anwar, (Timbalan Presiden (PKR) Azmin Ali dan isterinya Shamsidar ".

Ditanya sama ada beliau akan memfailkan saman balas terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu, Nallakaruppan berkata: "Kita akan tunggu."

Source : http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/04/video-ice-cream-shamsidar-merupakan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, April 22, 2012

#Bersih3 Dibenarkan. Kepada Para Demonstran, Sila Jaga Tatasusila Anda!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan.

"Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, tujuh hari seminggu... kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat.

"Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak," katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0, Hishamuddin berkata, masyarakat perlu memandang rasional keputusan tersebut.

"Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya," katanya.

Hishammuddin berkata, pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu.

"Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk mempolitikkan atau memecah belahkan rakyat. - utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

[VIDEO] Mahasewel Insaf Selepas Dengar Ceramah Ustaz Fathul Bari!!


Ini adalah video yang dirakamkan ketika Program Siswa Taqwa yang telah diadakan di Kolej Pembantu Perubatan, Jalan Rasah, Seremban pada 2 hari lepas. Panelis yang hadir tidak kurang hebatnya.. Salah seorangnya ialah Ustaz Fathul Bari.


Dalam sesi ceramah, beliau ada menerangkan tentang hukum demonstrasi. Kepada yang suka berdemonstrasi tu, bawak-bawak berubahlah yer.. Apa-apa ketidakpuashatian sila bawa berunding.

Jom layan video ni :



P/S : Video ini sangat efektif bagi setiap orang yang menontonnya. Selamat beramal :)

MY SLIDESHARE UPLOAD