Saturday, May 19, 2012

#JDAB2012 : Tangan Ajaib @datosahol Ubah Nasib 3781 Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Hari ini Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) melanjutkan lagi jelajahan mereka ke negeri Kedah dan Perlis pula. Hari ini agak istimewa kerana Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM turun padang pada setiap program yang dijalankan hari ini dan beliau sendiri telah MELULUSKAN rayuan serta-merta kepada sesiapa yang layak. Siapa sangka seorang yang sudah lanjut umur seperti beliau masih bertenaga dan bersemangat membantu anak bangsa kita. Bukan semua Naib Canselor yang sanggup berkorban seperti beliau.


Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah. Semasa disana, Dato Sahol telah meluluskan 39 permohonan. Setelah selesai program disina, skuad JDAB telah berangkat ke Tandop (Pasar Nelayan) Kubang Rotan, Kuala Kedah pula.

Semasa di Kuala Kedah, skuad JDAB dan Dato Sahol telah ditemani oleh Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua UMNO Kuala Kedah) sebagai penyeri majlis. Program ini agak unik kerana telah diadakan di tengah-tengah pasar. Disana, seramai 39 orang lagi lepasan SPM diberikan tempat untuk ke UiTM. Setelah selesai program disana, skuad JDAB telah ke Kangar dan solat jumaat disana sementara menunggu program yang seterusnya bermula.


Semasa di Kangar, program telah diadakan di SMK Putra. Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Md Isa Sabu telah hadir sebagai tanda pengiktirafan kepada JDAB. Program ini dihadiri hampir 400 orang dan seramai 23 lagi ditempatkan di UiTM. Semasa Dato Sahol memberikan ucapan, beliau telah mengumumkan bahawa seramai 3781 lepasan SPM kurang berkemampuan telah diterima mengikuti program MDAB di UiTM sepanjang penjelajahan yang diadakan setakat ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.  

P/S : Gunakan peluang sebaiknya, belajar rajin-rajin. Jangan jadi Khalid Ismath :)

Thursday, May 17, 2012

WAJIB BACA!! LATEST UPDATE #JDAB2012 DI BALIK PULAU!! Cc @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak

Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja menamatkan program pertama mereka di Pulau Pinang sebantar tadi.

Program ini telah diadakan di Dewan SMK Seri Balik Pulau. Anggaran 300 orang penduduk Balik Pulau telah hadir dan hampir 120 orang sasaran baru bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM secara percuma! Untuk makluman, program ini turut dihadiri oleh Dato Seri YB Helmi Yahya (ADUN Telok Bahang) sebagai tanda sokongan. Terima kasih diucapkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jelajah-anak-bangsa.blogspot.com atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#JDAB2012 : Masa Untuk @JelajahDestini Tawan Pulau Pinang!! Jangan Lepaskan Peluang!!


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja selesai menjelajah negeri Perak sebentar tadi (16/5/2012) [SINI]. Hari ini pula skuad akan menjelajah ke dan akan gegarkan Pulau Pinang pula!! Kali ini Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dato Sahol Hamid sendiri akan turun padang. Terbaik! Jika masih ada golongan yang kurang berkemampuan untuk melihat anak anda ke menara gading.. Ayuh, JDAB mengalu-alukan kedatangan anda! 
Syarat kelayakan untuk memohon : 
1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan. 
2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini. 
3. Bumiputera Warganegara Malaysia. 
4. Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008, 2007 & 2006.


Jangan lepaskan peluang... Inilah masa untuk ubah masa depan anda...

Jadual sepanjang program di Pulau Pinang :

UiTM Pulau Pinang – Balik Pulau – Tasek Gelugor – Nibong Tebal –Bandar Baharu – Kepala Batas (Bersama Naib Canselor) – Sungai Petani

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.