Thursday, May 17, 2012

#JDAB2012 : Masa Untuk @JelajahDestini Tawan Pulau Pinang!! Jangan Lepaskan Peluang!!


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja selesai menjelajah negeri Perak sebentar tadi (16/5/2012) [SINI]. Hari ini pula skuad akan menjelajah ke dan akan gegarkan Pulau Pinang pula!! Kali ini Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dato Sahol Hamid sendiri akan turun padang. Terbaik! Jika masih ada golongan yang kurang berkemampuan untuk melihat anak anda ke menara gading.. Ayuh, JDAB mengalu-alukan kedatangan anda! 
Syarat kelayakan untuk memohon : 
1. Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan. 
2. Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini. 
3. Bumiputera Warganegara Malaysia. 
4. Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008, 2007 & 2006.


Jangan lepaskan peluang... Inilah masa untuk ubah masa depan anda...

Jadual sepanjang program di Pulau Pinang :

UiTM Pulau Pinang – Balik Pulau – Tasek Gelugor – Nibong Tebal –Bandar Baharu – Kepala Batas (Bersama Naib Canselor) – Sungai Petani

Sila layari blog rasmi (klik!) atau follow twitter @JelajahDestini dan hashtags #JDAB2012 untuk update terkini Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia.  

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive