Thursday, May 24, 2012

Betul Ker Artis-Artis Masuk PAS Untuk Berdakwah? Atau Dahagakan 'Mileage' Politik??


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui Pas ...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.


Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - utusan

[LATEST VIDEO] #JDAB2012 : Pengorbanan @datosahol Yang Anda Kena Ingat Sampai Bila-Bila!! Cc @JelajahDestini @NajibRazak

Jom kita layan video Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB2012) ini dimana menunjukkan pengorbanan seorang Naib Canselor UiTM, ( Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ) yang sanggup turun padang bagi memastikan anak bangsa kita yang kurang kemampuan berjaya dalam pendidikan. Renungkanlah, walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasannya, beliau tetap pastikan tanggungjawabnya seorang Anak Melayu terlaksana. Perkara seperti ini perlu dicontohi oleh semua individu supaya dapat melahirkan negara yang berintegriti. Selepas ini ada lagi video akan menyusul. Jom kita tengok yang ni dulu. Jangan lupa LIKE dan SHARE sebagai tanda sokongan. Terima kasih!!


Jom layan video-video sepanjang penjelajahan yang sebelum ni pulak......





Untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini dan follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

P/S : Terima kasih PM Najib Razak, Pihak UiTM dan MDAB kerana telah membantu golongan miskin melanjutkan pelajaran ke universiti melalui program Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia (JDAB) ini. Peluang kedua perlu diberi kepada mereka, jangan sesekali sisihkan mereka.


#JDAB2012 : WAJIB BACA!! WALKABOUT @JelajahDestini DI PAHANG DAN JADUAL DI MELAKA!! ESOK HARI TERAKHIR MDAB?? Cc @datosahol @NajibRazak @mohd_ali_rustam @SaifuddinAbd


Tadi Jelajah Destini Anak Bangsa baru sahaja selesai 'menerjah' negeri Pahang. Walkabout ialah sebuah program santai iaitu 'ronda' sambil mengedarkan risalah agar lebih ramai sasaran baru baru dapat dikenalpasti selain untuk memberi pendekatan dan penerangan kepada masyarakat tentang program MDAB ini. Berikut adalah kronologi program pada hari ini :

Skuad JDAB telah bertolak ke UiTM Kampus Kuantan untuk menyambut sukarelawan dan telah pergi ke daerah-daerah berikut untuk program walkabout :

KUANTAN - PEKAN - TEMERLOH - BERA - MELAKA

KUANTAN : Sekitar Pasar Besar Kuantan. Disini hampir 100 sasaran baru dikenalpasti dan terdapat hampir 20 rayuan telah diterima. 

 

PEKAN : Bertapak di Wisma UMNO Pekan, yakni Parlimen PM kita, DS Najib Razak. Disini Setiausaha UMNO bahagian telah hadir. Skuad telah disambut baik oleh warga Pekan dan telah berlegar di Bandar Kuantan. Sebanyak hampir 250 sasaran baru telah dikenal pasti.




TEMERLOH : Walkabout diadakan sekitar Terminal Bas Temerloh. Hampir 300 sasaran baru dikenalpasti. Disini, masih ada lagi penduduk setempat yang hadir untuk mengemukakan rayuan. En Faizal Daud (Pengerusi MDAB) dan EN Aizuddin Datuk Mohd Ghazali (Pegawai Khas Dato Sahol Hamid) telah menerima hampir 20 lagi rayuan disini.



BERA : Sekitar Dataran Bera selama hampir 2 jam, kerana ramai yang terlepas di Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bentong telah hadir disini untuk membuat rayuan di sini. Sambutan hangat oleh masyarakat setempat. Menurut info, disini sebanyak 110 rayuan telah diterima dan 300 lagi sasaran baru telah dikenalpasti.


Gambar Hiasan
Setelah selesai, skuad JDAB telah berangkat ke Melaka pada pukul 5.30 petang untuk bermalam di UiTM Lendu sebelum menyambung jelajahan mereka sekitar negeri bersejarah ini esok (24/5/2012). Jangan lupa esok sebuah program khas bersama Ketua Menteri Melaka, DS Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam (gambar) akan diadakan sebagai penutup Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia bagi peringkat semenanjung. Selepas ini JDAB akan ke Sabah dan Sarawak pula. Siapa yang nak masuk UiTM ayuh sertai kami disana!! Pihak JDAB sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua. Video akan menyusul kemudian. Dalam proses 'editing'. Berikut adalah jadual sepanjang jelajahan esok :

Dato' Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Jadual Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) di Melaka (24/5/2012)
  • 8.00 Pagi : Masjid Tanah
  • 9.00 Pagi : Rembia
  • 10.30 Pagi : Melaka Sentral
  • 2.30 Tengahari : Dewan Dato Demang Hussin, Bukit Katil (Bersama DS Ali Rustam)


Untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi JDAB [klik!] atau follow Twitter @JelajahDestini dan follow hashtags #JDAB2012 untuk update terkini.

P/S : Program ini dapat membuka mata masyarakat tentang keprihatinan kerajaan terhadap golongan miskin yang tercicir supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Jika nak dibandingkan dengan 'belah sana', mereka mahu membebankan dan mengsisihkan golongan kurang berkemampuan ini secara 'jalan gelap' dengan pemansuhan PTPTN dan mahu menjatuhkan bangsa kita secara terancang.