Sunday, February 3, 2013

#RCISabah : AKHIRNYA TERBONGKAR, ANWAR ADALAH DALANG SEBENAR??


Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!

Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.

Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.

Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.

Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.

Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".

TOK PA VS TOK GURU : SIAPA LEBIH ZUHUD? #TukarKelantan


Tok Guru sering kali dianggap sebagai pemimpin yang zuhud, rendah diri, tawadduk dan taat perintah Allah oleh pengikut PAS, walaupun Tok Guru setuju 'melacurkan' kalimah Allah kepada bukan Islam.

Manakala pemimpin-pemimpin BN dianggap hidup mewah, naik kereta besar, makan di hotel besar-besar, tidak reti makan nasi guna tangan serta pelbagai lagi tuduhan untuk menunjukkan bahawa pemimpin BN tidak zuhud seperti Tok Guru.

Malah walaupun banyak surau dan masjid yang dibina di Kelantan (kerajaan negeri hanya bina 1 buah sepanjang pemerintahan) untuk kemudahan rakyat Kelantan menjalankan perintah Allah.

Tetapi Tok Guru lebih gemar solat di atas rumput dan tanah kerana menunjukkan 'kezuhudan' sebagai seorang ulamak.

Jadi penulis tengok-tengok apa beza Tok Pa dengan Tok Guru?

Maka terhasil gambar-gambar di bawah sebagai bukti Tok Pa belum capai 'kezuhudan' seperti Tok Guru...

 -DARI BLOG TUKAR KELATE-







Jolor kor dok?

Tak kiro la gapo pun, yang paling mustahak Kelate perlu ditukar kepada kepimpinan Tok Pa adalah sebab...


Gelombang Merah, BN Merentah!

[VIDEO] : MELETOP!! RAKYAT TUNTUT TANAH YANG TERGADAI!! #TukarKelantan !!


Inilah nasib yang menimpa rakyat Kelantan setelah pertaruhkan kepercayaan selama 23 tahun kepada PAS dengan harapan dapat memperoleh balasan yang diharapkan. TETAPI sungguh tak sangka PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan kebajikan sanggup menggadaikan tanah milik bumiputera kepada syarikat milik DAP Perak. Memang betul apa yang tertulis pada banner yang dipegang oleh penduduk yang teraniaya (gambar) diatas :

NIK AZIZ PATUT DIHUKUM!!

Dipetik dari laman Blog TUKAR KELATE! :

GEMPAR! 2,000 Mangsa Kezaliman Kerajaan PAS, Atur Langkah #TukarKelantan #PRU13

Tiada lagi tanah di Kelantan milik Allah SWT dan milik rakyat... 
Tiada lagi tanah di Kelantan boleh diterokai oleh rakyat Kelantan kerana ia adalah milik kekal Allah SWT... 
Yang tinggal hanyalah tanah milik DAP, yang tinggal hanyalah janji-janji manis kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz... 
Kerana tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan akibat tanah yang diterokai diambil dan diberikan kepada tauke-tauke cina.. 
Kini mereka mula mengatur langkah... 
Langkah untuk mendapatkan sebuah keadilan... 
Langkah untuk mendapatkan hak yang diusahakan... 
Langkah untuk menumbangkan sebuah kerajaan PAS di Kelantan... 
TUKAR Kelantan PRU13!!! 
Untuk artikel penuh klik [SINI]

MY SLIDESHARE UPLOAD