Friday, February 22, 2013

KUASA POLITIK MAHASISWA? BAGUS SANGAT KER???? @NajibRazak @tunfaisal


Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-17 pada Selasa ini dengan mengetengahkan topik Kuasa Politik Mahasiswa.

Para panelis akan mengupas soal sejauh mana kuasa politik yang ada dalam genggaman mahasiswa dan sejauh mana ia mampu mengubah landskap politik negara.

Adakah ruang dan peluang yang diberi selaras dengan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Wacana Sinar kali ini membawa isu ini untuk dikupas secara kritis dan melihat adakah kuasa politik mahasiswa ini boleh menjadi penentu siapa pemerintah negara untuk dekad seterusnya.

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian akan menampilkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan, Timbalan

Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Majlis Belia Malaysia, Azan Safar.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, jam 2.30 petang.

Program ini anjuran bersama Sinar Harian Online, Astro Awani dan mobTVmy dengan kerjasama Kagum.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi talian 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut - SINAR HARIAN

[VIDEO] BR1M : MELETUP!! PAS PERAS WANG DARIPADA RAKYAT!!!


Tudia.. tengok la sendiri, inilah sifat manusia yang tak reti bersyukur. TAKBUR! Tapi ingatkan hebat sangat. kenapa minta duit BR1M tu daripada orang yang memerlukan? Aduh, ingat dosa woi!!

JOM TUKAR!! 

#PRU13 Makin Hampir, Pemimpin BN Tak Patut Perkecilkan Kami, Jangan Bikin Cybertroopers Hilang Akal.

Kepada sesiapa yang berkenaan:


Sememangnya TIDAK WAJAR sama sekali statement yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin BN  yang memperkecilkan dan seolah-olah memperlekehkan peranan barisan cybertroopers yang bermati-matian berperang mempertahankan kubu selama ini. Kami bukan siapa-siapa, tapi kami bukan lah alat mainan. Kami bukanlah VIP dan disanjung seperti anda, tapi kami adalah pejuang belakang tabir yang sanggup diri ditikam dan ditembak. Jangan bagi kami hilang akal dan hilang akal untuk berjuang. Anda tidur berbantalkan bantal kekabu, tapi kami tidur berbantalkan keyboard. PRU-13 dah dekat, jangan kerana sedikit kesilapan, kita KALAH lagi. 

Dari blog Tun Faisal :


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali. 
Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi. 
Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini. 
Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka. 
Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi.
Seterusnya ...

MY SLIDESHARE UPLOAD