Monday, February 25, 2013

KANTOI! HARAKAH SPIN UCAPAN RAJA NAZRIN!! #PRKakiKencing


Media rasmi Pas, Harakah Daily terus memutar belit titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah konon parti itu jauh lebih baik berbanding UMNO.

Media tersebut pada Rabu lalu melaporkan titah ucapan baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dimanipulasikan sehingga menggambarkan Raja Nazrin berpihak kepada parti tersebut.

Bagaimanapun, laporan tersebut telah disanggah oleh beberapa blog antaranya Cikgu Lin dan Info The Truth menuduh media tersebut telah berbohong.

Ekoran desakan itu, Harakah Daily telah menyiarkan permohonan maaf atas "kesilapan" tersebut dan menarik balik laporan tersebut serta digantikan dengan laporan baharu, semalam.

Laporan itu menggunakan tajuk "Pas kini sedia mengatasi UMNO - Raja Nazrin".

Berikut adalah kronologi laporan Harakah Daily berhubung titah ucapan Raja Nazrin pada majlis tersebut.

20 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16882-integriti-hayati-titah-raja-nazrin

23 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16954-raja-nazrin-antara-pas-dan-umno

24 Februari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16982-pas-kini-sedia-mengatasi-umno-raja-nazrin

SUMBER : UTUSAN

Sunday, February 24, 2013

@NajibRazak Payung Anak India Masuk Poli.


Kejayaan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAM) dan Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi aspirasi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan sebuah program serupa terhadap kaum India yang dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).

Program itu akan melibatkan kerjasama Special Implementation Task Force on the Indian Community dan Politeknik di seluruh negara dengan menyasarkan pengambilan seramai 1600 pelajar kaum India daripada keluarga miskin tegar setiap tahun.

Aspirasi itu juga mengambil kira atas semangat Keadilan Sosial dalam prinsip 1 Malaysia di mana, semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

Perdana Menteri juga percaya bahawa pendidikan merupakan alat paling berkesan untuk mengubah kedudukan sosio-ekonomi sesuatu bangsa, kumpulan atau komuniti.

Hari ini sudah pasti menjadi satu lipatan sejarah di dalam pendidikan negara, kerana Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) di Politeknik Port Dickson jam 3.00 petang.  - Laman Rasmi JDAB

STEADY!! PM @NajibRazak BALUN NIK AZIZ DALAM TWITTER!!

Terlajak kata boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Siapa suruh cakap manusia ni haiwan suka-suka hati kan. Padan muka Nik Aziz. BOO!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MY SLIDESHARE UPLOAD